postpone citer trip Gunung Senyum budak Sejarah

Assalamualaikum...

mata aku sangat mengantuk ni.. so, kalau rajin esok aku akan update blog pasal trip tiga hari dua malam aku ke Gunung Senyum, Pahang dengan budak Sejarah Sem Dua UPSI.. gerak jumaat pagi hari tu.. then balik ke sini lebih kurang sampai dalam pukul 9 lebih jugak... sampai-sampai terus cari toilet..hahaha..

tak tahan weh seluar semua basah..kan hujan lebat tak henti-henti.. aku apa lagi mengambil kesempatan yg ada basuh baju kotor semua.. then setel mandi.. lega sangat... perkara pertama yg wajib dilakukan ialah on fb main game.. aku kena colloect duit kat pulau virtual aku..hahaha pengaruh FB terjebak dengan game bukan-bukan ni,.. pastu bagi pet aku makan.. aku ada bela arnab jugak tapi secara virtual..ahhaaha..

so, sekarang agak sesuai jugak aku labuh tirai malam ini... leh panaskan katil.. sok update blog sepuas-puasnya.. then kemas balik apa patut untuk balik KL.. rindu family aku lar.... mahu jumpa mereka.. tsk tsk.. :') tak sabar pulak... tapi kena sabar juga sebab nak kena guna wireless non-stop ni untuk siap asignment dulu lah .. hati sedikit hampa tapi tak mengapa ..mungkin ada hikmah...

update - btw sebelum gerak hri tu.. aku ada join buat labu sayung kat library upsi.. hehe best pengalaman tu


 
xoxo tata +_*

edisi review restoran untuk warga UPSI 1

 Assalamualaikum & very good morning to all of u,

today i would like to introduce a new restaurant in front of Pintu Timur UPSI.. i forgot the name of that place.. the background is great.. if u wish to had dinner feeling feeling candlelight gitu u may try this reastaurant ok .. haha sudah lah ber-bi ni.. nanti menyampah pulak baca grammar tak semenggah mana ada hati nak typing dalam english languange.. nevermind im trying here.. bak kata pepatah
' buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'

ok mesti budak upsi tahu kedai yg aku nak cerita ni.. ala dulu dorang jual piza n kek je now ada buat masakan panas pulak.. suasana lampu yg malap-malap gitu memang romantik kot..
jadi last tuesday after olah raga class, Wina, Asma and me headed there.. we went there to grab some food coz damn hungry.. btw take note i really fail bout all that past, present and future tense taw.. huhu..
kalau bm senang je.. sudah makan, belum makan atau akan makan.. hah takde pun berubah kat kata kerja..
jadi pupuklah semangat cinta, hargai dan banggakan bahasa kebangsaan kita yaw ^_^

apa pun korang boleh usha kedai ni.. paling aku suka tart buah-buahan yg sangat murah..
kalau kat KL pun harga empat hengget lebih so kira berbaloilah.. ini salah satu benda yg aku rasa Tg. Malim ni jual murah.. makanan dy yg lain ok je.. kenyang pun kenyang tapi kalau tahap aku ni erghh tak mencukupilah .. orang kata baik berhenti sebelum kenyang tapi aku rasa lapar pun tak hilang langsung.. bukan makan tak baca Bismillah.. mungkin memang kuantitinya sikit kot..

betul ke muka aku tak macam Melayu?

so apa yg aku makan hanyalah mi bandung dan air sirap.. sirap dorang bukan sirap yg biasa beli sebotol enam posen tapi yg rasa ros tu.. pastu mi bandungnya buatkan aku tak rasa makan pun padahal habis mi di balon.. dan ni first time aku tak jumpa udang dalam menu ni.. bersyukur aku dapat juga rasa.. suka kuahnya .. jenis aku nak oder mi bandung je kan..


Asma kata dy sengaja buat muka pelik

yg cik ni makan pulak mihun goreng.. dan minum milo ais je.. katanya sedap.. tapi sila tambah sos cili ye.. mintak je kat orang tu.. yela biasa kita memang bubuh sos kan makan benda-benda macamni.. tambah lagi asma kata tak pedas sangat.. so wajib bubuh cili bagi yg suka makan pedas

suka sangat senyuman Wina

Wina bedal nasi goreng kampung kot tapi tak de ikan bilis pulak..haha cumil je en..
 hampir licin juga dy bedal, mungkin faktor dy masih tak makan dari siang.. dan kalau wina boleh nak habiskan nasi tu mesti boleh tahankan menu tu..air laici dy nampak sedap.. eishhhh terliur pulak tiba-tiba teringat kat kafe bitarasiswa UPSI jual air laici epal yg sangat-sangat sedap!!

ini baru tahap makan taw bukan melantak

tata balik dulu :P

itu sahaja.. sebab aku bosan sangat jadi buatlah begini..hehe.. kalau korang ada kedai makan best-best kongsi taw.. lauk apa yg sedap ke.. next ABUYA dan PANTAITIMUR 3.. kedai TEKO EMAS..
dan lain-lain lagi sekitar UPSI..ok mahu pack barang nak pergi kem dah.. aku bakal rindu lappy, bilik ini .. isnin dah gerak KL pulak.. wifi yg sentiasa ditahap excellent ini, aku sudah semestinya rindu kau...

harap perjalanan kitorang selamat... dapat have fun, timba ilmu.. pastu sok budak0budak bas lima ialah orang yg bawa banyak makanan jadi boleh kasi aku sikit..hehe.. paling penting, aku tak kan diserang penyegat kat hutan nanti sebab aku alergik kot nanti kena kalikata.. entah camne eja tapi dahsyat kegatalan satu badan dengan bintik merah gelembung-gelembung all over my skin..
auwwwww GTG peeps.. jaga diri ya.. wa'salam +_*

bahasa asing bagi Cik Mainur H

Assalamualaikum semua ^_^

kita akan membincangkan topik bab dua, buka muka surat lima puluh enam.. lihat pada perenggan pertama dan sila garis kata kunci topik ini iaitu pengaruh bahasa asing, puncanya dan apakah berbaloi jika diambil? *nada sedikit macam guru mengajar sambil nak berpidato gamaknya

hah amacam selalu dengar cikgu korang cakap begini? sila angkat tangan jika rasa ye betullah itu.. fenomena ini biasa berlaku..malah turut berlaku pada aku sendiri.. seingat aku dizaman aku kecil comel-comel nakal dalam 0.00001625% dulu begitulah  KOT.. tapi tak apa disebabkan mungkin sistem yg cuba dimainkan disini ialah lihat dan cari kemudian agak kehendaknya..

so, lebih kurang setelah zaman kanak-kanak ribena diasah sebegini cemerlang makanya hari ini aku boleh cari keyword dalam ayat orang.. masalahnya, aku tak boleh nak agak main point dalam penulisan sendiri.. dimana silapnya ? mungkin kerana minda yg terpesong dikala mendengar bunyi pusingan kipas siling ataupun igauan lapar perut masa subuh ini? entah tiada jawapan. cuba bagi jawapan macam objektif ada A pernyataan pertama, B persoalan kedua atau C kedua-duanya sekali..
kan senang nak jawab begitu..baling dadu pun lepas taw..
tak perlu jeling kat aku ye mostly banyak menaram kalau dah otak kusut masa exam :P

mungkin korang yg membaca sedang keliru apa yg cuba disampaikan empunya blog, berdasarkan tajuk nampak jauh terpesong.. tapi kalau difikirkan mengikut konteks blog aku ni kira ngam lah tu.. sebab aku kan masukkan unsur alien, planet jadi kira BAHASA ASING DISINI IALAH KIASAN CERITA.. haha aku sendiri pun tak pasti saja je main silang pangkah tajuk dan isi.. macam tepat je kan.. baiklah aku bercakap benar, baha asing bagi aku bukanlah bahasa selain bahasa ibunda tapi bahasa kiasan..
penulis mahupun penutur seringkali mengguna bahasa kiasan dalam kehidupan seharian tanpa sedar atau sengaja kerana dah macam rencah yg tak mampu diasingkan lagi..kehadirannya tidak mampu dinafikan..siapa berani kata dy tak pernah berkias? *berdoa agar tiada yg lantang bersuara mengaku
 
-so nak bagi beberapa isu-

ok macam kita tahu, masyarakat yg famous dengan kiasan ni ialah masyarakat melayu.. sehinggakan nak menegur orang pun kita berkias-kias.. patutlah pun orang tu tak terkesan dengan teguran kita..
jadi cuba sekali sekala direct to the point bab-bab ini.. kerana itu demi kebaikan orang tu jugak..
tak ke kesian kalau korang tak pernah bagitahu dy yg perangai dy haprak.. dy pun jenis tak sedar memang tak makan saman duk lagu tu je.. kemungkinan dy terima nasihat korang dan berubah sangat tinggi..
dy mungkin akan muhasabah diri dapatkan survey ramai tentang teguran korang dan mula-mula marah, geram sikit sebab bajet good good je korang en tapi last-last dapat korang tambah koleksi kad raya.. yela polan tu ucap TQ n sori sesangat ke..hati manusia mudah berubah terutama kepada kebaikan :)

 ada pulak nak luah perasaan pakai kias macam
'kalau awak kereta mesti hari-hari saya nak pandu bawa jalan-jalan' ATAUPUN 'aku bosanlah, boleh kau teman aku.. kita kan member separuh hayat..jom jelah jalan mana-mana'
agak-agak korang orang yg dengar akan rasa apa? kalau jenis perasan ke instinct tinggi tahu jugak orang tu nak mengorat..kalau yg noob macam aku ni kan..hehe ke lem semacam je mesti bajet eish ingat aku ni kuli ke nak bawa kau pergi mana-mana atau dah bosan baru cari aku takpe nasib kita kawan..
bayangkan betapa seksanya hati korang, duk berkias tapi orang tu tak dapat signal lagi..dalam hati mula nak mencaci ni.. sabar-sabar jangan salahkan orang tu kerana sejak azali otaknya suci..haha mungkin korang boleh bagitahu secara kurang kias lagi atau lebih baik terus terang.. dari duk bertahun simpan dalam hati lagi merana.. mana tahu ambil risikot kot-kot ikan makan pancing dy pun duk minat kat korang..

seterusnya pulak kias pasal hutang.. hutang ni lain dengan teguran perangai taw..
perasan tak orang yg memberi hutang akan lagi segan daripada penghutang itu sendiri.. yela kalau kita claim nanti cakap 'alawh berkira lah kau macam aku tak nak bayar pulak..' pada hakikat memang orang tu buat dek kan nak tak nak je bayar.. nampak kita tak de duit pun tutup sebelah mata tanpa belas kasihan membelanjakan duit yg dy ada.. kalau kita jenis berduit boleh kasi halal no hal lah kan tapi macam mana kalau kita sememangnya sengkek dan hanya tinggal setengah peket maggi dalam almari?
mula-mula korang berdoa dulu moga tuhan murahkan rezeki korang.. dan tak lupa doa sekali orang tu supaya boleh dy bayar hutang serta terbuka hatinya membayar duit sekiranya korang sangat terdesak...

kalau betul nak sangat dy langsaikan hutang dalam masa terdekat, korang boleh try ayat macamni 'der, berapa eh harga nasi goreng kedai Mak Cik Somah..gua teringin nak makan ni.. alang-alang cuci mata kat kedai tu jap ke en..hehe.. ada sehengget tiga puloh sen ni.. cukup tak eh?'
ATAU 'kau nampak tak duit lima puluh hengget aku kat almari tu eh.. aku macam letak kat situ hari tu... eih jap ouh aku pinjam kan kat aku en...lupa pulak...'
 kalau nak harsh punya ayat cakap jela ' eih kau pinjam duit aku tak reti nak bayar ke..belanja awek,pakwe boleh..aku ni dah lapar gila tak de hati perasaan betul kat member ke hah?' pergh ayat begini bisa merobohkan hubungan korang taw.. memang makan dalam punya tapi tu memang buat dy tersedar giler dari landasan.. setelah korang cakap begini pun orang tu masih buat tak tahu.. ambil bakul ketuk siku dy tak pun kau suruh dy buat kerja basuh baju kau ke apa anggap je upah buat kerja..ok puas sikit hati kot..

ok itu je isu yang aku nak kongsi now..benda ni biasa berlakukan.. apa cara korang tangani perkara itu mengikut penerimaan hati.. ada yg berpendapat berdiam itu lebih baik tapi kalau dalam diam korang sakit hati lama-lama meluat tak elok juga kan.. kalau tak boleh cari jalan penyelesaian..
moga korang mampu temui perdamaian dalam langkah terakhir ..
tata xoxo *_+

p/s : warning entri panjang tanpa gambar .. motif bagi warning diakhir ayat untuk korang baca dengan teliti dulu.. haha kejam bukan? sekali sekala..

kolej dan housemates ku :)

Assalamualaikum & hi

hosemates atau terjemahannya teman-teman serumah.. kalau nak kira betul-betul sepanjang hidup 20 tahun enam bulan ini aku belum lagi mempunyai teman serumah sebab aku tak peranh tinggal luar.. cuma stay dengan family je.. kecuali masa darjah enam tinggal dengan orang lain kira asrama sementara.. tapi feel dia lain lar.. dah tu bukannya macam duduk semua sebaya belajar sekali ke apa.. dan bagi yang duduk dekat asrama pun kira macam dorm tu pun feel aku kira lain sebab apa aku susah nak jelaskan.. pandai-pandai fahamkan.. so bila aku masuk UPSI ni, aku dapat asrama.. since semester satu hingga semester dua sekarang ni aku tinggal di rumah yang sama..

kat UPSI ni, hostel dipanggil kolej kediaman.. ada empat Kolej iaitu Kolej Za'ba, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Harun Aminurashid dan Kolej Ungku Omar.. so aku dapat kat KZ.. bila mula-mula masak tu, aku macam kagum sikit sebab dapat macam apartment lah.. yela ada rumah sendiri kononnya.. satu rumah enam orang tinggal.. setiap bilik ada dua orang.. lagi best katil single pulak tu..meja sendiri,almari and lain-lain lah.. amboi nak sedap je kau mainur.... eh mestilah sebab dah bayar harga boleh tahan then nak belajar mesti mahu selesa...hahah ye ye je pasal nak belajar ..wekkkkk haktuihhhhhh...

aku fikir-fikir sewa penginapan macam mahal tapi nak banding dengan U lain kira murahlah ni then ada sedia kemudahan lain macam padang, gelanggang tu semua.. kalau aku rajin nak bersukan ok lah.. mungkin sebab kolej aku dapat ni area-area macam gurun sikit.. jadi pihak U sediakan pelbagai kemudahan.. aku juga musykil kenapa namanya kolej? tak takut budak kolej terasa ke? baru aku faham sebab kat sini kolej ada komuniti sendiri yg juga mengajar kita macam2 benda..ada event pelbagai tak ingat... so lebih kurang macam kolej yg ada kemahiran2 tu.. aku agak macam tu la kot...

ok itu mukadimah tajuk hari ni..huahua panjang berjela.. so masuk isi penting.. aku nak promote hosemates aku.. Rumah 404 blok B KZ ada Alieja, Alyn, Azi, Dina dan Niza termasuklah aku sekali auw...
kesemua kos ISMP Sejarah kecuali Sis Dina subjek PJK dan Sis Niza subjek IT..
boleh masuklah dengan dorang ni, kepala bukan betul semua.. hehe maksud aku, dorang ni gila-gila dan sporting and macam2 lah.. korang faham jela..mungkinkah orang perempuan boleh jadi klik dalam satu rumah.. betul-betul layan semua sekali je.. tapi bagi aku kitorang dah capai tahap tu..
semua faham limit dan peranan masing-masing.. kira macam Sista jela kitorang semua.. lagipun ramai jugak budak UPSI yg boleh masuk kepala dengan housemates dorang.. :)

comelkan Dina

Ieja yg kacak

Alyn gorgeus

Azi poyo :P
 maniskan Niza

aku pulak kan :)
kitorang satu rumah ni selalunya buat aktiviti shopping kat Pekan, kalau kepaitan atau kebosanan mulalah main make-up2 then kitorang tukar-tukar baju camwhore.. biasanya sesi pertukaran dressup tiga kali.. first tema emo, then ala-ala evenning dress pastu rock ke skema en.. masa sem satulah selalu buat.. sekarang belum ada kesempatan lagi kerana masing-masing ada aktiviti sendiri.. ada juga kadang-kadang belajar menari dengan Ieja n Alyn..dorang terer.. pastu borak sampai ke pagi tu perkara biasa..main uno, makan ramai-ramai gosip.. buat perkara macam rendam kaki dalam air suam sekali.. buat treatment muka sdn bhd..
macam-macamlah kitorang buat sekali.. memang best...ada aje idea gila tu..satu persamaan kitorang semua for sure tak rajin join aktiviti kolej sebab kelas lambat habis atau ada hal ke apa.. dan jenis asignment last minute.. buat kepala sendiri.. :D
 



kalau AZI ni .. dy ada perkataan fav iaitu 'meme lar- loghat kelantan untuk memanglah'.. dy ni jenis pemalu bila kat khalayak ramai and otomatik akan tersenyum sipu.. comelkan.. dy jenis tak sombong n boleh ngam giler.. sebab aku dengan dy dari MSK dulu dah rapat..kaki tidur masa ceramah, kuat makan.. asignment kongkalikong..last minute semangat tu.. kira saling memahamilah.. aku sayang dy..bak kata dy aku selaalu sebut jaga diri taw.. so Azi kau jaga diri ok n selalu senyum :) chaiyouk2 kita punya study
DINA pulak best.. dy boleh dijadikan teman berbual yg sangat bagus..faham dengan masalah kita.. suka sangat dengan Dina.. orangnya canti, kelakar giler.. nampak sempoi je.. ingat lagi masa lepak dalam bilik dy, best je borak dan mesti hati cam xde tekanan.. thanks ye sudi dengar masalah saya dan support saya...
saya harap sis dapat jalani hidup dengan happy je.. selalu senyum-senyum dan sempoi lar..


ALYN ni pulak orangnya sangat gila..bukan gila takde akal tapi memang cool habis.. kalau orang tak kenal ingat Alyn ni bengis tapi dy nampak je macam tu tapi hati baik.. cakap memang direct je tu yg bagus kawan dengan orang macamni.. Alyn dulu pernah make-up kan aku..kagum habis dy punya skill.. budak ni peminat setia Apek.. masa Apek datang untuk tayangan perdana 4 Madu kat UPSI, dy punyalah eksaited.. pastu pasal dy aku dah tak berapa layan air yg bersusu.. semua pakat jernih je macam teh o,sirap ke apa.. betul juga yg jenis susu nanti cepat muak and muntah je.. hehe..




kalau bab dressup and penampilan paling terbaik mestilah IEJA.. kacak giler orangnya 'kacak-cantik dalan bahasa sarawak' .. antara ramai orang dalam rumah ni yg layan korea.. aku dengan Ieja ni kira bersaing minat korea..huhu tukar-tukar cerita.. Ieja paling terer menari, memang lembut gila gerakan badannya.. aku suka dy tertib orangnya sebab ada time untuk breakfast, mandi semua.. perghh awal bangun.. aku ni harapanlah kan..jauh panggang dari api kalau nak banding dengan dy.. dy ngan Alyn paling rajin nak kemas, mop rumah ke apa semua.. yang lain pun rajin juga.. aku ni kategori terkecuali..hehe..




roomate aku iaitu NIZA pulak orangnya kecik molek, rajin buat discussion dengan member-member pasal asignment ni.. bangun awal..tertib aktivitinya.. kalau nak kisah dengan aku pulak, aku bangun je bukak laptop dulu.. tapi Niza bukan jenis ketagih nak online layan korea berjam-jam macam aku.. orangnya matang dan best juga buat borak.. bertuah ada roomate cam dy.. nasib dy tak merungut aku punya meja bersepah..mungkin dy sedia maklum aku ni pemalas..hehe.. aku kalu takde dy je rajin aku kemas semua baju,basuh habis baju.. adakah aku malu nak buat kerja depan dy? kena ubah ni sebelum aku tinggal imej yg buruk depan Niza.. bahaya ni.. tapi minta maaflah ye Niza meja ni masih begini..tunggu awak balik kampung saya kemas..hakhak alasan je aku ni..eishhhh takpe saya dush diri sendiri ok? ^_^



baiklah itu saja nak bebel malam ni.. esok nak pergi kem kajian lapangan sejarah kat Gunung Senyum, Pahang.. nak kemas dan rehat kot..nanti tak pat online lah.. sop sop tsk tsk rindu laptop!!
kata terakhir malam ini, kepada housemates ku.. sori taw menyusahkan korang sepanjang aku stay sama ni..aku dah eksaited lebih semua.. so kalau ada kepaitan dimana-mana maaf banyak-banyak..
terima kasih atas segalanya.. korang the best-lah.. aku hargai pengalaman dengan korang ni..kalau pun lain kali tak tinggal sama..jangan lupa ye..tegur-tegur je..kalau aku tak balas ambik je buku ketuk kaki aku ok? deal taw.. so kalau korang sombong..aku pulak ketuk korang..hehe..jaga diri dan moga kita semua boleh menjadi guru bitara satu hari nanti..amin :)


love & miss korang sangat-sangat.. tu pasal satu rumah pun leh chat kat FB..hehe dan statement kental 'KAMI MEMANG GILER KAMERA' xoxo tata *_+

p/s : roomate korang camne pulak? share-share lah cerita :)

im so into vintage things

Assalamualaikum ^_^

 hye everybody!! how are u? i dont know whether it is because of trend or i really into it.. i mean vintage bags,  belt etc.. i love the way it look like.. its warm and comfortable for me.. i think so.. apparently i dont have enough money so i had to postpone my so-called wishlish this summer to have at least one of each thing.. maybe i can get a job around semester break so im affordable to fulfill it.. tsk tsk.. hope its never too late to buy it..

i already calculate the budget.. around RM 50.. ok lah.. paw duit adik atas dasar sharing is caring will make it one step futher then had to pujuk along or maybe my parent to add up sum of money.. they are so lovey peeps, I think they would not mind if kasi me sikit duit.. kan kan... please say u will help me .. my desire is killing me inside..haha *twink-twink at them

futhermore, i really like turqoise colour these days.. u know what it mean.. like so so so so much of that colour tone.. so i choose my myspace background with that colour.. yea who the hell still layan myspace sangat that why i pick that colour as my background.. syok sendiri enjoy the colour all by myself.. nobody gonna watch it so it just between me and u darling aka mr/ms turqoise (does colour got gender?khunsa kot)  adorable-awesome colour.. awhhhh how touching it can be huh? i dont want anybody though im kinda lame.. but hate it when im must admit that im so lame.. i just realise who cares what colour u wear as long as u feel comfortable with that style.. actually im not that brave to wear such torturemental colour.. althought sometimes, my eyes agreed its too bright.. but sakit mata memandang berat lagi bahu memikul.. eh tiba-tiba je.. ok out of point..
 i mean all that so eye-catching tak dapat tahan wooooo mahu beli jugak !! *protes muka serius


 cuma cari jalan tutup yg dedah je

nak bagi ke satu set macamni?

memang suka corak ni..kawaii

dah jumpa sebijik corak warna hitam RM 25

nak buat aku sakit belakang? hell no

ni ok sikit kot ..hehe

selesa ke flat shoe ni?

gila sampai nak warna begini? argh sudah

i really want to buy those thing but only if i manage to get money then i will buy it.. if not just forget it.. bukannya dunia musnah kalau tak dapat beli.. just that i would mourn for three days two night.. hahha :P
btw do u know which place sell vintage bag with nice cutting price..? and where can i find flat shoe? please dont give me answer like kat kedai lah.. i pun tahu kot...
tapi kedai Mak Cik Timah or Pak Leman Jual Tebu jual ke ..? nope? Pak Long Jemeon punya anak punya Kedai sell it? ok be serious.. besides Cotton On lar.. vinci mahal kot walaupun memanjang je sale nya..

thats all for today..
take care and good night!!
xoxo tata +_*

p/s : sorry grammar tak berapa nak cemerlang
p/s/s : just owned a piece of colour turqoise shawl, two or three vintage bag that i share with my sister..baju ala2 vintage not sure i had it or not
p/s/s : ouh Incik GOOGLE sumbang pic(s)

contest comelnya berbaju kurung

Assalamualaikum *nada ayu bagai

hari ini saya akan taip pasal baju kurung.. nak join contest ni... huhu.. baiklah rakan-rakan sekalian hurmmmm *tiba-tiba emo woi tak reti ke baca tajuk tu hah.. terang-terang kata pasal contest baju kurung, nak jugak aku cakap tu... eih eihhhhh sori-sori tak sengaja TERmarah pulak.. biasanya saya tak macam ni, saya baik-lemah-lembut-of coz ayu SANGATLAH KAN..

dengan senyuman yg mesra, dan pembawaan yg menarik.. cewahhh :P apa yang kita perlukan hanyalah sehelai baju kurung untuk memeriahkan suasana sahaja... bagi saya, baju kurung itu memang sesuai untuk kebanyakan occasion.. *nada gedik-gediks-gediksan kalau nak pergi dinner atau kuliah
jangan risau, dengan mix and match shawl yg Da BOOM boleh menampakkan UMPH pada baju kurung yg lima tahun lepas beli kat mydin sempena raya.. ahaks kantoi pulak.. *sambil pegang kedua tangan ala-ala nasyid sambung bercerita

kalau orang yang pakai baju kurung ini, sudah semestinya tampak ayu dimata saya.. tak kisahlah lelaki tak suka pun.. jangan risau aku sebagai kawan perempuan kau suka sangat tengok kau punya fesyen yg utamakan ketimuran ini.. tambah lagi aksesori seperti rantai mak datin tu.. ke letak reben... fulamak tak ke elegan + sumpah kau cantik giler..
walaupun pada hakikatnya, saya jenis RAJIN nak iron baju kurung tapi saya banyak baju kurung dan selalu pakai baju kurung..even untuk kursus pun lagi prefer baju kurung, ringan sikit beg dah tu tentu-tentulah formalkan.. dari bawa baju kemeja dengan seluar slack bla bla bla..heishh sangat banyak nak basuh,lipat apa semua..leceh tahu tak.. hehe.. ada pulak perempuan begini ya di masa kini.. *angkat tangan laju-laju tanda mengaku akulah perempuan itu & orang ramai mula geleng kepala melihat spesies ini ^_^
silalah korang klik pada banner untuk lihat tuan punya blog yg menganjurkan contest ini..
dan boleh tengok syarat-syarat contest ini.. harap maklum ya saya memang begini sopan-santun..
hikhik sempat lagi tuuu ..ok lah terjah taw blog tu..
 namanya Cik Siti Khadijah auw..


jadi untuk contest ini , saya mahu kasi ini pic.. ditangkap after kelas semalam.. :D

rotate sikit kepala anda :)
mahu tag kalian untuk join contest ini :
- Cik Petisuara (nak tengok koleksi baju kurung kak Yana)
- Cik Zie (rindu kau taw)
- Cik Nur Izzaty (salam perkenalan bakal Doktor)
- Cik Wani (chaiyouk2)
- Cik Siska (join taw)

xoxo tata lovely peeps *_+

bagaimana kami buat group discussion -edisi citer banyak xde

Assalamualaikum

ye bila edisi cerita banyak takde that means hanya pic(s) yang akan menceritakan apa terjadi..cuma boleh aku rungkaikan sedikit inilah terjadi apabila lecterur bagi peluang buat group discussion.. sementera group lain kusyuk berbincang.. kamu jugak tak kurang busy dengan aktiviti penuh KEMANFAATAN ini.. take note hanya bagi faedah bagi mereka yg mahu gelak banyak dan dapat ilmu sikit2 dalam satu masa.. iaitu lepaking, camwhore dan still berdiskusi sambil makan snack.. sempat lagi tu keluar kuliah jap untuk pergi kedai beli air, biskut.. ^_^

Cik Wani yg manis

nak bagi masa berlalu dengan pantas

selalu lepak dengan dorang ni je

housemate dan bestie UPSI

dorang ni kelakar

kehausan

Cik Wina sengal

sayang duit baru nak bayar kem :(
 
gambar hiasan jangan tiru begini :P

kisah benar contohilah :D

promote air yg sedap ni tapi jus epal sedap lagi :)

ok itu sahaja.. elakkan dari terpengaruh tabiat yg tidak reti membezakan bila masa sesuai ebrgambar ini.. ada saja peluang memang itu kerja kitorang.. million thanks to kamera Cik Wina dan Cik Azi.. dorang kat ats ni lah member kuliah aku.. ther rawkkkk my world auw !! ok nyte.. tak rasa nak study malam ni..takpelah kental je mid term esok..
xoxo tata *_+

mid term @_@

Assalamualaikum *nada syahdu

sekarang musim mid term kat U, poli ke mana-mana lah.. even kat sekolah pun ada ujian bulanan disamping busy hari sukan.. kesian kat budak-budak ni, tak pelah enjoy zaman ni kalau tak nanti dah meningkat umur macam aku baru nyesal tak have fun slumer adab je masa sekolah dulu.. bukanlah aku skema tapi tak cukup sempoi lagi, sukan pun tak join habis..kalau tahu ada bakat dalam bidang sukan dah aku terjah perguna habis bakat-bakatku.. boleh wakil kebangsaan en..cewaaahh harapan nak hebat je..

balik pada tajuk.. ye aku pun tak terlepas jugak.. ada midterm.. cuma exam aku dua je.. esok pulak tu dua-dua subjek tu.. lagi bertuah bila aku baru teringat benda ni tadi.. memandangkan aku menghabis masa weekend dengan bersuka-ria didalam bilik melayan korea sahaja, timbul pulak sedikit penyesalan.. tapi tak mengapa, asal aku teringat beberapa jam sebelum exam dah dikira cukup baik ada juga kesempatan mengimbas pembelajaran lalu.. cuma menjadi masalahnya, aku amat mengantuk ni.. jadi boleh ke aku tidur dulu..malam sikit baru bangun study.. harap sangat betul-betul akan terjaga nanti..

dua subjek exam sok tu rasanya dalam subjektiflah.. subjek olahraga dan kenegaraan.. malam ni nak kena polish bi gamaknya dah lecterur kenegaraan tu orang nigeria.. celah mana dy nak faham aku jawab dalam bm pulak.. ok lah tak mahu kalut-kalut... nak menyesal pun tak boleh.. mungkin boleh salahkan otak yg makin pelupa.. nak kata layan maggi tak de pulak.. aduyai takpe hari ini hari kau otak.. hari esok hari rabu.. dah sah aku ni ngantuk, baiklah malam nanti aku berblog lagi..saja gedik-gedik nak upload camne aku belajar dengan cemerlang di kelas tadi..hehhehe
xoxo tata +_*

p/s : wish me luck ye.. insyaallah chaiyouk2 mainur!!

kau cikgu subjek apa? sejarah?

Assalamualaikum..

YA, saya bakal guru subjek sejarah.. minor tak apsti pulak apa.. tak fiir lagi.. macam nak ambil akaun sebab minat tapi lama gila tak asah otak bab-bab akaun ni.. mungkin BM jela kot..
dan kebanyakan readers yg singgah dari blog Incik BA tak pun BPM, tahulah aku budak
ISMP SEJARAH UPSI.. respon orang pada mulanya mendengar subjek sejarah adalah..
bosan, mengantuk, kena hafal macam-macam dan sebagainya lagi petik jela apa pun alasan ok..
in fact ramai kawan aku yg bila masuk bab ni je.. perbualan lebih kurang macamni..

kawan  : kau buat apa sekarang?
aku      : belajar je..
kawan  : kat mana?
aku       : UPSI..
kawan  : hah oversea?
aku       : tak universiti pendidikan sultan idris
kawan  : ouh bakal cikgulah ni..
aku      : amin insyaallah
kawan  : subjek apa nanti?
aku       : major sejarah
kawan  : terer kau..
aku       : hah asal pulak?
kawan  : sejarah tu..

paling tak leh adab bila ada kawan-kawan yg gelak kat aku sebab aku ni RAJIN SANGAT masa dulu.. dorang MEMUJI aku ni suka sangat MEMBACA BUKU ..hehe dah tu MEMANG SANGATLAH DATANG SEKOLAH DULU.. tsk tsk sampai hati kome puji begitu indah ye :P

perlukah aku bawa tanda begini kemana-mana?
jangan risau kawan-kawan yg disayangi..huhu aku tengah nak merajinkan diri ni belajar betul-betul..
aku berjaya juga tak skip kelas dari sem satu sampai la ni walaupun tak sihat bagai..
kalau kat sekolah dulu aku tak hantar fail ke apa.. alhamdulillah aku tak miss lagi buata signment
dan aku tak lagi sesuka hati nak langgar etika pakaian.. mungkin ada sekali dua tapi itu jarang berlaku kecuali aku penat dan extra extravaganze malas giler babun baru aku pakai baju tidur :D

please percaya aku rajin membaca, tak nampak spect tebal tu?
buat yg fikir sejarah ni bosan, korang silap.. walaupun aku tergolong dalam orang yg tertidur masa baca buku sejarah tapi dalam kelas aku tak macam tu.. kena pandai gaya orang mengajar jadi otomatik pembelajaran sejara tu menarik.. aku tertidur pun pasal mengantuk salah sendiri duk online berjam-jam.. tiada kena-mengena pasal sejarah ni sucks ke apa.. sejarah ni penting tahu tak.. untuk kenal apa yg terjadi pada masa lalu sebagai iktibar.. sebelum mencipta something yg baru pun manusia perlu menoleh pada sejarah dulu..

yg paling penting sejarah BUKAN HAFALAN SEMATA-MATA.. ia lebih kepada pemikiran kritis dan matang dalam mengolah fakta.. setakat dah ingat point penting tup tap je kau mampu keluarkan balik karangan lapan muka surat.. bukan nak poyo tapi aku rasa ni kenyataan cuma orang narrowminded pasal sejarah dan dah set kat otak sejarah ni bosan bla bla bla tu yg korang menolak mentah-mentah.. even kerajaan yg sedar kepentingan sejarah dah naiktaraf subjek ni WAJIB KREDIT SPM..

ada gaya guru sejarah tak?

keciknya kome semua penat nenek tengok +_+

kalau sejarah benar setakat hafalan.. kenapa kita boleh mengingat lagi tarikh merdeka, macam mana kita dapat kemerdekaan itu sedangkan kita tidak pula menghafal berulang kali sampai lebam otak :) plus kebaikkan subjek ini ialah kita tidak akan mudah tertipu dengan kata orang , semangat patriotik menebal dan otak korang akan berfikir out of the box.. aku suka sejarah coz dapat melancong ..dapat mengenal tempat yg pelik-pelik dan melihat kebesaran Allah dan manusia zaman dulu yg jauh bertamadun ^_^

ok itu sahaja bebelan aku petang ini.. majulah sejarah demi peradaban manusia ..
xoxo tata *_+