BARU BANGUN TIDUR (content lari je dari tajuk)

ASSALAMUALAIKUM..

Sebagai manusia kita sewajarnya ke hanya merasa gembira atau setakat berpuashati sahaja dengan pencapaian diri? Tahap yang perlu dicapai dah dicapai ke? Sememangnya cukup ke sekadar melihat dan menunggu? Kalau diberi pilihan apa yang kita nak buat untuk hidup dan pengorbanan yang sanggup kita lakukan demi mencapainya… ramai orang yang dah berusaha mati-matian untuk memerah keringat demi sesuap nasi tapi tu berlaku pada puluhan masa dulu. Sebelum negara belum maju dengan infrastruktur yang mengagumkan. Kini hanya segelintir yang berjuang mencapai misi gembleng tenaga dengan harapan anjakan paradigma terus dilakukan.

Aku termasuk dalam golongan yang hanya memerhati dan menikmati titik peluh bangsa terdahulu membangun negara.. Kedamaian yang mungkin tercapai dalam masa ku membesar membuatkan aku cukup selesa dengan apa yang ada tanpa rasa khuatir pun semua ini hanya gambaran indah yang bertahan sementara..disebalik wajah2 gusar yang merasakan nikmat merdeka tidak lagi bermakna kiranya anak2 muda berpeleseran dan kanak2 kecil sering meriuh dalam ketakutan dan ibu bapa cukup berhati2 anaknya tidak diculik jadi mangsa perhambaan. Yang 1 masa dulu amalan ini cuba dihapuskan british.

Alangkah takjub nya dunia hari ini berputar kebelakang sedangkan jika dibanding pembangunan kini dan dulu ibarat jauhnya langit dan bumi yang tidak akan bersatu kecuali kiamat menjelma. Aku tewas dalam arus pancaroba ini, kerna aku pun terikut2. Sesuka hati pula aku berkelakuan melanggar hokum syarak dan meninggalkan yang wajib. Salah siapa pula kali ni? Haruskah aku salahkan ibu yang penat mengandungkan aku 9 bulan 10 hari atau abah yang telah banyak korbankan waktu tidurnya untuk memuaskan kehendak zaman kanak2 aku sehingga lingkaran bawah matanya gelap? Ataupun ini memang salah adik-beradik aku yang tidak pernah peduli keadaan ku , hanya menghabis masa menemani teman-teman mereka yang seringkali mengajar perkara tidak baik? Mungkin juga salah ini pada masyrakat yang suka menjaga tepi kain orang dengan niat buruk untuk aibkan orang lain sahaja dan suka menuduh tanpa bukti yang utuh. Sehinggakan ego ku memberontak kata ‘la apa salah aku buat pun.. Kalau xbuat pun dah kena aim…’ tapi x dapat dinafikan, xmampu juga ku tolak batu ini ke orang lain.. Kalau bukan kerna diri aku sendiri yang tidak pandai mengawal diri, tidak mungkin aku begini..

Arghhhh nampak sangat aku cetek ilmu.. Harapkan sekolah je sampai menengah tapi mudah betul aku mengalah pada onak yang datang.. Harusnya aku tegas dengan diri, elakkan godaan syaitan… aku dah besarkan, seharusnya pandai urus diri.. Ya aku tahu dulu memang salah aku tinggal yang wajib dah tu dekati yang haram.. Dosanya aku apda keluarga kerna kurang ajar dengan mereka, pentingkan keseronokan diri.lalai pada tanggungjawab dan harapan keluarga untuk aku belajar bersunguh2..

Tidak apalah aku redha apa yang telah berlaku dan aku bersyukur sangat tuhan tidak pernah dekatkan diri aku dengan dosa2 yang membuatkan hati aku tertutup dengan agamanya..aku sedar aku sahaja yang boleh mengubah nasib aku.meskipun kejadian yang menimpa diri aku teruk, aku harus bangkit dan bukti pada dunia aku boleh berubah..aku boleh berjaya seperti insan lain dan 1 hari nanti insyaallah.. Aku akan bangga dengan pencapaian aku sendiri.. Ini bukan omong kosong tapi janji ku pada diri ini. Sudikah bumi allah terima aku kembali? Masyarakat izinkanlah aku berbakti pada kamu… aku x ingin lagi duduk merenung dan meratap nasib yang x sudah.. Juga hentikan menanti hari esok dengan angan palsu tanpa usaha.

Aku berharap hati aku sering ingat akan kata2 ini agar azam ku terus membara dan moga benar2 berjaya hendaknya.. Amin Ya Rabbal Alamin…

p/s : tahu kenapa tajuk camni? sebab betullah aku baru sedar daripada tidur bertahun2 lamanya yang menyesatkan hingga aku hilang arah dalam mimpiku......huhu

No comments: