tips untuk mata

Saja nak kongsi apa yang aku tahu dari nenek mak cik2 and pernah baca kat buku beberapa tahun dulu…sebab mata ni penting bagi kita menjalani kehidupan harian..pancaindera yang sememangnya penting iaitu penglihatan..tapi kita seringkali abaikan…ok apa yang boleh kita buat untuk mata ?

1. Kalau yang ada lingkaran gelap bawah mata tu maksudnya korang kurang tidur xpun terlebih..so try dapatkan balik tidur ngam2 8 jam sahaja..sebaik2nya bermula dari pukul 10 p.m sehingga 6 a.m (lagipun otak memang tengah susun data masa2 ni..baik tidur)



2. Kalau rajin kan… ambil kaindan basahkan dengan air panas..tuam sikit kat area2 mata..bg rileks sikit…



3. Lepas tu… ambil air batu..balut dengan kain tuam pula dekat2 mata.. ni bagi kesegaran pada mata


4. Pernah dengar letak timun kat mata..hah cara ni memang bagus..sebab timun ada vitaminnya sendiri..jadi kira di transfer ke mata la…rasa segar je mata bila ada timun atas kelopak mata… bila timun dah layu..buanglah jangan dimakan pulak..



5. Cara lain ialah rajin2 bagi mata tu pandang benda hijau macam pemandangan ke…cara ini boleh membantu menjadikan penglihatan lebih baik (mengikut pengalaman aku sendiri..aku macam rabun sikit pastu lepas lama2 asyik tengok benda hijau..mata jadi clear lak… b’syukur aku…)


6. Menurut islam pula, sebaik2 nya mata ni tidak melihat mayat, darah, atau benda2 yang x elok… sebab akan bagi efek bukan sahaja pada iman tapi juga kepada penglihatan..

7. Makan carrot atau dalam bm lobak merah..tapi warnya oren..asal lah nama pelik…so kalau makan kira kita menjaga matalah sebab vitamin yang terkandung dalam carrot baik untuk mata..tapi efek lain ialah kulit akan jadi gelap dan tidak sekata pula..tapi yang paling penting mata kan bukannya takut kulit jadi gelap ke ape..



8. Pastikan juga bila belajar kira ada proses membaca dijalankan jangan lupa bukak lampu…kalau dalam keadaan gelap akan rosak mata sebab mata nak focus lagi pastu nak kerja lebih bagi Nampak so ada tekanan pada mata (ni teori aku la..haha)..tambah2 lagi masa menghadap computer tu on la lampu ye…dah lah skrin brightness computer tu tinggi..


9. Then masa tidur kan…orang kata elok bukak lampu tapi cahay romantic je…tapi untuk tidak menyebabkan mata x selesa..korg boleh pakai yg kain cover mata tu…



10. Bagi yang pakai spect atau contact lense..setahu aku sebaik2nya jarang pakai sebab nanti power akan meningkatkan..kalau xperlu jangan lah pakai ye bagi yang rabun ala kadar tu..yang contact lense tu lak…pakai agak2 dah tamat tempoh buang la jangan bajet sangat nak recyle balik…nanti bahaya pada mata…dah pakai sehari basuh lah sebab ada kuman ke mana nak nampak kan..


Paling penting belajar hargai mata korg…sebab kalau sekali hilang….bukan je dunia gelap tapi rasa kehilangan sangat kat nikmat yang tuhan bagi…pernah terbayang x macam mana keadaannya kalau mata xde....?

memang comel kalau pakai spect yang bingkai tebal macam skema kan..

dah trend kini tapi xkan lah semata2 trend

jugak kita nak rosakkan mata..yang

xperlu pakai spect pun dah terikut2 nak pakai..

ape kejadah lak tu...bazir duit kan..

lain lah pakai spect yang ada UV protection..

dari silau ke ape kan.. so pikir lah sendiri ye...

ni pun peringatan tuk diri aku gak,.huhu









No comments: