PETUA menghilangkan kulit kering di tumit kaki

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

hari ni saya nak share tentang petua bagaimana menghilangkan kulit kering atau mengelupas di tumit kaki.. ala macam tumit jadi keras tu camne nak jadi lembut balik... mudah sahaja...

sediakan kulit telur.. yang cangkerang telur.. tak kisah lah yang telur gred a ke b ke c janji ada...
lepastu blend (kisar) sampai hancur.. jadi sediakan banyak-banyak ya kulit telur tu... blend sampai hancur ya.... sampai jadi serbuk.. tak payah bubuh air masa blend tu.. dah jadi serbuk tu.. campur dengan losyen ke krim badan ke muka.. dah campur tu sapu betul-betul kat tumit kaki.. biarkan dalam 2,3 minit... dan kalau ada macam pembuka penutup botol tu? ambil dan tekan kat kaki sambil skrub... macam kikis.. sebab benda tu tak tajam pun jadi tak bahaya... habis tu tengok kesan dia. kaki nanti jadi lagi cantik. 
selamat mencuba... saya ambil tips ni dari cerita star king.. segmen tu banyak membantu sebab tips dikongsi oleh pakar kecantikan..

LORI SEWA

ASSALAMUALAIKUM & Salam sejahtera


abah saya, iaitu encik Meor menyediakan perkhidmatan sewa lori. jadi kalau nak pindah barang rumah ke office ke boleh hubungi 0122014003 atau 0173083005.. selain daripada lori untuk disewa, abah juga menyediakan khidmat catering esp kambing panggang.. untuk tahu harga jangan segan silu hubungi saja nombor tertera. dan paling penting khidmat wiring, piping installation macam tiles.. cabinet...
dan untuk function majlis macam pintu gerbang, pelamin. pun boleh.. serba serbi bolehlah bab-bab begini. 

itu sahaja.. sekadar nak promote bisnes abah.. di bawah disediakan beberapa gambar kami pernah buat. eh bukan kami, abah saya dan pak cik berserta adik-beradik saya buat hehe..








jadi jangan lupa hubungi ye... hihi :)

beberapa perkara yg menyakitkan hati

assalamualaikum

ada beberapa perkara biasa yg mungkin nampak kecil atau biasa tapi boleh jadi sangat menyakitkan hati, boleh buat kita jadi menyampah geram dan mula menyumpah atau mengeluarkan kata-kata yg kita tak maksudkan. contohnya.... oh ye ni entri emo.

--semasa bercakap di telefon, kita nak cakap ngan orang tu.. tapi dia boleh buat kita kontang-kanting dan dia bercakap ngan kawan kat sebelah. lagi menyakitkan dia gelak-gelak ngan dorang. bukan ke tu nyata-nyata kurang adab. orang ngah cakap kat telefon ni. tapi tak peduli. ingat banyak sangat ke masa n kredit. ceytt tak patut betul.

--kita tunggu berjam-jam nak cakap, try call asyik x jawab je. mungkin dia tidur ke, dia busy ke apa. pastu bila kita dah jawab. tak sempat nak cakap apa. dia bagitahu ' k la nak pergi main bola ni.' atau 'k la nak pergi keluar ni, nantilah call' rasa nak lempang je orang camni. tapi pikir sayang je. cubalah considerate sikit. orang tunggu punya lama nak cakap. tapi tak sampai seminit pun bagi chance nak bual. ko ingat ni apa. pastu suka suki suruh call jap lagi. cuba nanti ko yg kena. ko tengoklah ko call aku x dapat sehari dua. dah dapat call, aku jawab endah tak endah and suruh call lagi sehari dua. perghhhhhhh sakit hati bhai.

--pasal call lagi. bila call time time tu juga lah ko nak buat benda lain. tak leh ke nak fokus jap. sehari ada 24jam. tolak ko makan minum tidur semua. ko habis masa berjam buat benda macam main game, tengok tv, lepak-lepak. takleh ke ? susah sangat ke? masa orang tengah call ko fokus? hah susah eh? kalau aku dapat buat, korbankan cerita fav aku ke benda lain-lain. asal ko xleh buat? payah sangat ke? penting lagi ke benda lain tu?

dan bila semua ni terjadi, atau semuanya serentak jadi atau apa-apa jela. rasa sakit hati teramat sangat. lagi-lagi yg buat perangai camni ialah pasangan sendiri. lagi menyirap. rasa tu macam panas. dan bila rasa sedih mula menangis dan marah. salah siapa. tepuk dada terasa sendiri.

ps- orang kata tak patut cakap macam ni kat pakwe. tapi bila hati ngah panas, dan mungkin tak maksudkan tapi nak aje cakap.. fakiuuuu. g lah ko sibuk buat benda ko tu, bila dah free mcm bosan hah carilah aku.

pss-aku tau pakwe aku bukan camtu nye orang. tapi sakit hati weh kalau berjam tunggu nak call bila call ada je benda nak buat. tahulah rutin tapi takleh ke sekali dua tunjuk sikit care tu.

psss- ni kot sebab orang mudah putus, satu awek susah nak faham, kedua pakwe sendiri pun penting diri

untuk bakal suamiku

ASSALAMUALAIKUM

entri kali ini khas untuk si dia. bakal suamiku. sehingga saat ijab kabul terjadi, kita tak kan tahu siapa jodoh kita. bahkan walaupun dah bernikah belum tentu dia tu jodoh muktamad kita. tapi aku sangat berharap. si dia yang bersama aku sekarang ni akan jadi suami aku dunia akhirat.

untuk si dia bakal suamiku,
aku tahu dia sudah masak dengan perangai aku.
bukanlah perempuan yg paling bernilai dalam dunia sampai patut orang berebut
tapi aku seorang perempuan yg ikhlas dan jujur untuk dia.
perangai ku mungkin tak semegah mana. masak pun lambat-lambat.
nak disuruh kemas pun liat-liat.
tapi aku akan usaha untuk jadi yang terbaik.

aku cuma seorang perempuan yg sempoi dan slumber.
aku harap si dia akan dapat terus-terusan terima aku seadanya.
aku juga macam perempuan lagi bahkan lebih teruk lagi. aku kaki membebel.
jadi lapangkan masa kau mendengar bebelan aku.
kadang-kadang aku tak sengaja ujarkan kata-kata pedih bila risau, marah atau sedih.
tapi aku tak pernah maksudkannya jadi janganlah ambil hati.
kalau masih juga terasa, jangan lama-lama. nanti aku lagi tak keruan.

bimbinglah aku. mungkin besar tanggungjawab kau. sangat berat. untuk mendidik perempuan semacam aku.
tapi aku akan sama ringankan beban kau. aku akan usaha menjadi makmum kau yang terbaik.
lindungilah aku. mungkin aku ni tak lemah mana tapi aku tetap perlukan perhatian. oh mengadakan. haha
macam-macam lagi akan ku minta. tapi semuanya meminta agar kau bersama aku menelusuri kehidupan sebagai suami isteri yang taat pada perintah-NYA.

si dia, bakal suamiku. dengan izin Allah aku punyai perasaaan begini kepada kau. sama-sama kita jaga perasaan ini ya.

BARANG2 yg patut sangat tak naik

ASSALAMUALAIKUM

perkara yg paling sangat harap tak naik ialah tambang lrt ke bas. tapi ni barang ke? ni perkhidmatan kan? arghh lantaklah.. yg penting janganlah naik lagi. sem depan mesti banyak berjalan. maksud aku nak pergi um, ukm. konon. bukankah perkhidmatan awam tu patutnya berpatutan sesuai dengan orang awam. bukan orang kaya yg naik pun lrt ni. orang yg kerja pejabat, kerja kat shopping complex. yg gaji tentunya tak sampai dua, tiga ribu. kalau sebulan transport pi balik dah sampai 300 ratus. tak ke naye kerja penat2. patutlah ada yang labelkan BN sebagai BARANG NAIK. saya tak salahkan mereka. hikmah barang naik tu tak jelas di mata rakyat yg dicekik kesempitan hidup sedangkan orang atasan hidup memboros dan rakyat menderita.

lagi satu ASTRO tak patut naik. dah ada ura2 astro nak naik. petang tadi hujan. cer teka apa jadi? astro takde siaran. memang tak patutlah naik. kalau servis memuaskan aku terimalah. seminggu berapa kali cerita sama duk main? bagitahu, bagitahu. alasan nak bagi orang lain peluang tengok lagi sekali kalau terlepas? ermm boleh terima tapi pe jadah kalau hampir hari2 dalam seminggu duk ulang balik? pastu bila hujan je out of service. apa lagi eh? tak semua cerita sedia subtitle. yg mak cik pak cik nak melayan yg tak faham omputih ke korea ni pa citaaa.. kesian ke mereka.

minyak. ermmm minyak memang lah tak patut naik tapi ligat je naik nya pun. tak faham betul, apa yg membantu kalau minyak naik. dah rakyat msia mmg guna sangat minyak. kos abah aku tanggung sebulan mau berapa ratus untuk minyak. minyak je tu... minyak. kalau rokok naik tu aku x hairan lah. usaha bagus utk perokok tegar benti merokok. tapi minyak naik tak kan kita nak benti isi minyak? bak kata dorang tak suka ayam naik, jangan beli ayam, tak suka ikan naik jangan beli ikan. tak suka msia bla3 keluar dari msia. amboi sedap ko menghalau. nanti ko balun semua r? ceyttt.. yapeedaaa dah lah minyak ni ada domino effect. bi;a minyak naik je, semua naik, alasannya lori hantar barang pakai minyak jadi kenalah naikkan harga.

gula pun naik.. rindu sungguh zaman di mana gula sekampit seringgit setengah je.. sekarang dua kali ganda lebih sikit. alasan tak nak rakyat kencing manis. senang2 je nak kencing rakyat. ingat kami ni bodoh sangat ke.. kalau kena kencing manis pun bukan pasal gula tapi pasal nasi. kandungan karbohidrat tinggi. tu makanan ruji msia. tak nak naik beras pulak? tapi kalau naik mau mengamuk orang. sekarang pun mak cik mak cik kedai jual nasi putih saja tak berapa penuh isi pun. lebih kurang setengah pinggan harga seringgit setengah... kenapalah tamak sangat, padahal gula boleh je dinaikkan perlahan2 harganya. xdelah orang terkejut sangat... ehhhh angin beno...

ada lagi banyak benda khabarnya  nak dinaikkan. hahhh naik lah banyak2. naik naik.. tengok celah mana majunya msia nanti dengan terus-terusan polisi mencekik gini. memang rezeki tu Allah bagi tapi jgn sebab gitu dijadikan alasan takpe pun caj itu ini mahal, kalau Allah bagi rezeki ada lah rakyat kita makan kalau tak tak lah.. bullshitttttt.


ps- benti tu maksudnya berhenti. dah terbiasa cakap benti sampai taip pun gitu juga