bahasa asing bagi Cik Mainur H

Assalamualaikum semua ^_^

kita akan membincangkan topik bab dua, buka muka surat lima puluh enam.. lihat pada perenggan pertama dan sila garis kata kunci topik ini iaitu pengaruh bahasa asing, puncanya dan apakah berbaloi jika diambil? *nada sedikit macam guru mengajar sambil nak berpidato gamaknya

hah amacam selalu dengar cikgu korang cakap begini? sila angkat tangan jika rasa ye betullah itu.. fenomena ini biasa berlaku..malah turut berlaku pada aku sendiri.. seingat aku dizaman aku kecil comel-comel nakal dalam 0.00001625% dulu begitulah  KOT.. tapi tak apa disebabkan mungkin sistem yg cuba dimainkan disini ialah lihat dan cari kemudian agak kehendaknya..

so, lebih kurang setelah zaman kanak-kanak ribena diasah sebegini cemerlang makanya hari ini aku boleh cari keyword dalam ayat orang.. masalahnya, aku tak boleh nak agak main point dalam penulisan sendiri.. dimana silapnya ? mungkin kerana minda yg terpesong dikala mendengar bunyi pusingan kipas siling ataupun igauan lapar perut masa subuh ini? entah tiada jawapan. cuba bagi jawapan macam objektif ada A pernyataan pertama, B persoalan kedua atau C kedua-duanya sekali..
kan senang nak jawab begitu..baling dadu pun lepas taw..
tak perlu jeling kat aku ye mostly banyak menaram kalau dah otak kusut masa exam :P

mungkin korang yg membaca sedang keliru apa yg cuba disampaikan empunya blog, berdasarkan tajuk nampak jauh terpesong.. tapi kalau difikirkan mengikut konteks blog aku ni kira ngam lah tu.. sebab aku kan masukkan unsur alien, planet jadi kira BAHASA ASING DISINI IALAH KIASAN CERITA.. haha aku sendiri pun tak pasti saja je main silang pangkah tajuk dan isi.. macam tepat je kan.. baiklah aku bercakap benar, baha asing bagi aku bukanlah bahasa selain bahasa ibunda tapi bahasa kiasan..
penulis mahupun penutur seringkali mengguna bahasa kiasan dalam kehidupan seharian tanpa sedar atau sengaja kerana dah macam rencah yg tak mampu diasingkan lagi..kehadirannya tidak mampu dinafikan..siapa berani kata dy tak pernah berkias? *berdoa agar tiada yg lantang bersuara mengaku
 
-so nak bagi beberapa isu-

ok macam kita tahu, masyarakat yg famous dengan kiasan ni ialah masyarakat melayu.. sehinggakan nak menegur orang pun kita berkias-kias.. patutlah pun orang tu tak terkesan dengan teguran kita..
jadi cuba sekali sekala direct to the point bab-bab ini.. kerana itu demi kebaikan orang tu jugak..
tak ke kesian kalau korang tak pernah bagitahu dy yg perangai dy haprak.. dy pun jenis tak sedar memang tak makan saman duk lagu tu je.. kemungkinan dy terima nasihat korang dan berubah sangat tinggi..
dy mungkin akan muhasabah diri dapatkan survey ramai tentang teguran korang dan mula-mula marah, geram sikit sebab bajet good good je korang en tapi last-last dapat korang tambah koleksi kad raya.. yela polan tu ucap TQ n sori sesangat ke..hati manusia mudah berubah terutama kepada kebaikan :)

 ada pulak nak luah perasaan pakai kias macam
'kalau awak kereta mesti hari-hari saya nak pandu bawa jalan-jalan' ATAUPUN 'aku bosanlah, boleh kau teman aku.. kita kan member separuh hayat..jom jelah jalan mana-mana'
agak-agak korang orang yg dengar akan rasa apa? kalau jenis perasan ke instinct tinggi tahu jugak orang tu nak mengorat..kalau yg noob macam aku ni kan..hehe ke lem semacam je mesti bajet eish ingat aku ni kuli ke nak bawa kau pergi mana-mana atau dah bosan baru cari aku takpe nasib kita kawan..
bayangkan betapa seksanya hati korang, duk berkias tapi orang tu tak dapat signal lagi..dalam hati mula nak mencaci ni.. sabar-sabar jangan salahkan orang tu kerana sejak azali otaknya suci..haha mungkin korang boleh bagitahu secara kurang kias lagi atau lebih baik terus terang.. dari duk bertahun simpan dalam hati lagi merana.. mana tahu ambil risikot kot-kot ikan makan pancing dy pun duk minat kat korang..

seterusnya pulak kias pasal hutang.. hutang ni lain dengan teguran perangai taw..
perasan tak orang yg memberi hutang akan lagi segan daripada penghutang itu sendiri.. yela kalau kita claim nanti cakap 'alawh berkira lah kau macam aku tak nak bayar pulak..' pada hakikat memang orang tu buat dek kan nak tak nak je bayar.. nampak kita tak de duit pun tutup sebelah mata tanpa belas kasihan membelanjakan duit yg dy ada.. kalau kita jenis berduit boleh kasi halal no hal lah kan tapi macam mana kalau kita sememangnya sengkek dan hanya tinggal setengah peket maggi dalam almari?
mula-mula korang berdoa dulu moga tuhan murahkan rezeki korang.. dan tak lupa doa sekali orang tu supaya boleh dy bayar hutang serta terbuka hatinya membayar duit sekiranya korang sangat terdesak...

kalau betul nak sangat dy langsaikan hutang dalam masa terdekat, korang boleh try ayat macamni 'der, berapa eh harga nasi goreng kedai Mak Cik Somah..gua teringin nak makan ni.. alang-alang cuci mata kat kedai tu jap ke en..hehe.. ada sehengget tiga puloh sen ni.. cukup tak eh?'
ATAU 'kau nampak tak duit lima puluh hengget aku kat almari tu eh.. aku macam letak kat situ hari tu... eih jap ouh aku pinjam kan kat aku en...lupa pulak...'
 kalau nak harsh punya ayat cakap jela ' eih kau pinjam duit aku tak reti nak bayar ke..belanja awek,pakwe boleh..aku ni dah lapar gila tak de hati perasaan betul kat member ke hah?' pergh ayat begini bisa merobohkan hubungan korang taw.. memang makan dalam punya tapi tu memang buat dy tersedar giler dari landasan.. setelah korang cakap begini pun orang tu masih buat tak tahu.. ambil bakul ketuk siku dy tak pun kau suruh dy buat kerja basuh baju kau ke apa anggap je upah buat kerja..ok puas sikit hati kot..

ok itu je isu yang aku nak kongsi now..benda ni biasa berlakukan.. apa cara korang tangani perkara itu mengikut penerimaan hati.. ada yg berpendapat berdiam itu lebih baik tapi kalau dalam diam korang sakit hati lama-lama meluat tak elok juga kan.. kalau tak boleh cari jalan penyelesaian..
moga korang mampu temui perdamaian dalam langkah terakhir ..
tata xoxo *_+

p/s : warning entri panjang tanpa gambar .. motif bagi warning diakhir ayat untuk korang baca dengan teliti dulu.. haha kejam bukan? sekali sekala..

No comments: