Malaysia dan Bola sepak

Assalamualaikum & hi,

ye malam ni ada match antara Indonesia dan pasukan bola sepak Malaysia di Bukit jalil kot... game tu tengah berlangsung sekarang.. ramai antara kita sudah tentu mengharapkan Malaysia menang..tambah2 lagi pasukan kita berjaya jaringkan 3-0 pada saat ini.. kita boleh lihat kerakusan *menggantikan perkataan keazaman pemain bola kita mencium gol.. kedengaran sorakan penonton yg bangga melihat betapa cemerlang Malaysia malam ini.. selang beberapa minit sahaja berjaya mendapat gol..

pemain coklat cair tu M'sia vs coklat gelap Indonesia perhatikan garis2 tu konon pergerakan bola ke arah gol..haha


ok sila abaikan lukisan yg begitu KEMAS itu.. :')
agak2 nya begitulah dorang main tadi en... sorang sepak then sorang lagi tanduk sampai nak terjatuh ... penjaga gol pihak lawan pulak x menduga arah bola tersebut lalu terjatuh.... huahuahua kejam gak imaginasi aku ni...ok balik pada topik asal ni *setelah sedar banyak mesong

news feed di fb ku juga dihujani status kebanyakan kawan2 aku melapor secara langsung pungutan gol yg berjaya diraih Malaysia.. aku juga tidak terkecuali terpengaruh sampai menulis blog pasal bola ni pulak en.. *padahal semangat bola ikut musim je

apakah kesudahan permainan ini? sama2 lar kita mendoakan Malaysia mencatit kemenangan... mungkin dapat kita merasa cuti am esok en sebab team bola kita menang.. boleh camtu? haha kalau macamtu best gak nanti boleh bapak aku bawak kitorang jalan2... :')

*setelah beberapa minit berlalu, tengok jam then sambung tulis balik....orait team kita dah menang kan... so tahniah ye Malaysia.. pertimbangkan lah cuti tu.. please2 *angkat2 kening
haha... bagus betul x sia2 aku curahkan semangat patriotik ku malam ini menjerit2 dalam hati setiap kali korang dapat gol... kepada pasukan Malaysia aku hadiahkan korang lukisan ni sebagai tanda penghargaan korang sudi harumkan nama negara tercinta... :D


p/s : apa2 pun Malaysia U ROCK ! *psst maaf again pasal lukisanku

 

No comments: