penting ke tahun baru?

assalamualaikum

bagi menjawab tajuk post ni.. aku nak gebang beberapa jawapan..

-penting kalau kita ni memang utamakan kalender masihi.. masa kalender hijrah tak ada beria cam ni pun..

-penting juga kalau kita ni ambil peluang ni melepak dengan member-member di klcc, dataran dan sebagainya terkinja-kinja melihat konsert menunggu count down untuk melihat bunga api..

-penting kalau kita ni lebih suka keluar malam bersama mereka yg bukan bergelar keluarga.. sebab nak join muda-mudi.. bersama keluarga katanya boringgggggggggg..

- penting kalau anda memang dah plan awal-awal nak bersama pakwe/makwe dari tengah malam sampai ke pag..

-ye juga kalau anda konon nak bersembang satu meja dengan member mengenai azam baru anda.. azam baru? puihhh azam lama entah lepas entah tidak....

-ye juga kalau anda sangatlah seorang yang jenis tidak mahu ketinggalan di mata orang lain kononnya.. post pasal tahun baru di fb,twitter dsb nya...... postlah macam ni 'selamat tahun baru yooo wassup..' dan tunggu orang like dan komen wish anda kembali...

sooooooooooooooooooooooo lame dont u see it? Ternyata semua itu hanya dunia.. yang sementara.. hari apa pun boleh dijadikan hari baru, tahun baru kalau kita nak meraikan frasa atau titik perubahan dalam hidup kita.. tak perlu tunggu tarik 1 jan 2012 ke 2013 ke apa pun untuk ada azam... kecuali anda ada aim untuk capai dalam setahun.. setakat nak mengikut wishlist yang orang lain buat.. lupakan je.. malam ni cuma malam yang sama seperti yang lain.. terasa dulu jahil kerana meraikan hari ini yang tiada makna... so peace upon you people :)

p/s : i think everybody is different.. u dont need to become others to be part of the community... just be yourself...

maaf tapi tidak melupakan

assalamualaikum

aku gerenti semua orang pasti ada kenangan atau masalah atau apa sahaja yg memerlukan dia memaafkan .. dan mungkin perkara itu terus menghantuinya... 

contohnya 1
----ada girl ni.. kapel dengan mamat A.. then mamat A kaki pukul dan setiap kali dating je belasah girl ni.. pastu girl ni tak tahan mintak putus... bila A minta maaf.. dia trauma.. mungkin sukar nak maaf.. nak terima lagilah... mungkin one day dia akan maafkan tapi takleh terima A risau perkara sama jadi balik..

----laki B.. sayang giler awek dia.. faham sayang giler? sampai sanggup kerja siang malam sara awek dia ni.. beli baju cantik2.. kasi awek dia segalanya.. then one day.. dia rindu nak jumpa awek dia.. tapi awek dia kata takleh sakit.. okay bila dia nak g melawat.. awek dia bagi alasan sori tak eloklah awak datang rumah tak ada orang ni... laki ni pasrah pergi kedai mamak.. depan mata dia ada sepasang kapel sedang kusyuk berpelukan.. cer teka siapa girl tu.. of coz awek dia.. so hati berkecai bukan kepalang... syahdunya hanya mereka yang pernah dicurangi je tahu... so.. dia tak dapat terima girl tu lagi... maaf? mungkin dia akan jadi player pulak lepas tu gara2 awek td,..

----C dan D kawan baik.. setiap saat mereka bersama.. kawan dari kecik sampai besar.. tapi C ni cemerlang dalam study, sukan segala serbi.. D ni jeles tak memasal.. kerana dengki, dia tikam belakang,.. diam2 takle pasangan C dan cerita buruk pasal C kat orang lain.. bila kantoi.. C susah nak terima D as member... maaf mungkin boleh.. tapi kesilapan tu tak kan dilupakan...

macam-macam lagi contoh aku boleh bagi.. tapi paling penting bila orang buat palat ke tahi dengan kita.. susah nak terima orang tu balik dalam hidup kita.. lagi susah nak lupa hal itu.. maaf mungkin ya.. tapi nak beri kepercayaan yang sama macam dulu sangat sukar.. 

kesimpulannya, jangan kita buat kejam dengan orang sekeliling kalau kita rasa tak nak kehilangan mereka.. dan jangan kita khianati kepercayaan yg diberi.. nak dapat balik? susah dan sukar.. btw.. just ingat.. kita buat dorang camtu.. lain hari orang lain buat benda sama kat kita.. mungkin lebih teruk.. dan mungkin orang kita sayang kena begitu... 

aku tak menyumpah tapi ini kenyataan.. someone tak kan bahagia selagi ada yang berasa sedih atas hal itu.. kalau buat salah dengan Allah, Allah maha mengampun .. kalau manusia? manusia tak sempurna.. hati manusia itu ??????  rumit difahami, jangan bermain dengan hati orang..

metafora hidup

assalamualaikum

setinggi mana kita berada, KITA AKAN BELAJAR SESUATU JUGA..
seteruk mana dugaan kita, PASTI ADA KEBAIKAN PADA KITA..
sehina mana orang pandang kita, MEREKA AKAN BELAJAR SESUATU DARI KITA..
sejauh mana orang tolak kita dari hidup dia, PASTI ADA KEBAIKAN PADA KITA..

biarlah apa berlaku, di mana kita berada.. bila kita menangis kerana sedih atau gembira.. dengan siapa kita berada dan apa telah kita buat sama ada kita sesali atau bangga akannya.. itu tetap kita.. sudah menjadi sebahagian dari kita.. kita terima seadanya dan belajar daripada hal itu.. kita tak boleh ubah masa lalu tetapi kita boleh cuba buat terbaik untuk masa akan datang.. jadikan ia sesuatu metafora yang abadi.. metafora antara hidup yang abstrak tidak boleh dinilai dengan konkritnya diri kita sebagai bukti kita menghargai anugerah Allah hidup sebaiknya di atas muka bumi tua ini..

sesaat memang sekejap tetapi sesaat itu mampu merubah hidup kita.. buat apa tunggu esok atau lusa.. ini hidup anda.. tentukan yang terbaik.. anda sendiri pilih.. dan anda yang bertanggungjawab atas pilihan anda.. biar orang pandang jelik pada diri kita walaupun kita tahu kita benar TAPI JANGAN SAMPAI KITA SENDIRI JELIK MEMANDANG DIRI SENDIRI KERANA KITA TAHU KITA SALAH.. :)

kecoh pasal laki yang hilangkan diri

assalamualaikum

kalau yanga da fesbuk, news feed penuh dengan orang share2 pasal laki yg hilangkan diri kat Dublin... and kat blog pulak pasal benda sama.. aku cuma nak cakap.. kalau korang share niat nak bagi sedar kat orang lain takpe.. jangan lak niat nak penuh pageview bagi blog.. or niat nak mengutuk.. sebab korang tengah share keaiban orang.. memanglah dia buat camtu salah.. just tegur takpela.. muhasabah diri sendiri jangan jadi begitu,..

ini tidak.. yang gajah depan mata tak nampak.. yang kuman seberang jalan nampak lak.. ada lagi kes lagi kritikal selain hal ini.. yang depan mata kita terang-terang berlaku. gay dengan gay.. tak nak lak tegur.. belakang duk mengutuk2.. n macam-macam lagi.. sedap mulut mengumpat orang tu macam tu macam ni.. duk doakan orang tu akhirat dia macam2 lah.. apa kata.. kita just jaga amalan kita.. jangan buka aib orang.. korang duk keji2 dia.. korang tak fikir ke mak bapak dia baca ayat korang betapa sedihnya dorang..

memanglah dosa apa dia buat.. tapi kalau korang yang duk kutuk pun sama gak apa.. kalau niat bukan nak membaikkan keadaan.. aku bukan pandai sangat agama.. tapi aku tahu.. doa kita Allah dengar.. kalau setiap seorang yang baca pasal ni.. mendoakan dia berubah.. bukannya mengeji.. or eksaited nak share kat member jadi bahan gelak.. sama je gay ke lesbian dengan orang yang buat maksiat, merogol, membunuh .. mengumpat tu semua..

p/s : tak menyokong dia gay.. salah tetap salah.. tapi aku harap dia berubah.. ingat mak ayah dia.. dan aku muak melihat komen orang yang bajet alim nasihat tapi dalam masa sama duk mencarut2..

rumah sewa

assalamualaikum

bagi pelajar IPTA/IPTS tak pun poli ke apa.. ke bekerja.. mostly akan tinggal rumah sewa.. tak tinggal dengan family kan.. jadi bila tinggal satu rumah ni.. suasana lain.. orang pun lain.. tak boleh ikut cara kita lama.. bukan bermaksud jadi hipokrit tetapi sesuai dengan suasana rumah sewa..

bagi aku, untuk tinggal sekali satu rumah.. aku akan pikir lama tak kawan, senang nak borak ke apa.. and paling penting tak membuli... jadi aku tak nak ada timbul gaduh2.. paling penting bagi aku, pastikan orang yang kita menyewa sekali tu bukan satu kos dengan kita.. kalau boleh nak ada seorang teman ke dua okay lah.. tak payah sampai 10 ke lebih kos sama.. memanglah kita dah kenal, senang pergi kelas.. TAPI bayangkan kalau ada masalah rumah, nanti masing2 muka ketat.. buat hal sendiri.. tambah lagi.. asignment pun satu group.. nanti ahli rumah kata ala takpe serumah.. nanti-nanti buat.. kan leceh.. dah menyusahkan kita.. tapi nak bagitahu takleh.. kang kecik hati.. ngadu kat kawan kos sama lak.. macam-macam...

jadinya rumah sewa aku sekarang bukan member satu kos pun.. masing-masing buat hal sendiri.. masak, makan sama-sama tu ada.. lepak tengok tv.. tapi bab buat asignment sendiri-sendiri.. study pun dia tak kacau kita , kita tak kacau dia.. kita study jela ngan kawan yang sama kos sorang dua tu.. jadi barulah namanya study group.. ramai-ramai nanti bukan belajar, gosip lebih...

kalau boleh tak nak serumah ngan kawan baik.. sebab nanti ada isu gaduh terus tak kawan.. kita nak sewa rumah sekali bertahun-tahun sampai habis study jadi mana boleh ada dendam kesumat ni semua.. nasib baik roomate aku ni.. jenis okay.. boleh serasi.... kalau sakit hati pun, biar masing-masing reda.. nanti tegur lik... tak leh berkira sangat kan..

kalau dah kata tinggal serumah.. rajin-rajinlah buang sampah, sapu ke bersih dapor.. jangan nak harap orang tinggal dekat bilik yang dekat ngan dapor je.. kan serumah.. pakai sama-sama.. jadi tanggungjawab bersih jangan nak letak kat sorang-sorang lak... benda-benda lain macam hormati privasi orang.. ketuk pintu ke apa.. pandai-pandai amal..

lagi penting.. pandai-pandai belajar cam mana nak tanya soalan dengan intonasi betul.. asyik nak menyindir housemate je pe jadah tu? ingat tak semua kita nampak tu macam tu.. macam kita tengok housemate tak memasak mungkin dia ada sebab bukan suka-suki nak makan luar.. ke housemate bangun lambat mungkin pasal dia stay all night ada discussion ke buat asignment dengan member-member.. study ke apa.. think +ve... lemak aku melayan orang yang tanya soalan menyindir dan menyibuk semua nak tahu TAPI bukan pasal dia concern kat kita ke apa tapi SEBAB nak menyindir, nak jadikan bahan apa-apa jelah... 

p/s : sedang cuba memahami karenah orang yang daripada kawasan terpencil kiranya...maaf kita sudah besar cuba matang.. walaupun sedikit..

tq abah atas ajaran yg sangat berharga

assalamualaikum

hari ini abah mengajar aku lagi satu hal yang penting...
katanya biarlah orang nak menang sekalipun... biar dia menang atas nama.. janji kita tahu dalam hati kita benar maka kita dah memenangi sesuatu yang dipanggil kesabaran, dan kerendahan hati....

kata abah lagi....
biar dia buat kita.. hati terluka kita ubat dengan buat tak tahu..
asal jangan kita rugi duit.. anggap perkara itu biasa.. selagi tak rugi sesen, seringgit.. tak ape lah..

abah mengingat lagi...
setakat berkawan banyak dugaan... perkara biasa.. itu semua hal remeh dan tak perlu dianggap beban..
nanti kahwin lagi berat dugaan.. hidup terikat... kena belajar dari sekarang kawal emosi...

abah mengatakan sesuatu yang sangat benar..
biar kita lakukan tanggungjawab... tolak ego kita... jangan keras kepala..
yang penting kita berlaku sopan.. ajak kawan makan bersama untuk meredakan keadaan..
sedangkan orang luar pun kita boleh jemput makan bersama semeja inikan kawan kita...

abah mengulangi katanya lagi..
kawan biarlah banyak bersabar.. bertahun menghadap kawan sama...
lepas ni masing-masing haluan sendiri... mungkin tak jumpa lagi jadi selagi berkawan..
layan kawan cara elok.. dia buat onar pun.. kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

terima kasih abah.. menyedarkan anakmu yang tidak matang berfikir.. bertindak mengikut hati.. mungkin anakmu penat.. tetapi anakmu akan cuba sedaya upaya buar yang terbaik dalam berkawan dan jalani hidup... angah akan ingat niat angah datang sini nak belajar... nak jaga mak abah nanti.. tq abah.. sayang abah...

kpopper menyerang haha

assalamualaikum

aku tahu ramai gila kpopper kan...  aku usha satu blog girl ni.. dalam entri tu mengutuk peminat kpop.. sebab tu ramai gila datang serang dia... kesian aku tengok.... aku rasa tu bukan dia pun... mungkin fake account... aku bukan minat kpop ... tapi minat gila cerita korea... and sumpah pada mata aku pelakon tu semua cantik n hensem.. walaupun ada kata dorang buat pembedahan plastik pun... tapi yang penting lakonan dorang tu menjadi dan jalan cerita tak bosan....

so masing-masing ada minat sendiri.. ada suka dengar lagu.. tahu tak ikut kajian... dulu aku pernah baca.. bahasa korea n jepun ni kasar... macam intonasi dia.. tapi bayangkan macam mana suara boleh jadi lunak gila... sumpah best suara mereka... jadi kpop tu memang ada bakat... bukan bergantung pada paras rupa sahaja.. dan aku berterima kasih artis kpop datang M'sia dan promosi Msia ni....

just fikir postive jela... minat masing-masing.. tak suka biar... tak ada siapa menghalang kita nak minat orang putih ke apa... lagu orang hitam ke lagu orang asli.. janji kau suka kau dengar... dan yang melayan kpop tu pun bagi aku dorang nak release tension je... okay mungkin ada akan cakap baik solat ke apa dari dengar lagu kpop.. well terpulang.... tipulah kalau kau nak cakap... kau tak pernah dengar lagu seumur hidup kau.. kau tak pergi karok... see.. semua orang ada minat dia sendiri... tak usah nak kutuk minat orang lain...

biarlah dorang nak puja kpop ke apa... aku tengok kawan aku yg alim pun.. tak tinggal solat, pakai tutup aurat semua memang sumpah lemah lembut pun layan korea.. tak ada pun tinggal agama demi korea.. cuma itu sampingan minat dia... betul pun kata dorang.. kpop ni cantik, hensem... sebab ada pulak makhluk Allah yang tak cantik? kan kita semua manusia.. biarlah lain agama pun still ciptaan tuhan.. jangan kutuklah.. cantik itu subjetif lagipun...

lagi satu kalau nak kutuk korea.. pastikan korang tak terpengaruh dengan fesyen or ikutan dorang.. kalau kau sendiri duk mekap , dressup serupa macam orang korea then mengutuk dorang... sumpah macam mengutuk diri sendiri... yang baik kita amal, yang buruk dari korea kita buang jauh...

ni macam entri promote korea dah.. heheheh.. tapi aku just nak bagi pendapat aku je... nak kutuk aku biarlah.. kisah apa aku.. aku tak minat sangat lagu-lagu kpop tapi aku layan drama, filem korea n suka tengok feseyen dorang... tapi aku tak pula ikut cara dorang.. so tengok.. tak efect apa-apa merugikan.. tak juga spend duit beratus nak pergi tengok dorang.. just minat... tak membunuh & tak menyusah orang lain kan.. sekian....

ok paham anda shawl, saya bawal level kita beza :)

assalamualaikum

mungkin kerna gaya pakaian yang beza.. mungkin kerna aku tak lagi gemar pakai shawl, lebih pada tudung saut , mungkin juga bawal... oleh sebab itu, pandangan ada antara anda yang pakai shawl ni atas bawah sahaja..

mungkin aku tak paham kalau pakai shawl, DP FB pun kena pic pakai shawl baru kira ngetop... nak kena dressup begitu, baru korang tak pandang sinis umpama aku katak bawah tempurung tidak update dengan fesyen duniawi.. tak seangkatan atau jauh level nya...

mungkin juga shawl yang aku pakai ketinggalan zaman, tidak berbelit macam apa entah cara yang korang buat... jadi aku ini tidak boleh dihadiahkan senyuman sedang korang berlalu di hadapan ku..

mungkin jugalah aku tidak berani mencuba berpakaian pelik seperti kalian, beraksi sakan depan kamera menayang pipi montok, mata bulat yang memakai contact lens atau berbahasa abam abam atau jangan ler taco titew.... 

barangkali aku jauh hina di mata gadis ini, salah aku tidak ingin mengikut fesyen kamu.. harus aku dipandang semacam dan dianggap seburuk makhluk gamaknya? 

ouhh tidak mengapa.. kisah apa aku sama kalian.. meskipun post macam sentap.. tapi luahan semata.. jangan nak bajet good2 je kalian.. belum tentu pakai shawl dah hebat.. yang penting niat kan... pakai apa pun sama je.. janji cantik di mata tuhan.. so bye-bye fesyen mengarut dan bajet hawtttt sajer.... 

p/s : aku pun ada gak pakai shawl tapi taklah pandang girls lain macam hello im too hot to be friend with u :P

hapuskan tandas 30 sen!!

assalamualaikum

ini sekadar luahan orang yang sangat berkira nak bayar 30 sen untuk tandas... sebabnya aku rasa memang tak patut.. aku tahu dengan cara dapatkan 30 sen untuk setiap orang yang guna tandas akan memb solehkan dorang beli bahan pencuci ke bayar gaji ke bina lagi satu tandas ke apa... TAPI masalahnya kalau orang dah bayar 30 sen kenalah pastikan tandas tu bersih... takde tisu tersumbat ke pam rosak ke air paip yang hanya menitik tiga saat sekali...

kena jaga kebajikan pengguna tandas awam ni.. kebanyakan yang jaga tandas tu pun kerek.. macam besar sangat pangkat muka tak reti nak senyum... kalau pelancong asing lalu baru nak tersenyum sampai ke telinga.. apa ingat kita rakyat dia ni tak perlu di beri layanan sama ke... tanya tisu jawab dengan kasar-kasar... double standard betul..

dah lah dulu 20 sen je dorang kutip.. la ni ada 30sen.. banyak untung tu dapat walaupun naik setakat 10sen.. aku rasa dah mampu dorang beli pencuci sabun yang boleh gunapakai untuk mop lantai tandas.. betulkan cermin yang retak-retak.. ada lagi teruk caj mahal-mahal tapi bau tandas over dari longkang.. aduyai busuk teramat.. aku bukan rigid giler tapi aku rasa sangat tak adillah tandas mahal-mahal camni.... memang sesetengah orang tak mahal, tapi bagi emak yang bawa anak ramai pergi jalan-jalan nak bayar setiap sorang pastu tandas punya perkhidmatan hampeh.. SANGAT TAK BERBALOI !!

jadinya, kalau nak terus juga mengenakan caj maka haruslah tingkatkan perkhidmatan.. malu tahu tak ada tandas yang free tapi LEBIH BAGUS service... sumpah rugi kalau tandas awam ni tak dijaga betul-betul... bukan semua pengguna tandas awam yang merosakkan tandas tu tapi memang bahan yang digunapakai tidak berkualiti :)

kepelikan yg timbul...

ermm sedang dalam kelas ni.. terfikir sesuatu perkara... why ea benda camtu jadi? sebab kita ni bersikap menghukum orang apabila kita tak dapat benda tu?

kenapa orang yang kapel bila update status yg tak jiwang pun kita rasa jiwang.. orang single punya status yg jiwang bagai tak de pun kita nak cakap pape.... ermm kenapa?

kenapa bila orang buat event ada je nak kutuk... tapi bila bagi kita peluang kendalikan event.. tak mau pulak buat.. pandai komen je....

kenapa kalau bukan orang kita yg buat event tu kita kondem macam-macam .. tapi bila kita sendiri atau member yang setelkan event tu.. segala cela tutup mata je...

kenapa bila nak lantik seseorang tu diukur berdasarkan negeri ? tapi bukan kewibawaan dia? emmm kenapa?

kenapa bila nak berkawan tu, kita hipokrit giler babun.. macam cover kita ni bukan jenis sosial? takut kan mereka mengata ke? atau kita nak jaga hati? ke apa? emmm..

cinta ilusi dan fantasi jahanam

assalamualaikum..

kasar bukan tajuk aku.. tapi itu realitinya bagi aku... dunia yang bergerak mengelilingi hari aku begitu.. menterjemahkan konsep cinta sesama manusia itu begitu... ya antara manusia dengan manusia.. bukan manusia dengan makhluk lain atau dengan PENCIPTANYA... harap paham.. sebab aku pun tahu cinta yg luhur untuk pencipta sangat suci.. TAPI nak melahirkan cinta itu seikhlas dan melebihi cinta kepada manusia bagi aku agak sukar... perlukan pengorbanan.. tapi pengorbanan itu tak menyeksa sebaliknya memberi nikmat... 

lain dengan cinta kepada manusia... tak seindah yg kita fikir.. apa yg diidam mungkin jauh beza... meskipun kita rasa itu jodoh kit... jodoh itu mungkin juga mengkhianati kita.. melakukan pengorbanan, konon mencintai sepenuh hati akhirnya kekasih buat tahi... 

ilusi semata-mata kalau fikir setiap cinta akan ada happy ending.. memang ada.. tapi sebelum nak sampai ke ending tu.. macam2 kena tempuh.. hidup ni mencabar bukan? kalau nak elak thrill tu nanti hilang pulak nikmat cinta... yela kalau dapat senang2 , tak berapa nak menghargai cinta tu.. manusia kan begitu.. benda yang susah pun tak pandai nak hargai apatah lagi yg dapat free....

kita semua.. termasuk aku pernah berfantasi... tipulah kata tak pernah... duk terperuk sorang2 dalam bilik memikir apa akan jadi masa tua... berfantasi akan punyai pasangan yang baik, anak yg taat.. hidup senang lenang sampai mati... semua itu dusta.. naif kalau fikir perkara itu akan jadi.. bukan aku berfikiran negatif tapi betul kan mana akan pokok bergoyang kalau tiada angin atau punca yang menggoyangkannya.. sama je dengan hidup.. camne nak dapat yang terbaik tanpa usaha.. 

lagipun kita mungkin cakap kita suka orang macam ni macam tu.. tapi cinta ni anugerah tuhan..datang tanpa kita minta.. tambah2 lagi perempuan suka laki yg nakal.. kata ramai orang... impian nak laki baik2 lah pe jadah last2 cair dengan laki yg nakal... mungkin dorang pandai ayat... mungkinlah kot...

so, mencari cinta yg bukan ilusi atau fantasi yang jahanam kena sertakan cinta yg ikhlas... kalau nak orang yg kita rasa padan dengan kita.. kita kena usaha baiki diri.. kan orang kata orang yang baik untuk orang yg baik... begitu juga sebaliknya... so, jangan terlampau memilih.. beria berangan.. tak ke mana .... baik cipta cinta yang sesuai dengan diri kita... :)

p/s : hari untuk mengarut sebab dateline asignment2 minggu ni..

minggu MSK SEJ upsi

assalamualaikum..

MSK tu akronim untuk Minggu Suai Kenal.. hari jumaat lepas sehingga ahad semalam telah berlangsungnya MSK untuk batch ISMP Sej 2011/2012.. jadinya batch sem 3 yg ambik major sejarah kenalah turun padang bekerjasama laksanakan aktiviti... walaupun simple je aktivitinya tapi confirm kitorang dapat apa yg di-aim-kan...

iaitu kenal dengan budak2 junior and dapat kongsi dengan dorang pengalaman kitorang bla bla bla... paling penting semua orang have fun dan ada aktiviti bergambar.. hahaha...
sebab aku masih menanti gambar dari member.. akan ku sambung entri ni kemudian.... adios blog yg sunyi....

untuk encik sebab saya jadi penipu then segan

assalamualaikum

wahhhh terharu tak terharu tak saya update blog semata2 untuk encik... sebelum saya melabuh tirai nak tidur.. saya nak jelas kan hal diatas.. tu pun kalau encik akan baca pe saya cakap ni...

first of all, saya minta maaf dulu.. sebab jadi seorang yg bercakap bohong.. tapi jangan salah faham saya tak tipu besar2 macam curang ke apa.. saya cuma tipu saya sihat atau saya kenyang ke saya okay sebab tak mahu encik risaukan saya... nanti lagi saya segan dengan encik sebab membuat encik risau dan menyusahkan encik pula..

saya takut juga saya tak bercakap benar ni akan jejaskan hubungan kita ke.. nak cakap depan2 takut encik tak faham sebab bila saya gabra saya lagi cakap laju laju macam cakap sorang2 depan semut.. jadi saya taip kat sini.. kalau ada orang lain baca selain encik.. harap dia komen kat bawah post ni.. mem-brain wash encik memaafkan saya sebab tak berlaku jujur... niat saya cuma 1 saya tak nak encik risau terlebih.. 

yela benda depan mata kita risau .. apatah lagi encik tak nampak saya.. tahu saya sakit dan tak dapat melihat teruk ke sakit saya mungkin akan buat awak terlebih cuak.. tu pandangan saya jela.. tak tahu kenapa masih segan dengan encik.. saya juga macam encik tapi taklah gugup tapi macam tak boleh lah nak bertentang mata cakap berjam-jam lama.. nanti jadi super duper cool segan .. yela orang yg kita sayang sayup-sayup je mata memandang kita kompem hati rasa macam entah lah...dan sumpah saya akan leka kalau melayan encik.. habislah saya abaikan sekeliling kerana kusyuk melihat encik... miang gak saya ni.

so itu je... cakap belit2 lah pulak saya ni.. eh baru perasan saya menaip malam ini macam sopan santun je.. hahahha.... baiklah encik.. saya cuba jadi terbaik untuk encik disamping tidak hilang identiti diri saya.. harap encik terima saya seadanya... tq 4 sangat memahami saya ye encik.. :)

impian majlis kahwin aku bajet rm5 k

assalamualaikum

semua orang nak kahwin kan.. yg rasa diri tak laku takde yg berkenan pun nak kahwin... apatah lagi aku ni.. muka sememeh ke selekeh lantak pi la... sebab aku rasa ada jodoh tak ke mana.. cewahh.. so kita kena ada perancangan baru namanya hidup.. aku plan nak buat majlis kahwin 5k je... ermm sikit ye bagi korang? mustahil?

aku pulak rasa 5k tu banyak juga.. kalau boleh nak buat bajet bawah seribu je.. ada orang kata aku belajar kat UPSI ni.. nanti keluar jadi cikgu so kenalah majlis kahwin tu meriah sikit... aku tetap rasa meriahnya kahwin bukan berdasarkan bajet yg kita spend.. boleh je buat majlis kahwin meriah .. ajaklah kawan yg jenis gelak berdekah2 dan bakal bawa anak mereka yg comel loteh ke majlis kahwin kita ni... kompem meriah..

apa aku boleh buat dengan 5k? dari aspek paling penting.. buat majlis sebab nak jemput orang datang nanti boleh dapat banyak hadiah dorang boleh pas kat jiran tetangga yg kita dah kahwin takde fitnah2 bagai... so , makanan tu harus ada.. mula2 nak buat majlis masa bulan puasa.. tapi nanti takde siapa nak datang pula... sebab aku kompem tak sedia makanan jadi motif utama majlis tu tak tercapai... aku plan nak buat lain dari lain.. wajib ke nasi minyak? ayam masak merah? air sirap tu semua? balik2 lauk sama... so, silalah datang majlis aku yg bakal diadakan beberapa tahun lagi kot.. aku hidangkan nasi lemak dan laksa berserta air lemon..

kahwin kalau boleh nak sekali jadi kena ada kenangan.. kata orang kenangan kena abadi kat gambar.. aku minta lah member2 tolong tangkap gambar banyak2.. tak payah susah2 belanja beratus ringgit cecah ribuan upah orang lain kan... kawan dengan kawan tak kan nak berkira lak.. tangkap kan free jela... 

lepastu kalau ada pelamin semua tu.. ikut adat hindu, majlis renjis2 tu semua konon berkat tu dah macam syirik.. jadi tak usah susah payah sedia semua tu.. jimat2.. bab baju.. tak kan dalam masa berapa jam nak tukar banyak baju kan.. pe jadah.. sape rajin nak basuh baju manik2 tu.. pakai 1 baju je.. pakai yang simple2 je.. tak payah kain berjela panjang.. nanti orang pijak kotor 1 hal kalau jatuh camne lak.. malu lagi...

dunia sekarang hampir semua ada akaun FB, twitter ke pe... jemput pakai ni sudah.. bukanlah tak sopan.. anda kena pikir kesian pengantin.. tak kan nak lepas kahwin berhutang semata2 sedia kad kahwin beratus ringgit kan kan.. kalau ramai member saudara mara lagi gasak.. semua kena jemput.. tak leh skip nanti terasa empunya badan.. jadi duit yg dijimatkan melalui jemputan kahwin boleh disalur ke makanan tadi... haha.. tak pun sumbang bayar sewa tempat majlis kahwin...

so, agak2 korang berapa je bakal aku spend.. peruntuk sorang makan dalam rm4 x dengan 900 orang jadilah dalam 3600 balance.. tu pun kalau jemput ramai tu.. kurang lagi kot.. aku taklah ramai sangat member pun.. tambah duit baju rm 150 ( sebab beli kain kat kamdar mintak kawan mak jahit boleh murah kot hahah) and duit sewa tempat 1000 ( ada lagi murah ke nanti?).. total 4750.. baki boleh buat hantaran.. sebabkan sederhana itu amat bagus maka hantaran aku sangatlah sederhana.. yg penting hati ikhlas kan.. aku bukan berkira.. pikir masa depan bersama suami tu penting lagi dari majlis sehari.. hahahhaah

dan sebab aku jenis orang yg nekad.. memang aku buatnya apa aku plan ni.... masalahnya zaman sekarang.. kalau kita buat simple, ekspres atau kecil2 majlis tu.. orang akan pikir kahwin koboi, mesti ada benda jadi ni tetiba je kahwin dah tu tak se-gah mana.. susah betul nak tangkis persepsi masyarakat ni kan..

bakal suami aku pun bukan jenis yg membazir rasanya.. tapi mahukah dia ikut plan aku.. kahwin bukan hal kita sorang kena fikir si dia juga.... harapan aku.. dia mempertimbang plan aku.. hehehe :))


hukum asas dalam hidup .. sumpah tajuk bapak tak menarik

assalamualaikum

hidup kita memang hak individu.. terpulang kita nak buat apa sebab kubur sendiri2.. dosa pun pikul sendiri tapi kan tak patut kita amalkan hidup yg begitu individualistik (betul ke eja nya?) .....ermmmm jadi secara tak langsung sebab kita kena hidup berkomuniti supaya kita manusia lah sikit.. takde terperuk kat bilik sensorang makanya tercipta hukum asas yg tak berapa nak nampak dek mata kasar... 

aku nak share beberapa yg aku kutip dari pengalaman hidup.. bukan aku nak mengajar korang cara hidup.., sekadar perkongsian... :)

#jangan bagi harapan palsu - bila kita tak mampu buat sesuatu.. jangan memandai bagi harapan kat orang. misalnya kita kata nak tolong dia buat itu ini.. at the end habuk pun tarak .. atau kita tak suka orang tu tapi kita tak pernah bagitahu perasaan kita konon menjaga hati orang tu takut terluka so kita layan bebaik padahal hati menyampah.. so tak suka kata tak suka...

#jujur dengan diri sendiri - benda paling kejam manusia boleh buat ialah menganiaya diri sendiri.. so jangan sesekali buat begitu.... kalau kita rasa kita dah ada feeling kat orang tu.. luahkan.. cari keberanian.. sebelum melepas... dan kalau kita tak suka cara orang tu layan kita.. jangan anggap remeh nanti hati terasa pendam sensorang gila sudahnya.. jujur kat diri.. muhasabah diri kata tak patut ini itu setel kan masalah sendiri..

#tak mampu buat cara tak mampu - jangan perasan diri tu hebat, kaya, gah dan sebagainya.. contoh lah kan kalau kita tak mampu nak beli barang tu ini tapi kita berlagak kaya nak juga berbelanja lebih... gasak tengah bulan takde duit makan megi siang malam.. tu pun mujur mampu juga makan megi... jadi sentiasa beringat kemudian hari.. tak pun perasan diri bagus.. jalan pun kepala kalau boleh dongak 30 darjah ke udara sudahnya konon segak berjalan silap langkah masuk longkang..

#enjoy simple thing - walaupun perkara itu bukan sesuatu yg membanggakan macam boleh masuk surat khabar muka depan tapi perkara itu berhak di-enjoy.. barulah muka tak berkerut hati senang macam baru dapat anak pertama.. even benda tu sangatlah tak masuk akal atau memalukan macam jatuh dalam longkang.. just hargai detik yg mungkin takkan berulang..lain kali sambil minum petang boleh open cerita tu dan bergelak sakan.. tak usah difikir sangat benda tu.. just enjoy it.. banyak benda yg sangat special kadang2 macam berjalan ke kampus.. perkara tu hari2 kita buat tapi nanti tua2 kita akan rindu moment tu..

#chillex - chill and rilex je.. siapa yg takde masalah? semua orang ada kan.. ada yg eksiden, kematian insan tersayang.. gagal exam etc tapi semua tu tak pernah patahkan semangat dorang utk terus hidup.. usah dikenang yg telah berlalu kerana hari esok yg menanti terlalu berharga utk disia begitu sahaja.. sometimes kita akan tergelak lepas beberapa tahun teringat dulu aku buang masa ingat si polan.. sekarang ni aku dah berjaya bukti hidup aku berjaya.. ni semua berkat kesabaran dan pertolongan Tuhan... bersyukur aku.. wahhh gitu kata hati kecil kita.. bukan riak tapi harus bangga kita berjaya menghadapi dugaan.. kita tahu kita kuat..

banyak lagi peraturan sebenarnya... tapi peraturan ni bukanlah cam wajib kita kena buat ni itu.. cuma kalau kita amalkan insyaallah hati kita takde lah macam rasa hidup terumbang-ambing..... hehehe.... :)
so, selamat hidup >_<

susah nak elak beberapa perkara masa kapel

assalamualaikum

kenapa bila kita kapel susah benar nak mengelak beberapa perkara yg bakal aku bahas kan.. bukan kita tak sedar perkara tu tapi kita masih juga buat.. mungkin pegangan kita yg tak kukuh lagi kot.. mungkin kita buat tu sebab hati rasa untuk kepentingan bersama pakwe/makwe ke kan... antara benda yg kerap2 jadi ------


#soalan - bila kita sayangkan orang tu kita suka tanya soalan pelik2 macam 'awak2, awak rasa saya comel tak? atau 'awak2 saya ni dapat tak menandingi si milah tu? kenapa nak juga kita tahu pendapat kapel kita? adakah sebab kita tahu dia sayang kita so mesti jawab bebaik atau sebab kita gedik2 je..bila kita tanya kapel kita sesuatu yg m'bandingkan kita dengan orang lain dan kapel kita pun jawab tu dah mendorong umpatan.. yela pakwe kau sibuk nak up kau dia pun cakaplah 'yela Mah awak lagi cantik, dia tu hidung penyek mata sepet tak macam Mah sayang abang ni..' haktuihhhh...

#sukar nak jujur - kegagalan berlaku jujur ni kadang2 ada kaitan dengan soalan diatas.. mungkin makwe tu segan nak bagitahu pakwe dia yang pakwe dia memang tak hensem, selekeh pulak tu.. jaga hati kiranya.. tak jujur yg lain macam tak bagitahu kapel yg kita ada keluar dengan orang lain mungkin sebab takut pasangan jeles tak memasal walaupun itu kawan sahaja.. memanglah ada kata 'takpe tak kisah awak nak keluar dengan girl/boy mana janji bagitahu saya' TAPI sekali bagitahu punyalah masam mencuka muka kata pasangan curanglah apa lah..

#menggatal - walaupun kita kata hati sangatlah sayang pasangan tapi bila takde sidia disisi perangai sebusuk longkang selepas hujan gamaknya.. bukan tak jujur tapi tak dapat ngelak.. mungkin dah terbiasa meng-usha mamat hensem/awek cun masa belum kapel.. jadi tabiat tu dibawa sampai sekarang.. kalau ada yg menegur, walaupun nampak macam jual mahal tak layan konon setia tapi sempat lagi borak melirik mata senyum sipu malu.. test market tengok bila dah kapel laku lagi tak kot... contohnya banyaklah orang yg mengayat kat FB walaupun dah terang lagi bersuluh kat profile tulis IN A RELATIONSHIP WITH.....

#mahu geli-gelian - jarang juga aku tengok orang kapel keluar tak pegang tangan, main suap2 persis orang sudah kahwin anak sepuluh.. aku sendiri juga tergolong ni.. eish3.... kenapa ya? sebab konon nak manja2 ea/ nak nikah tak mampu takde duit nak sanding.. kalau buat simple punya wedding orang cakap kahwin koboi.. mungkin nafsu kot.. tapi tak pula rasa bernafsu pegang tangan pakwe.. haha bengong.. tapi ada juga stock peluk2 pasangan sebab nak tunjuk kat orang 'ni makwe/pakwe aku jangan kacau!!'

#pembaziran - kalau dah hidup berdua mesti banyak keluar duit.. lagilah yg bertiga berempat atau lebih bagi laki/perempuan yg pasang keliling pinggang... tak ke aniaya topup mesti selalu.. nak dating keluar makan.. takkan nak harap kapel je bayar .. ingat sugar daddy ke mak ikan kapel kau tu... sekali keluar pun takkan duduk sahaja kat kedai mamak minum teh dah habis teh order pulak air kosong.. muka pun jaga jadi bawalah makan lepak tempat loaded2.. last2 tengah bulan poket berlubang.... susah lagi kalau dapat kapel jenis boros, jenis nak ajak keluar selalu.. pelaburan yg sia2 bila ditinggalkan kapel akhirnya.. yg penting ingat duit tak datang bergolek, dari spend beratus kat awek/pakwe baik bagi kat famili....

------ ada lagi banyak tapi aku nak kena siap nak keluar dah lambat.. haha suka sangat melengah masa...akhir kata.. aku harap sangat aku dapat elak buat semua ni.. aku nak jaga hati pasangan dan aku nak jujur pada dia sebab aku harap dengan keikhlasan yg aku ada , hubungan ni akan menjadi..
bukan setakat nak buat peneman masa suka2 tapi masa akan datang melihat anak-anak kitorang lari depan rumah,.... cewaaaahhh.. hehe... insyaallah.... aminn -------

tabiat yg pelik atau biasa

assalamualaikum

bercerita tentang tabiat.. semua orang ada tabiat sendiri.. cuma sejauh mana tabiat itu lari dari kebiasaan orang lain itu yg menjadikannya pelik.. berkongsi tentang tabiat aku yg sangat2 biasa rasanya.. 

#apabila aku kurang tidur WAJIB bagi aku balas dendam.. tak mungkin aku akan kurangkan walau sejam pun.,.. asal ada masa terluang, aku gunapakai tidur sehabis baik....

#bab mengemas.. tak tahu kenapa sejak azali lagi aku memang tak leh nak mengemas bila ada orang.. ada je orang kat sebelah-menyebelah mesti kerja terbantut.. lantaklah orang nak panggil aku pemalas ke pe tapi aku memang tak kan mengemas time ada orang.. agaknya aku ni jenis pemalu kot.. kahkahkah..

#suka menyusun barang... pernah tengok orang yg habis masa berjam lamanya depan rak buku utk susun hanya berbelas buku lebih.... nak kan kesempurnaan nampak kemas.. nak susun dari buku besar ke kecil.. ikut ketinggian.. kalau nampak tak kena alih balik... camtu lah sikap aku.. gamaknya sikap ni nyusah kan aku ..

nanti sambung taip.. batri laptop dah low... malas nak cas.. ok fine aku memang pemalas.. dah makan sedap tidur ni.. chowwww :)

berkorban dulu utk masa depan

assalamualaikum

kita perlu ingat tak semua dilahirkan dengan kemewahan atau kesenangan hidup yg membolehkannya mengatur hidup tanpa ada backup plan in case aturan itu lari.... juga bukan lahir-lahir je terus ada pasangan hidup makanya wujud proses mencari teman hidup... untuk hari esok dan esoknya lagi akan ada banyak benda yg perlu kita rancang walaupun kita tahu kita hanya manusia biasa yg mampu merancang DIA yg menentukan..

untuk terus hidup bahagia, kita perlu terima segala aturan itu dengan hati terbuka.. jangan cepat melatah meskipun hati rasa perit nak terima... contohnya bila dah memandu lebih 5 jam utk hantar anak ke rumah sewanya supaya isnin nanti bukak sem baru dia dapat senyum girang depan kawan-kawan sebab environment rumahnya tenang jadi mood happy TAPI bapak tu dapat tahu anak dia kena tipu dek tuan rumah and dia takde rumah untuk menginap malam tu.. bapak tu perlu respon dengan situasi cepat , tolong anak dia cari rumah baharu... - ok mungkin contoh ni tak berapa nak menyakitkan ht tp bg aku yg br kena camni.. tiba2 dapat rumah bapak bersepah macam reban ayam.... cool cool je...

untuk terus hidp juga... kena korban apa yg mungkin penting bagi kita selama bertahun2 ni... conohnya, masa cuti sem kerja dan terus kerja cari duit saving study... walalupun kerja tu perlukan kita spend setiap hari lebih 8 jam untuk kerja and raya pun kena tinggalkan famili demi kerja demi kerja.... mungkin hati rasa serbak selama ni raya pertama pagi tu salam keluarga bermaafan2 tetiba tahun ni menghadap customer muka bajet bagus.. haktuih....

takpe demi masa depan berkorban ea hati... kita kena sikit-sikit ringankan beban famili sebab hati mungkin berat nak berbelanja kalau tahu kat bank tu semua duit titik peluh mak ayah siang malam kerja.. jadi kalau duit sendiri.. hati senang nak beli apa.. nak berbelanja sakan pun sayang sebab duit sendiri ...

juga hati ini kena tolak tepi soal mentah macam bila nak dating, nak menggedik dengan kawan-kawan sepanjang hari macam tiada lagi hari esok sebab usia ni aku dah sedikit matang.. ceh ceh... dah tahu utamakan famili dulu... dorang hantar jauh-jauh nak suruh aku belajar .. mungkin nak pesong sikit-sikit macam weekend tu bergembira takpe kan kan.. tak 24 jam ngadap buku.. macam belajar pun...

kesimpulannya... wahhh ada macam karangan spm yg dapat a tak? ok balik pada point.. susah dulu sekarang nanti tahun akan datang kita grab balik memori yg tak dapat dicipta sekarang.. hargai je apa ada sekarang sebab mungkin itu yg terbaik utk hati kita.. :)

berkongsi cerita atau simpan sedikit untuk diri kita?

assalamualaikum

tajuk bukan main panjang.. kat tajuk dah jelas sesuatu bermain di minda.. kadangkala manusia sukar menyimpan rahsia kecuali hal yang benar-benar mengaibkannya.. kita suka berkongsi dengan kenalan background kita, dengan siapa kita kapel dan sebagainya.. mungkin mengikut pepatah sharing is caring atau mungkin juga perkongsian itu cuma nak menunjuk then itu punca kita riak..

bila kita share pasal kejayaan kita, sukar untuk kita tapis rasa riak.. sifat manusia bila dapat kejayaan mesti riak.. contoh macam kita dapat nombor satu dalam kelas.. bila nak bagitahu orang hebatnya kita nak takel orang ke kat bank ada berapa juta duit ... sikit-sikit riak tu datang.. cuma..... kalau orang sekeliling yang bertanyakan sesuatu... tak kan kita tak nak share lak.. nanti orang cakap kita tak percaya dia.. jadi kat sini kiranya bukti kita percaya kan orang tu so kita share sesuatu pasal diri kita...

pastu kalau kita share pasal pakwe.. apa yg pakwe buatkan untuk kita.. macam benda yg romantaik-suweeeet pe jadah tu semua.. kita cerita sebab happy mungkin tanpa disangka-sangka terbitkan perasaan cemburu pada hati mereka yg mendengar..

mungkin juga terlampau berkongsi nanti kengkawan akan rasa meluat, menyampah macam kita menunjuk2 pulak.. so nak kongsi juga ke perihal sebegitu? kalau kawan asyik cerita pasal pakwe dia camni camtulah.. korang nak duk diam kat situ dna dengar sambil buat respon oh.. oh bagus.. yeke.. ouhhhh... ada kemungkinan hati terdetik.. eih bila dia nak berhenti cerita.. dengar lah pulak aku pun nak share pasal hidup aku... hahahhahahah kelakar bila kawan tak dapat nak tolak ansur dalam perbualan.. asyik dia bak bercakap..

dan bila kita share macam pictures.. see that pictures.. plural tu.... alahai bapak banyak gambar nak tayang kat fesbuk, belog .. dari masa before masuk wayang , time makan ngan pakwe sampai gambar ngah duk lepak kat taman..... sumpah itu buat orang meluat.. at first orang akan kata wahhh sweet tapi kalau asyik cerita pasal pakwe/makwe dia je cam dia sorang bahgia and orang lain tak nah kapel... sumpah sangat menjengkelkan.. orang akan komen dalam hati eih tak padan.. ntah pape dorang ni.. so sedikit sebanyak sumbangan kata-kata yg umpama doa mereka ni akan menjejaskan hubungan korang..

makanya aku pernah dengar ceramah.. toksah terlampau tayang sangat cerita, gambar atau apa-apa pasal hidup kita.. nanti ada mulut yang komen... setiap kata2 tu doa.. jadi pengajaran untuk aku sendiri.. aku tak kan masuk gambar aku ngan tersayang.... huhu.. ada pun mungkin satu dua kot ... nak jugak tunjuk ada pakwe.. tengok tu riak2... eish3.. pokok pangkal balik kat individu tu sendiri selesa nak cerita or keep it the headline to yourself.. lagi pun macam misteri je orang tak tahu kita dengan siapa tup tup kita hantar kad jemputan..... :)

p/s : sumpah aku merosakkan ejaan.. huhu

show some respect

assalamualaikum

apa yg buat korang boleh hilang sabar dengan mudah? dimaki orang? terjatuh dalam longkang then salahkan batu padahal korang syok bergayut dengan kapel tak ingat dunia? tambah-tambah lagi bulan puasa ni lagi kena banyak sabar... 

bagi aku tempoh sekarang ni mengajar aku banyak bersabar.. sabar dengan karenah di tempat kerja.. pagi-pagi aku sentiasa mintak hati aku bersabar..paling boleh hilang sabar bila aku penat mop satu kedai dan dan tu juga ada orang lalu situ.. paling haktuihhh sekali bila orang tu nampak aku tengah mop dia nak lalu jugak.. memang orang macam ni takde perikemanusiaan.. mungkin dia tak pernah mengemas or dia ada pengalaman jadi cleaner then orang buat macam tu kat dia tu dia balas...

lagi benda yg buat hilang sabar of kos bila manusia tak repek kita kan.. macam hal diatas tadi.. kalau nak harap orang hormat kita, kita hormat dorang la... mungkin dengan saling hormat nanti wujudnya satu komuniti harmoni tapi itu semua dusta belaka.. buat bersikap daif atau pesimistik... sila rujuk kamus ye aku pun tak berapa nak mengerti pesimistik tu pe.. tibai pakai je cam bes je ayat tu.. emmm balik pada topik.. bukan aku nak narrow minded sangat tapi tu hakikat sebenar.. belum tentu orang tu akan buat benda sama untuk kau.. mungkin sebab dia kurang kasih sayang jadi dia rasa secure bila menindas orang lain..

tu dari segi psikologi lah.. jadi memang mustahil untuk kita dapatkan respek dari orang lain.. lagipun takde pekdah mati-matian dapatkan respek orang.. tak matinya takde semua tu.. just pikir mungkin dorang ni takleh sehaluan ngan korang.. cara terbaik.. kita hidup je camne kita nak and tak kacau orang mungkin satu hari nanti tanpa kita sedar kita dah berjaya gain some respek from others :)

so, respek je dorang yg tak mengganggu hidup anda jadi anda akan rasa happy and sila lah pikir dulu apa yang anda buat tu akan menyakitkan hati orang ke tak.. kadang-kadang benda paling simple macam tak lalu ditempat orang mop dengan pakai kasut yg sangat meninggalkan kesan hitam pun sudah cukup bagus.. itu sudah memadai menggembirakan hati mereka tak pun jangan malu ucap sori bila bersalah :D

menahan rasa

assalamualaikum

macam aku selalu kata manusia ni sangat pelik.. benda yg mustahil, yg tak boleh dimiliki yg selalu kita nak.. benda yg menyakitkan kita juga kita pilih... kenapa ya? tak serik ke? ada orang yg sanggup berkorban apa saja janji dia dapat kekal sama dengan orang yang konon dia sayang.. ada pula yg tak kisah dikeji janji dia dapat teman kekasihnya..

rasa yang bermain kat hati sentiasa merunsingkan tapi itu juga kita cari.. walaupun kita acapkali mengadu sakit, peritnya rasa itu tapi tetap kita tak mengalah... kita dipermain oleh sidia dengan pelbagai cara.. bukan takat permainan kata dusta semua karenah yg membinasakan diri kita terima.. konon kita lemah untuk menghalang rasa yg ada... itu manusia... dan aku lah manusia itu...

menyayangi orang yg membuatkan kita rasa down.. tapi nak buang sayang tak boleh... kita rasa tak layak untuk bersamanya.. menahan ego, malu dan cuba terbaik untuk dapat yg terbaik kita rasa... emmmmmm mengarut lgi aku ni kan.. aishhhhhhhhhhhhhh

bercakap tentang klisenya hidup

assalamualaikum

hidup ni tak lari dari dramanya sendiri.. bosan gak kalau hidup ni biasa je.. tak mencabar betul kalau asyik happy takde masalah.. tak ke rasa bapak busan setiap hari lalui benda sama.. tapi klise giler bila ada masalah je mula merungut ini itu tak kena.. bila nak hidup senang bla bla bla.. macamtulah klise paling simple..

lagi terbaik bila kita asyik duk nasihat orang tak payahlah nak mengharap kat polan tu nak suka kau ke pe jadah.. jodoh semua kat tangan tuhan,... tapi kita sendiri duk mengharap bulan jatuh ke riba.. padahal benda tu mustahil.. tak nak pulak ingatkan diri sendiri...

apatah lagi bila kita sendiri menidakkan hukum semata-mata nak penuhi keinginan hati.. kita langgar semua pantang larang tradisi kata itu semua tahyul, karut atau ketinggalan zaman .. sedangkan kita tahu benda tu memang tak patut dibuat... macam kita suka orang yang sejenis. rumah kata pergi kubur kata mari pun kita buat dek je... well mungkin kita just nak sedapkan hati dengan kata sampai masa nanti berubah lah kita, terbuka hati nanti.. yeah itu sangat klise..

erti kata lain klise ni macam cakap keling... cakap tak serupa bikin.. cakap yang sesaja mengarut nak selamatkan diri..... btw asal cakap lidah cabang je orang kata macam keling? kesian keling tapi dah biasa aku bantai guna gak... see that tak lari dari klisenye ayat yg aku guna.. ahhahahahah

mentaliti rakyat kita

assalamualaikum

orang kata rakyat mesia dikatakan punyai fasiliti kelas pertama tapi minda kelas ketiga? korang setuju ke dengan pandangan rakyat kita sendiri,, well side aku... setuju.. sebilangannya termasuk aku sendiri dalam beberapa segi memang kelas ketiga punya minda... aku bagi contoh mudah lah..

#sampah
bila nak buang sampah, tanpa segan silu longkang menjadi mangsa.. sebab tu kalau banjir kilat berlaku.. longkang tersumbat... KL kalau hujan sah dalam empat jam dah banjir... lagi satu bila korang tengok papan dilarang buang sampah.. kat situ jugak lah paling banyak sampah..

#jalan jem
jem sebab eksiden... selalunya begitulah.. tapi bukan eksiden yg buat jem.. orang yg berhenti tengok eksiden tu berlambak sangat,... orang kita suka sangat tengok benda-benda ngeri ke? whoaa kecoh satu kampung lembu melanggar treler la pe jadah... lagi satu bila jem.. suka suki je memotong jalan.. ingat korang sorang je nak kejar masa.. pastu menyebabkan eksiden.. hilangnya respek antara pemandu..

#tandas
perghhhhhhhhhhh macam hebat sangat dah berak tak reti flush,..... euwwwww terus mati hajat tengok macam-macam kaler... hahahhaha... tisu buang merata pulak tu... tandas dah powerrrr paip air semua stok nak otomatik tapi tak reti nak hargai tandas awam.. kecoh bile kena bayar dua posen tapi masuk tandas free buat hal pulak... kalau tandas tu busuk.. tu mencerminkan betapa kita ni tak reti jaga kebersihan...

ada apa lagi korang rasa yang sangat tunjukkan mentaliti kita canggih bebenar? hoho... well agak-agaklah kalau orang luar tengok camni lah kita kan.. senang je dorang nak makan kita.. sebab zaman sekarang perang guna minda.. penjajahan minda ada dimana-mana.. dan sekarang aku pun dijajah sebab kalau online benda first bukak fb then blog.. bukan nak cAri benda ilmiah sikit.. hahahhaha... k daaaa

p/s : selamat ulang tahun untuk diri sendiri.. kamu sudah tua cik.. alhamdulillah masih bernafas, ada peluang tebus kesalahan dan belajar hargai hidup :)

awek bertudung perangai cam harem

assalamualaikum

kalau baca tajuk mesti panas kan.. asyik nak shot awek bertudung pehal kan.. macam yg tak bertudung tu baik sangat lak.. tapi pikir balik some point memang betul.. sebab aku pun terasa macam aduyai aku bertudung ni orang akan pandang.. alahai nak cover konon baik la tu.. tak pun nak berfesyen..

kenapa tohmahan pedas camni yg dorang kasi? sebab banyak 3gp datang dari awek bertudung.. awek bertudung slumber pakai legging dengan skirt pulak .. pe jadah kan kan... orang yang memandang rasa tu satu trend yang smart memang bullshit.. apa guna kau pakai tudung kalau match dengan legging? macam harem je... sori bahasa aku kasar.. tapi tu hakikat..

aku bukan cemerlang mana tapi aku sendiri terasa panaih gak.. sekarang aku kerja kat mid.. orang lalu lalang pakai fesyen entah pape memang sangat berlambak.. sekarang semua standard nak shawl memanjang.. warna colourful.. aku tabik sangat pandai berfesyen tapi bila salah bawa memang jatuh status orang bertudung.. yela cuba korang bagitahu aku celah mana yang nampak cantik pakai legging dengan dress lengan pendek.. ?

perbetulkan aku kalau aku silap.. memang boleh ea pakai gitu? lagi satu agak2 la.. bukan aku nak suruh hipokrit tapi jaga imej yg korang bawa.. bayangkan orang bukan islam nampak perangai setan kita,... balik2 agama gak dorang petik bila terjadi kes yang kurang sedap... aku cakap ni.. untuk tegur diri aku gak.. sebab bila kita sampai satu tahap.. duk perhati orang n teliti kesalahan lama.. akan nampak betapa bodohnya kita dulu.. jadi jangan sampai nyesal satu hari nanti.. :)

cara menangani rindu

assalamualaikum..

aku bukan pakar tapi ni cara aku buat kalau aku rindu someone..

#doa orang tu makin dekat dengan kita so takde rindu mana.. tapi ape cer kan depan mata pun rindu bagai

#jerit nama dia.. haha.. nanti mesti dia tersedak.. tahulah dia ada orang sebut nama dia..

# contact jela dia.. buat slumber.. buat pe nak ego kan kan kalau dah memang rindu...

# baca mesej dia yang lama-lama.. kalau dia busy.. kita tengok je mesej dia.. nanti tersenyum sendiri sah giler..

# tengok gambar dia... hihi.. ni macam jarang je buat.. sebab boleh terus print screen dalam otak imej dia

ok lah tu je... hahahhahaha ada lagi cara lain tapi mana boleh share semua...


happy birthday darls !!

 assalamualaikum

happy birthday kepada cik Syuhada, cik Fatin.. dan adik ku yg gondol asamboy.... and next two days pulak birthday my sayang Cik Peanut.... wish korang all the best dalam hidup ye...... harap dapat jumpa korang.....

cik syu - be happy selalu.. kerja leklok lah ye... dont be noty.. nanti kita hang out ngan ecah...

cik Atin - sis doakan atin happy ngan bf.. sihat selalu... bila kita nak jumpa ni? hehehhe

cik Peanut - walaupun birthday kau lg 2 hari.. tak pe kan aku nak wish awal... takut tak sempat wish.. huhu... rindu kau giler.... jadilah stewardess yang cemerlang.. maintain hawt ye...

asamboy - kau jangan nakal-nakal.. nanti angah bawa jenjalan.. sayang kau ....



korang...... stay happy and healthy yea.... :))

p/s : sori ada pic dorang je.. huhu... tp syg peanut n Atin gak.. hihi

cinta macam gastrik

Assalamualaikum..

cinta itu sbujektif.. semua orang cuba membicarakan erti cinta atau apakah sebenarnya cinta menurut mereka.. bagi aku cinta ni macam gastrik.. penyakit yg selalu merindui aku.. hahah.. well aku ada sebab aku sendiri kenapa nak samakan gastrik dengan cinta.. atleast dua perkara ni ada kaitan..

cinta banyak pantang larang macam gastrik.. tak leh minum air gas, tak leh makan sushi bak kata mr. s dan macam-macamlah tak leh terutama janganlah menggatal nak makan pedas unleast berani tanggung sakit... untuk cinta, rules penting kena percaya each other then baru setia.. dan pelbagai rules lagi dicipta untuk memenuhi kepuasan hati sampailah kita rasa cukup sempurna cinta itu.. tend to kongkong partner untuk kawal takdir hubungan cinta tu..

cinta macam gastrik.. susah nak hilang once dah dapat.. yela ingat senang nak ubati gastrik? lagi parah kalau dah tahap apendiks tu.. well aku bukan doctor tapi sebab aku sendiri ada gastrik dah makan bertahun lama tak hilang-hilang gak.. sama macam cinta yang sekali feeling tu kita alami.. bukan mudah nak buang.. cubalah method macammana sekalipun hati tak kan mendengar kata jasad yang terlampau penat mengejar sesuatu yang tak pasti.. hati tetap akan menanti sesuatu sebabnya cinta dia bukan sesuatu mainan.. 

orang kata gastrik boleh ubat.. ye ada potensi juga.. tapi kena betul-betul jaga makan semua-semua lah.. macam cinta juga.. kita spend masa bukan takat sebulan dua mungkin bertahun.. for some cases , orang yang kehilangan cinta hampir berpuluh tahun masih lagi tak leh move on.. whoaaa itu lah setianya cinta melekat di hati.. anugerah Allah untuk setiap insan yang berani bercinta..

gastrik dan cinta tak kan lari dari benda ini.. iaitu keduanya menyakitkan manusia.. gastrik secara fizikal dan cinta pulak emosi, mental dan melibatkan fizikal kalau bercinta dengan si dayus atau sendiri tak pandai jaga diri masa bercinta.. sakit yang dialami bukan mudah nak buang.. once datang boleh buta sang pria yang gagah menitis air mata.. tak mampu buat apa-apa.. nak melawan sakit pun tak berdaya.. hanya mampu menerima.. walaupun umum tahu cinta itu menyakitkan tapi masih juga mencarinya.. mungkin excitement dari cinta membutai semuanya?

so , akhir kata pesanan penaja elakkan gastrik .. haha.. sayangilah diri korang dengan menjaga diri sebaiknya sebelum orang lain baru boleh menjaga orang lain sepenuh hati kan kan.. cinta yang best dan penuh duka kadang-kadang ni suatu hal yang remeh kalau tak pandai handle boleh makan diri.. good luck with ur love life peeps :) tata xoxo

memori di kz

assalamualaikum..

tetiba rasa sebak ditambah dengan sakit kepala akibat terhantuk.. jadi agak tak betul now.. mudah-mudahan exam last petang ni leh jawab walau sikit.. tapi now dah ada alasan kukuh tak leh jawab dengan baik.. hahahah.. okay balik pada point asal.. tadi parent aku datang , kitorang pindah-pindah barang ke rumah sewa.. almaklumlah tak mohon kolej.. jadi lepas pindah terus pergi makan.. jadi agak ngantuk juga ni.. nak tidur takut terbabas exam..

esok, hari last aku tinggal kolej.. rasa berat juga nak tinggal kolej sebabnya dua sem ni.. best juga walaupun macam-macam masalah timbul.. kenal dengan ramai orang.. terlibat dengan pelbagai aktiviti.. semua tu sedikit sebanyak mematangkan aku.. thanks member2 yg banyak tolong aku masa kat kz ni.. housemate aku lagi-lagi roomate yang banyak bersabar dengan aku yang pemalas.. hihi.. so tak nak banyak cerita .. ni gambar dari kenangan lepas kat kz.. :)

otw nak g kelas

jumpa kawan kat kafe

lepak kat tepi bukit

latih koir

setel asimen

makan makan makan

testing baju korporat

tq sebab aku ada korang <3


gerak psr malam

semak kat dinner blok lain

ok ni dinner blok sendiri

balik kz

open day kz

keluar dengan housemate

duk seharian on9

discussion .. malas rotate

jenjalan.. pun malas rotate.. agak2 ni siapa?  
dorang ni member yg aku pungut dapat sepanjang aku kat kz.. ada belambak lg pic.. tapi ni antara yg aku suka.. thanks korang.. sori atas salah silpa.. moga kita semua berjaya 1 hr nanti.. insyaallah.. tc :D

penting untuk kau tahu

assalamualaikum..

ada beberapa amanat aku nak kongsi before aku menidurkan diri...

first, aku tak kisah pun orang tahu aku suka kau.. seyes aku tak kisah.. aku tak peduli pun market jatuh.. eishh jangan pandang aku kecik besar.. aku ada gak peminat.. haha *perasan kalau aku malu orang tahu tentu-tentu aku tak share pun hal aku suka kau kat blog ni...

second, aku tak suka sangat orang yg tak reti jaga amanat.. girl biasalah mesti akan kongsi dengan bff dia pasal dia suka siapa.. tapi kan aku tak bagitahu pun bff aku yg kat indon now or kat gmi... aku terkilan bila aku open rahsia sebab rasa percaya and timbal balik dia share something dengan aku.. aku lagi harap aku sendiri bagitahu dari orang sampaikan.. jenis aku yg suka bercakap pun aku tahu jaga rahsia orang

third, stubborn tu dalam kamus hidup aku.. kengkawan n famili aku pernah cakap.. kelemahan aku cuma tiga .. DEGIL GILER, PEMALAS n aku SENANG PERCAYA ORANG... jadi aku mudah kena pijak.. aku degil nak ikut apa aku nak buat.. sebab aku pentingkan mood aku macam mana.. adventure tak adventure something tu.. jadi aku selalu memilih jalan yg berisiko dan even orang dah nasihat gila babun jangan menyusahkan diri.. still aku buat jugak..

fourth, ye malas tadi.. kalau datang malas aku semua pun tak jadi.. kalau rajin eloklah beberapa hari aku gunapakai semangat untuk buat segala macam benda.. sebab aku jenis malas.. benda ni screw up hidup aku kot.. aku tak kan study, tapi aku degil pilih kos yang memerlukan aku study.. lagi pun sekali aku malas memang aku malas gilalah.. kalau aku dah malas layan orang itu sangat pelik.. patut korang balik tengok cermin and pikir apa yg korang buat sampai orang yg macam aku ni malas layan korang..

fifth, aku kaki bebel.. macam-macam aku boleh bualkan.. dan aku bukan jenis sombong or penyegan.. sebab aku sempoi *konfiden je ngaku .. dengan cikgu pun umpama member takde nya istilah pijak semut tak mati.. tapi kalau aku jadi segan tu.. nak cakap pun macam lidah kelu semacam .. kompem korang ni sangat umphhhh.. hahaha.. mustahil kot untuk buat aku segan.. jatuh pun aku takde hal..ini kan borak giler kamceng.. jadi mr, S, kau ni something betul la

sixth, jujur .. aku tak baik mana tapi aku memang jujur.. nak harap aku cakap something yg memuji or jadi kaki kipas susah mati.. sori lah.. aku jenis appreaciate things so ada benda aku rasa wow memang aku up.. dan kalau ada tak kena aku akan tegur.. sebab aku rasa better dari aku tipu korang macam cakap mekap kau sangatlah cantik padahal comot semacam .. aku lagi rela kau terasa hati dengan aku cakap jujur dari orang lain cakap belakang kutuk kau macam-macam.. and kalau aku cakap itu, maka itulah dia.. aku bukan jenis tersirat punya orang.. takde makna kalau bosan,lapar aku nak cakap best betul and kenyang gila.. harapan jela..

sekian... itu sahaja.. wah tak sah kalau aku tak mengamuk kat blog.. eh? mengamuk? maksud aku membebel  .. aku rasa most of us agree dengan aku kot.. hahaha *konfiden lagi mesti korang lagi suka orang jujur dari mimpi yang membunuh.. bukankah lagi baik kalau kita pangkah orang yang tak reti hormat privasi orang dari kita simpan nanti jadi nanah...? fikir-fikirkan :)

gemuruh

Assalamualaikum

ada beberapa benda yang buat aku gemuruh gila. tahu kan gemuruh tu apa.. untuk lagi memahami entri ni silalah nyanyi lagu F.T gemuruh lallalala~ ok sudah paham? meskipun tiada kaitan tapi boleh paham juga gemuruh tak gemuruhnya aku ni..
 
#bila aku dalam dewan exam.. aku akan jadi gila gemuruh kalau paper obj. pastu tempat pun tertutup macam dewan, cermin tinted tak dapat nak tenang emosi melihat awan ke pokok.. yg nampak keliling orang yg busy menjawab exam.. jadi aku sebolehnya cepat jawab paper dan terus keluar dewan.. lagi duk lama lagi aku semak-semak pastu dup dap makin kuat.. makanya hari ni tak dan 20min aku dah keluar dewan.

#bila nak jumpa orang.. sebenarnya aku takde masalah ni tapi kelmarin aku jadi semacam, tak tentu arah.. padahal jumpa dia je pun.. dulu masa g dating takde hal nak pakai apa, kisah tak kisah je.. tapi bila keluar ngan mamat aku suka kelmarin kelam kabut and jadi segan pulak.. aduyai itu rare aku segan? haha *facepalm

#malam before exam.. sehingga ke time exam.. jadi gemuruh sebab tahu diri tak study kan.. dah cuak.. padan muka.. jadi nak kurang gemuruh aku akan layan movie, blog.. gemuruh aku buatkan aku sakit perut, cepat lapar dan anti dengan buku.. haha.. pelik sikit kat situ, orang patut study lah kan.. tapi aku melihat pentingnya aku isi perut , dengar lagu dulu before exam.. people watching time ni best.. leh tengok manusia lain membelek buku.. i wish i were them sooooo skema heee

jadinya, korang ada cara tak atasi gemuruh ni? gemuruh aku ni kira gedik sikit.. semua simptom sama.. dup dap lebih.. macam tak tentu arah.. nak cepat tapi errr masih lambat-lambat.. okay aku sekarang tengah gemuruh lik sebab lagi sejam exam dan aku masih kat rumah tak siap... sakit perut lak.. hahhaa.. so tahap aku membebel secara membabi buta ni tinggi juga..

bye-bye ex(s)

assalamualaikum..

before ni aku pernah post entri surat utk ex aku kat sini.. well disebabkan aku terlalu lapang.. tak tahu nak study apa untuk paper sok.. jadi aku nak kongsi point aku pasal ex .. dalam konteks ni.. ex merujuk pada bekas kekasih korang.. patutnya ada kempen dalam dunia ni yang pakai slogan 'HELLO NEW LIFE.. GET TO MOVE ON SO BYE-BYE EX(S) !!'

sebabnya simple je, why at the first place korang tinggal kan dia atau dia tinggalkan korang.. sebab tu juga korang never ever should continue that relationship.. sebab apakah bodohnya korang kalau dah tahu perangai dia haprak gila.. jumpa orang lain je terus ignore korang gila babun padahal dia ajak korang date.. see that kind of person should never exist.. haha dan kalau korang yang tinggalkan dia dulu.. patutnya tak payah sambung gak.. nak tahu kenapa?

sebab tolonglah lepaskan dia.. jangan kasi hidup dia merana.. lagipun masa korang pasang lain dulu korang tak pernah hargai perasaan dia.. dan korang for sure tak sayang dia banyak pun sebab kalau ye mesti korang tak kan pasang lain.. tak payah guna alasan mungkin ni jodoh kita jumpa again so patut kita hargai bla bla.. bullshit semua tu.. pisang yang berbuah dua kali sangat rare ok.. so jangan mimpi hubungan yg terputus tu akan jadi same again macam dulu..

korang akan ungkit salah masing-masing.. dan dalam diam tanpa korang sedar mesti punya korang akan terdetik.. eih masa kitorang putus dulu dia pernah kapel kan.. apalah agaknya dia pernah buat .. yg akhirnya bawa pada jeles tak tentu pasal dan kemungkinan world war 3 akan meletus pulak.. ex ni harus dipangkah .. kalau sebab masa putus dulu sangat tak munasabah.. lainlah korang lost contact sebab pindah rumah, zaman pulak masa tu tak wujud hp bagai ni.. or terpaksa putus sebab famili tak restui.. now nak sambung sebab dah berjaya bukti anda hebat dan ur life cool giler..

sebagai kawan yg baik, jangan ngengada nak psiko member terima si polan atau back up polan tu.. sebab korang mungkin tak paham trauma yg dia alami masa kapel dulu.. haha.. tapi kalau nama kawan baik mesti korang akan tolong member jauhi polan kan kan.. just letak tempat korang dalam posisi orang tu.. bukankah sangat bodoh kapel balik dengan orang camtaek gila? 

yes people does change.. but not all deserve a second chance.. kalau dia pernah buat sekali, tak rasa benda tu mungkin berulang lagi? dah lah mula-mula nak baikkan hati masa clash dah payah..  inikan lagi nak terima lagi sekali? it is so hard to forget even we forgive and to build another trust is a wayyyyyy NO NO.. so bye bye ex(s).. and hello mista :)

p/s : toksah duk kenang ex korang ya.. mungkin dengan buka ruang utk yg br akan bagi rasa lagi masyukkk :)

sebelum & selepas kenal

assalamualaikum

aku tetap aku.. sebelum atau selepas orang kenal, kawan dengan aku.. dorang je rasa aku lain.. yela aku pegang kata-kata tak kenal maka tak cinta dah kenal macam celaka.. aishhhh ayat.. haha.. aku ni memang jenis macam ni.. orang yang tak kenal boleh kata aku macam-macam tapi bila dah kenal ternyata statement dorang before ni amatlah salah.. jauh beza sesangat..

sebelum kenal dorang rasa aku ni
#sombong - sebab aku buat hal sendiri.. tak peduli orang lain well aku ni lone ranger juga kadang2

#macam berdiet je - nampak macam aku tak suka makan.. tak beli makanan.. padahal dalam beg belambak jajan, hari-hari stok roti mahu ada..

#skema - sebab selalu lepak library.. nampak aku bawa beg ada laptop.. keluar rumah awal balik malam konon study.. dorang pkir aku pandai gila sebab kata-kata aku menampakkan aku jenis baca maklumat.. orang yg suka baca buku

#gedik - haha.. entah dorang pikir aku camni.. aku rasa dorang jeles je tu.. hikhik.. ada kata aku mencapap sebab aku dengan cara aku then kompem aku menonjol en.. tu part paling kelakar.. 

#kemas - ntah sebab macam style kot kalau pakai kat sini stok baju-baju ada.. padahal kat kl benda tu biasa je.. pakai shawl pun kira normal kat kl.. nampak aku sangat kemas kot , ayu je jalan.. pirahhh itu semua dusta belaka.. sebab dorang tak tengok aku jalan pakai seluar and pakai baju kurung.. aku anti iron-iron baju

#unik - cara aku pikir or style aku hadapi hidup aku ni.. aku manage hidup dengan pemikiran aku sendiri.. tak ikut flow orang.. entah tak paham sungguh dorang ni pikir camne..

dah kenal pulak
#jenis tarak betul - sengih-sengih macam kerang busuk.. tak nak pakai ayat selipar koyak!! huhu

#peramah - banyak cakap.. minah non stop bebel.. dorang harap sangat aku memang pemalu, pendiam etc

#sangat kuat makan - kalau korang rasa duit tak cukup jangan ajak aku lepak.. hihi entah macammana nanti korang kesian punya aku muka seposen lapar.. dan time tu korang sure rasa berbaloi belanja aku tanpa sedar just untuk tengok aku eksaited makan.. hahaha.. btw thanks kwn2 yg selalu belanja aku makan.. sob sob terharu :')

#pelajar yg rebel - tak dengar cakap, concentration dalam kelas mudah tersasar.. tak suka salin nota.. suka suki nak tidur je zzzz pastu bangun-bangun je cari makanan.. selalu sangat datang paling punctual lah kan kan.. aku suka membaca tu betul tapi baca blog, komik, info am pasal psikologi, kesihatan yg tiada kaitan dengan study aku.. sekian :)

#pelik - ye perkataan yg tepat menggambarkan diri aku kot.. haha.. aku tak nak banyak komen tapi aku sendiri pun rasa aku pelik.. apatah lagi orang lain kan.. tapi aku tak ngaku.. kah kah kah

#sempoi - aku ni jenis slumber je.. nak gelak ke apa.. janji aku happy.. tak kisah pe orang cakap.. as long aku tak kacau dorang kan.. tapi bab gedik tu .. yela tu.. aku gedik dengan kawan-kawan aku.. apa ada hal bukan dengan laki kau kan.. hahaha... dengan girl gedik.. well its normal.. :P

itu je kot.. aku pun tak tahu.. aku main taram je ni.. hahaha.. saja je nak menaip .. sangat bosan.. aku tak de mood lagi nak study.. esok kot sebab lusa dah exam.. jadi aku nak cari mood ni.. well something happen today.. i mean beberapa hari ni benda baik berlaku kot.. alhamdulillah.. happy sebab ada kawan-kawan disisi.. tak rasa nak share detail dengan korang.. dan rasa korang pun tak nak tahu apa benda alah yang jadi tu.. kan kan .. k chow :)

serbanistas seketika + jiwang?

menitis embus kala selimut balut anggota
amalan entah ke mana dunia malap dipenuhi dosa
ingatan pada agama amat kurangnya
ngelat ceramah agama tabiat manusia
umpama amal jariah tak sepenting dunia
rumah dah kata pergi kubur kata sila

suasana hidup bebas dinikmati
undangan malaikat tidak peduli
kata nista dihembur pasti
angkuh syaitan menepati janji

mentari tetap menyinar segenap bumi
ombak masih menghempas tepian pantai
hembusan angin terus melekakan hati
dengari kuasa kebesaran Illahi

azan subuh berkumandang dihening hari
zohor ke asar tidak lagi diabai
ubah hati hitam demi diri sendiri
angkat kaki saf solat dipenuhi
nur yang malap boleh ceria kembali

p/s : mr. S kalau kau baca.. ada mesej untuk kau dalam ayat ni.. hihi :)
p/s : thanks sebab kau just kau :D

masyarakat bawahan

Assalamualaikum.. hyep short update... 
bagi aku masyarakat bawahan ini ialah mereka yang...

hidup kat ceruk kota tak dipeduli..
empat tahun sekali baru dilawat orang besar..
kerja pagi petang masih tak mampu beli honda..
kena bayar tol lalu bandar rasa terbeban..
bersaing dengan pendatang asing..

cukup bulan curi kabel sambung letrik sebab tnb potong..
padahal kompeni besar takde hal pun hutang berjuta..
lari dari road block sebab takde insuran..
melepak kedai mamak berjam order air sekali je..
simpan cawan mekdi sebab lainkali boleh on9 free..

tak hina tapi selalu dikeji malas usaha..
padahal ditindas sistem yang berat sebelah..
cukup bulan gaji berhabis bayar hutang..
tak paham kenapa ekonomi menekan..
sedang sering disogok cerita negara maju..

ok aku tak  tahu korang paham tak apa motif entri ni.. sebenarnya nak cakap masyarakat bawahan ni.. walaupun orang kata taraf miskin hanya mereka yg gaji bawah 500 ratus tapi kan orang yg bergaji riban lebih kurang 2,3K pun tak mampu survive hidup.. asyik dikejar pemiutang.. sana sini kena bayar.. tapi hasilnya hampeh.. bukan mengkritik tapi cuma sangat tak paham.. 

kenapa dan mengapa yang miskin terus miskin while kaya sangatlah kaya.. yang mampu berbelanja dalam satu malam beratus riban .. sedang mereka yang kadang merempat sanggup tunggu kepsi buang sisa makanan untuk bawa pada keluarga yg kempunan.. dan ada yang sangat daif tak tahu nak percaya pihak mana.. takut-takut disumbat dalam sebab menyuara pendapat.. 

hurm macam sensitif lak isu ni.. ok lah nak beransur.. lagipun dah janji short update.. 
hahahhaa k papai masyarakat bawahan... opsss :)

blur - entri personal warning ayat boleh muntah

Assalamualaikum..

biasalah kan umur tengah nak naik ni.. hormon macam-macam.. feeling unstable je..
sebenarnya aku tengah blur.. sebetulnya apa aku rasa now.. aku tak tahu la yg aku ni suka ke,minat. kagum or apa je la en.. cuma setelah dianalisis aku mendapati aku sedang mengalami beberapa simptom .. cewahh ada gaya doktor tak cakap.. hahaha

#caring pulak kat dia - well aku memang jenis take care kat orang.. ehem aku baik kan.. tapi entah jadi risau lak kalau dia sakit ke tak makan.. padahal bukan aku ada kaitan pun ngan hidup dia..

#nak tatap muka - erm jangan salah paham bukan gatai eh.. sudah tentu salah sama sekali.. cuma entah tak tahu kenapa aku nak usha muka dia.. lagi-lagi nak tengok dia senyum.. hihi..

#teringat kat dia- ada benda yang terjadi kadang-kadang ingatkan aku kat dia.. aku tak de pun pikir.. betul.. aku tak pikir langsung *muka sungguh tapi tetiba je teringat dia.. arghh sudah ni bukan angau kan kan..

#suka borak ngan dia - actually tak tau la celah mana aku dapat idea nak borak.. sebab takde langsung pun persamaan kitorang kot.. eh yeke? well dia tak layan korea, aku tak sokong club dia yang kalah tu.. haha.. ye aku tahu.. aku kan peramah.. hikhik.. 

#rasa dia baik - ye dia jenis yg respek org.. at least tu persepsi aku pada dia.. atas beberapa sebab aku nampak dia baik.. walaupun ayat nak poyo tapi sangat kelakar.. n dia good enough utk gurl out there chase him.. cepat takle dia.. kang korang rugi.. melepas jejaka sweet ni nyesal korang..

sebab benda kat atas ni lah.. aku suka sangat kacau dia.. ada simptom lain kot yg sangat aishhhhhhh.. boleh pulak aku senyum sensorang.. hahhaha.. sebab dia tu sangat kelakar ok.. entah lah gaya dia kot.. setuju tak setuju tak laki memang comel kan bila segan.. hahaha.. tu hobi aku now.. kacau dia..

dan semua ni buatkan aku blur.. awat eh aku camni.. aku sebenarnya blur sebab lama sangat takde feeling camni.. so aku tak tahu sebetulnya aku ditahap mana.. tapi yang pasti perasaan yang ada ni buat aku kuat.. for the first time in my life.. seronok gila rasa ni.. tak terbeban pun.. kawan ngan crush kita best weh... dia special dalam hati aku.. and aku ikhlas suka dia jadi aku wish dia akan bahagia selalu.. amin :)