kenapa masih ingat ex?

Assalamualaikum & hi ,

post ini bukan semata2 pasal aku ye...hehe... bukan aku ajukan soalan ni pada diri sendiri pun...cuma aku nak tanya korang tahu x kenapa korang masih ingat pada ex korang? x kira lah bekas kekasih atau pun apa2 yg sewaktu dengannya? pernah terfikir x korang rasa sayang dah hilang tapi masih ingat lagi pada nya? aku akan bagi jawapan tu sebab aku pernah dalam situasi ni... jadi agak2 korang mewakili sebab yg mana 1 ye?
  • korang orang yg ingatan kuat.. jadi bangga lah ye..
  • jenis yg x puas hati.. masih salahkan ex untuk beberapa hal yg berlaku
  • x pernah rela hati melepaskan ex korang
  • dendam lagi n cadang nak balas dendam
  • masih fikir cara untuk buktikan dorang akan rugi sebab tinggalkan korang
  • takut nak mulakan hidup baru..
  • rasa perlu setia pada janji yg korang tabur dulu walaupun xperlu sebenarnya
  • nak tebus balik salah korang pada ex...
  • x nak ingat pun tapi dalam mimpi asyik muncul orang tu *terasa sendiri
  • belum sempat putus dulu korang dah ada orang lain, lama2 korang akan ingat kat ex tu..
  • baru putus dah tergesa2 cari pasangan lain..
hurmm agak2 aku yg mana pulak? aku ialah golongan orang yg kalau bila dah sayang seseorang aku akan sayang sampai aku sendiri fed up... tapi ada kebaikan ke korang ingat lagi ex korang? atau lebih banyak keburukan? pada yang ditinggalkan kekasih atau laki ke bini tu elok nya muhasabah diri.. mungkin punca kat diri sendiri dan cuba baiki hidup kita.. tapi perbaiki demi diri sendiri bukan niat atas orang lain.. dengan cara yang ikhlas terhadap diri sendiri.. mungkin kita akan belajar sayang diri kita sewajarnya.. barulah boleh nak sayang orang lain seadanya.. aku dah belajar x boleh letak salah sepenuhnya kat orang lain sebab bukankah hubungan itu antara 2 pihak mungkin hati manusia memang mudah tersinggung jadi tanpa sedar kita sia-siakan sayang yg mulanya suci dan tulus dari partner kita...

bagi aku kalau aku masih belum boleh lupa orang tu, mungkin ini takdir tuhan dan belum masanya lagi aku lupakan dy.. x perlu terburu2 kan sebab hidup ni ada kitaran sendiri jadi biar masa menentukan.. dalam tempoh mulakan hidup baru, aku belajar hargai diri aku.. kalau kita nak orang layan kita baik, kita layan orang lain begitu juga.. jangan pernah harap apa2 dari orang lain :)

itu lah 1 hikmah yg aku dapat dari kejadian ini, dan aku begitu gembira .. senyum sendiri jela melihat hidup ini.. dugaan itu kan nikmat kehidupan.. jadi aku xkan pernah menyerah kalah.. aku rasa mengingati seseorang itu kerna aku menghargai kehadirannya dalam hidup aku...

p/s : sebab last n kedua last tu sumber pakar psikologi.. btw maaf aku bukan x turut kata kau melupai
          begitu sahaja cuma agak sukar bila pergi kemana sahaja ada kenangan tertentu naik ke otak ^_^

No comments: