bla bla bla

Assalamualaikum geng,

aku tak tahu nak letak tajuk apa jadi disebabakan aku confirm entri aku mesti panjang so letaklah bla bla bla yg mewakili bebelan demi bebelan... aku bersiaran langsung dari kafe Kolej kediaman UPSI.. hari ini merupakan hari pertama sambutan Hari Terbuka Kolej Za'ba .. kebetulan juga hari thaipusam..
jadi pada yg sambutnya selamat berthaipusam walaupun agak lambat sebab dah kira nak penghujung hari janji ikhlas ye idak..

aku blur juga nak menulis mengenai apa kerana aku tidak sihat.. selesema teruk dengan mata berair efek dari benda alah ni .. demam ok sikit cuma sakit kepala masih enggan beredar dari sistem.. rata-rata pelajar UPSI menyinggah di hari terbuka ini.. jadi mata aku liar mencuci mata melihat pakaian, barang-barang yg dijual.. aku sama sekali tidak berminat nengok budak lelaki mungkin kerana tidak sihat ni..damn.. hahahhaha :P

juga aku tidak ada selera nak beli makananlah, nampak macam mahal je.. tapi perut aku lapar sangat ni.. adakah patut aku berkira terhadap rezeki? bapak aku cukup pantang kalau aku berkira bab ni tapi apakan daya anakmu telah beli barang yg tak patut kerna ikut nafsu nak bergaya macam orang lain.. 
anakmu beranggapan lame sungguh kalau tak de wedges.. bukankah setiap perempuan perlu ada wedges.. ?abah setujukan kan *angkat-angkat kening

aku nak ulas isu pasal tanda peace ke rock tu semua.. bagi aku kalau kita tak de niat nak buat semua tu as lambang sokong dorang bukankah tak pe? ke aku salah pikir gini? semuanya bermula dari hatikan.. so kalau niat kita tu cuma buat sign peace mewakili tanda keamanan atau suka-suka.. bukankah tidak mengapa?
tapi bila dah tahu tu maksudnya mesti kita teragak-agak juga nak buatkan..

lagi ingin mengulas mengenai hari terbuka KZ ni.. dari kaca mata aku kira meriahlah..hari pertama dah ramai gini harap sambutan pun memberangsangkan untuk tiga hari berikutnya..aku agak khuatir jika aku terus merayap, aku juga akan terpesona dan mengabaikan faktor kedaifan duit demi membeli shawl atau beg yg mengancam jiwaku, merobek tiap mata yg memandang.. jangan main-main ini seriusssss *nada wonderpets

muka yg tahan lapar :)

p/s : ok lah out dulu lapar sangat.. ^-^

No comments: