famili - part 3

Assalamualaikum Iwan & lain-lain !

hari ini nak bercerita pasal Iwan lah pulak... Iwan ni siapa agaknya? kalau tengok dari tajuk tahulah Iwan ni family aku tapi dy ni siapa? Iwan atau nama sebenarnya Meor Shazwan Shah Bin Meor Ariffin.. aku lebih suka panggil dy GONDOL je..tu nama manja untuk dy..haha dy ni bawah aku that mean anak ketiga dari tujuh orang adik beradik kitorang..

abaikan rumah yg bersepah auw :)
nak cerita perangai Iwan ni kan, dy caring kat adik beradiklah jugak.. hardwordking betul.. btw betul ke ejaan aku tu? halalkan jela ye.. tulah nak tulis omputih lagi...teehee.. buktinya demi nak dapatkan lesen ke apa kan mesti dy akan kerja sungguh-sungguh.. memang bukan curi tulang punya orang.. tapi masalahnya dy suka lepak malam dengan kawan-kawan dan jenis bangun liat je.. agaknya dy mewarisi dari siapalah ye? ouh sudah tentu bukan dari aku.. sebab aku kan kakak yg baik-lemah-lembut-penyayang-jenis bangun subuh sampai petang tak tidur balik-rajin kemas rumah setiap hari... ok enough lah aku bullshit nanti muntah pulak mak cik pak cik yg baca.. :P

candid Iwan ngan Aimay
dy ni pandai orangnya tapi aku tak paham jenis malas nak belajar..sekali lagi aku meragui dy ikut perangai siapa.. aku takleh kata aku kan..nanti orang kata poyo betul nak cakap dy pandai lah tu..hehehe tak-tak aku tak cakap aku ok.. mungkin sebab ikut parent punya genetik kot.. orang kata anak mix ni otak pandai..boleh percaya ke kata-kata tu? so disebabkan dy malas nak belajar jadi dy tak berapa nak peduli study..in fact, dy baru habis spm tahun lepas tu pun main buat macam tu tanpa study apa-apa.. dy dah fokus kerja part time pun before spm mula.. hurm aku sebagai kakak yg ambil berat ni tak tahu nak nasihat apa.. kalau dy kerja jenis belanja aku sekali sekala tak pe jugak.. ok ada juga belanja makan aiskrim baskin Robin setiap hari.. sebab dy kerja situ jadi hari-hari aku merasa bila dy bawa balik aiskrim..huhu

adik aku ni sama jugak suka layan korea macam aku.. selalu dy balik dari lepak pukul entah berapa pagi buta, kebetulan masa tu aku tengah jaga layan korea.. gamaknya sampai ke pagi kitorang layan korea sama-sama.. pastu mula abah bising sebab kitorang tak sayang diri duk online je.. :D
ok aku malas pulak nak citer lebih-lebih pasal kau iwan..nanti orang ingat aku bukak agensi cari jodoh lak promoter kau .. well tak perlu kot aku promote kau entah kenapa dy ni aura lebih ada ramai awek suka dy... mungkin tu kelebihan anak lelaki dalam keluarga aku cumil dan hensem belaka, dengan body nya ketak-ketak.. tak pernah aku tengok dorang exercise ada six pack pulak.. cuma sayang korang kurus lah..hahaha

jikalau korang ada pakej ni kan bagus.. extra part agama..pergh mesti cair meleleh habis gurl diluar sana..
eishhhh mengarut dah aku ni.. penuh mitos pulak cerita hari ni.. see iwan ternyata kau ni adik kesayangan aku punya hebat aku canang peribadi kau..jangan bikin malu aku sudah :P

ok kepada iwan yg GONDOL.. jaga diri ok.. aku nak sangat kau berjaya dalam hidup.. kita bersaing idapatkan lesen ok..haha mana-mana kau nak pergi pun nanti jangan lupa kat kitorang.. jaga kesihatan semua-semualah.. aku tahu aku pandai jaga diri tapi entah kenapa aku tak leh stop risaukan kau..
eishhh rindunya aku kat kau.. kurang asam betul kau ni tak jumpa aku masa aku nak gerak UPSI ritu..
Iwan, sori ye kalau aku salah silap semua.. aku harap kau janganlah macam marah-marah ke apa.. cool je man.. thanks taw jadi adik yg baik untuk aku.. and cukup protective. ohmygaaaahhh nak nangis pulak ni..
sop sop.. from ur beloved sis.. xoxo tata *_+

p/s : nanti angah masakkan spageti taw..huhu

No comments: