cubaan kedua berjaya

Assalamualaikum w.b.t !!

hati aku gembira..hee ya sangat gembira sebabnya cubaan kedua aku masak spageti dengan sos nya berjaya.. aku sendiri tambah berapa kali.. ada lah beberapa pujian aku dapat :) *hati terharu sampai lupa nak cari sijil2 yg letak entah mana ..

aku bangun agak 'cemerlang' hari ini sebab tidur pun terlalu 'awal'.. tapi lepas dengar suara adik aku iaitu Iwan di ruang tamu ku gagah diri untuk bangun.. rindu kat adik aku..hehe yela dy x tinggal sekali kan jadi jarang jumpa.. so aku basuh muka semua..terus siap2 nak masak spageti untuk adik aku..kira niat aku untuk famili rasa lah.. xsangka jugak aku rajin nak masak ni.. rasa best pulak walaupun rasa leceh nak kacau2 semua..haha *terfikir naluri keperempuanan tercungkil?

aku suka sangat makan spageti ni..kalau makan kat luar mahu ada dekat sepuluh hengget tu xkira dengan aku tambah berapa kali.. dah jimat duitku.. so demi nak makan yg teramat.. kalau dulu boleh lah mintak Mama T buat, lagipun beliau ada ajar.. kali ni aku try buat sendiri guna resepi cikgu aku.. next time nak makan laksa pulak mungkin guna resepi kak cik.. nak makan rendang guna resepi Mama T n ayam masak merah mestilah guna panduan mak sendiri... so sekurang2 nya aku reti jugak nak masak benda aku suka makan..hehe yang pasti udang masak petai n kari ikan tu dah master.. :)

aku rasa gurl eventually akan reti masak gak just malas je kan.. so harap2 dapat masak semua fav food aku..hehe aku kuat makan jadi senanglah nanti kan..
ni aku nak bagi resepi sos spageti yg bak kata abah ala ready-make je tu..ish abah ni potong betul.. memanglah mesti ramai yang reti tapi aku nak share gak.. huhu degil2...

apa korang perlu ye untuk sos ini :

  • 1 tin prego (warna hijau tu)
  • 1 tin muhroum sup campbell *ejaan betul ke?
  • 2 biji carrot
  • 2 batang sadari *meragui ejaannya
  • cendawan butang *kuantiti aku tibai banyak mana suka
  • 1 labu bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • daging/ayam cincang sepeket *syorkan jenama ramli mudah n murah
  • cili sos merah kimbal
langkahnya pulak ;

  • dah setel panas minyak aku bubuh bawang putih yg dah ditumbuk tadi..
  • pastu masukkan bawang besar yg dipotong kecik2 then daging cincang pulak..
  • time ni lah sagat carrot terus ke kuali..
  • masukkan cendawan yg telah siapku potong kecik2 *kalau nak potong 2 je
  • tuang isi tin prego then tin campbell tadi..
  • sila bubuh air 1 tin ye *guna jela tin sama masukkan air xpayah nak agak2
  • letak cili sos *nak pedas bubuh cili
  • then bubuh sadari tadi *tapi aku malas letak
  • jangan lupa rajin mengacau masa buat langkah2 ni
  • agak2 dah sedap warnanya, bahan2 pun macam dah masak matikanlah api
  • akhir sekali melantak sepuas2nya n nikmati hasil tangan anda..btw kuah ni cukup 1 peket spageti
 mudahkan sebenarnya.. dulu aku ingat payah.. nak try yg carbonara cheesy lak..sebab aku suka cheese tambah2 lagi kek cheese.. hee.. memang habis aku ligat sorang.. *eish lari topik.. so ni jela pic yg aku ada masa proses masak2 tadi....

kuah spageti aku

ni mestilah spageti

aimay yg teruja nak main sagat carrot *abaikan rumahku
tadaaa sedia untuk melantak :)

p/s : walaupun menu biasa2 je dan ramai reti tapi aku still rasa happy sangat berani cuba demi family aku :D

No comments: