bicara hati





Selalu x korang terfikir kan best kalau hari2 korang dapat duduk rilek kat sofa..sambil pegang air the panas hirup sikit2 (terasa sejuk dada) lepas tu makan keropok coklat xpun kek cheese blueberry or kek pandan sambil tengok tv ke online je….




hahaha stop dreamin,,benda cmtu xkan jadi kecuali korang kaya…. Xpayah cari duit nak belajar ke kerja lagi….then xde masalah adik-beradik rebut harta then dari segi cinta pun xde masalah.. ada pulak hidup yang begitu rilek? Hurm mesti bosan kan sebab macam x adventure je..x kan belajar dari kesilapan bila dah salah..lagi pun even orang kaya pun x berhenti cari duit nak kerja je…kena jaga company dorang yang berjuta2 income setiap bulan… mana ada orang yang boleh bercuti ke sana sini...ada pulak duit jatuh gitu je dari langit....kalau orang kena nombor ekor pun tahan berapa hari la sangat duit tu sebab nanti joli abis gak kan.... sedangkan hakim yang gaji berpuluh ribu susah nak g mana2..kena ada bodyguard je... xbest hidup kan kalau gitu...macam artis lah g mana2 orang usha,,buat tu salah buat ni salah...



Tapi keadaan yang aku cakap tadi adalah nikmat kehidupan kalau sekali sekala kita memang duduk rilek dan menikmatinya negitu bersama ahli keluarga..bukannya keseorangan je..such a pathetic life kalau ada segalanya ( luxury) tapi keseorangan… kalau aku mesti aku pilih ada ahli keluarga disisi walaupun susah..sekurang2 nya dorang boleh support and courage aku buat lebih baik… memang lah x dinafikan masa kecik aku impikan kalau duduk sorang2 pun nak ada bilik yang ada semuanya kira elngkap tv, peti ais lah supaya aku x bosan..



Tapi bila aku dah dapat lah kan sekarang sebab aku tinggal rumah sewa masa belajar ni..aku rasa macam bosan nya static sangat hidup..xde gaduh2 dengan asik2 sebab semua malas nak kemas..berebut tukar siaran tv…melalak ramai2 bila radio on berkumandang lagu best2…



Betul lah orang kata manusia tend to appreciate bila dah hilang sesuatu..dalam hal ni..bila family jauh di mata baru rasa macam x best xde dorang… belajar hargai bila jauh…nasib mereka dekat di hati.. so memang patut lah seseorang itu merantau cuba hidup sendiri..baru dy akan belajar menangani sesuatu dengan cara berbeza..ya bagi aku pengalaman adalah guru terbaik setiap insan….. dan memang lah dugaan itu perencah yang akan membuatkan hidup kita ni meriah…kita aka nada pelbagai emosi yang akhir sekali menghadiahkan kegembiraan sekiranya bijak menyelesaikan problem yang ada…. Manusia tu dinilai kematangannya dalam saat2 ni.tapi siapalah kita nak tentukan orang tu camne… xbaik kan nanti prasangka x betul tentang orang lain…

No comments: