hari pertama sem 2

Assalamualaikum...

sebenarnya aku sudah tidur agak lena dengan mimpi yg x berapa nak ingat pulak .. terjaga sebab cik Asilah call.. bagitahu pasal link KPM yg betul.. rasa malu lak sebab padanlah tunggu lama bebenar rupa2 nya bukan kat website dy.. eish nak kena dush ni KPM.. xpela mungkin terdapat pengajaran erti kesabaran dan celik IT itu penting gamaknya.. kami berbual agak2 separa kosong topiknya.. balik2 berkisar pada kehidupan U sahaja dan permohonan biasiswa yg mungkin sia2.. tapi hati masih berharap kot2 rezeki kami kan.. amin :)

jadi akibat terjaga ni mula lar bukak fb then dah segar sedikit + lapar jugak kerna malas nak turun ke kafe jadi tanggung jela akibatnya.. end up di blog sebelum kembali tidur .. so nak cerita apa ya? bukankah dah mula pun cerita aku tadi atau itu cuma mukadimah ye? *sedikit knpius seperti kebiasaannya.. tambahan lagi mata meliar ke sekeliling bilik dan mendapati aku keseorangan lagi.. Cik A tiada juga malam ini.. hati hanya mendoakan janji dy bahagia dan selamat sudah..

hari  ini atau lebih tepat lagi 2 jam sebelum detik ini iaitu semalam
3 jan 2011 merupakan hari pertama sem 2 +-+
aku hanya ada 1 kelas sahaja iaitu sejarah asia tenggara abad ke 9 hingga 18 yg diajar oleh Dr. Adnan ..
permulaan hari aku agak baik kerna terjaga sekitar subuh then x dapat tidur pulak.. jadi ada brekpes sikit...
around 11 lebih dah mengantuk balik jadi aku pun lentok kejap then bangun
dan bersiap sejam kemudiannya *memang macam laporan daaa

aku pun gerak terus ke kelas dengan cik Naziah.. dan banyak muka baru di kelas tadi...
 budak dari group A sejarah yg x pernah nak berkenalan masa sem 1 sebab kelas x pernah sama kot.. 
tidak mempedulikan semua itu dan cuba belajar dengan tekun *sungguh poyo 
 tapi aku kecundang juga.. tidak dan setengah jam otak aku dah ke lain... aku perhati kelas juga ramai yg tidak beri perhatian... ada yg tenung tisu... ada main hp... baca surat khabar ..hehe.. tidur lagi... borak2 dan yg main bingo iaitu aku ... sungguh tidak patut kan... aku cuba untuk fokus tapi xleh.. jadi sebagai ganti aku dah tetapkan minggu ni nak cari balik nota2 yg lebih detail sebab x paham kuliah tadi pun.. *semangat sem 2 sebab x dapat dekan..huahua sob2 :'(

jadi habis kelas je balik dan makan kemudian on9.. bla3 nak dekat2 kul 8 lebih kot aku dah tidur balik... wow aku berjaya buat report... cuma x dimulai dengan format report je... kalau nak berlagak macam tulis diari kena ada penanda wacana macam 'dear diari' , 'ouh diari mayaku' x pun 'diari yg uptodate lagi cumil ni' .. arghh mengarut pulak ni.. ok la dah kena tidur ni... so last but not least, sempat lah jugak en bergambar sikit tadi.. kena juga ada kenangan hari first sem yg begitu cemerlang gitu.. itu sahaja ye... take care.. tata :)

ouh blog ku yg gondol

bajet cumil lak..haktuihh :P

masih x jumpa senyum yg betul
p/s : merindui family n harap boleh fokus study ni.. chaiyouk2 mainur !! ^-^

2 comments:

Fxysche Nas said...

good luck study!
semangat!!! =D ehe

chummy_cliche said...

heheh tq... harap2 semangat ni lama... u pun ok chaiyouk2