kolej dan housemates ku :)

Assalamualaikum & hi

hosemates atau terjemahannya teman-teman serumah.. kalau nak kira betul-betul sepanjang hidup 20 tahun enam bulan ini aku belum lagi mempunyai teman serumah sebab aku tak peranh tinggal luar.. cuma stay dengan family je.. kecuali masa darjah enam tinggal dengan orang lain kira asrama sementara.. tapi feel dia lain lar.. dah tu bukannya macam duduk semua sebaya belajar sekali ke apa.. dan bagi yang duduk dekat asrama pun kira macam dorm tu pun feel aku kira lain sebab apa aku susah nak jelaskan.. pandai-pandai fahamkan.. so bila aku masuk UPSI ni, aku dapat asrama.. since semester satu hingga semester dua sekarang ni aku tinggal di rumah yang sama..

kat UPSI ni, hostel dipanggil kolej kediaman.. ada empat Kolej iaitu Kolej Za'ba, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Harun Aminurashid dan Kolej Ungku Omar.. so aku dapat kat KZ.. bila mula-mula masak tu, aku macam kagum sikit sebab dapat macam apartment lah.. yela ada rumah sendiri kononnya.. satu rumah enam orang tinggal.. setiap bilik ada dua orang.. lagi best katil single pulak tu..meja sendiri,almari and lain-lain lah.. amboi nak sedap je kau mainur.... eh mestilah sebab dah bayar harga boleh tahan then nak belajar mesti mahu selesa...hahah ye ye je pasal nak belajar ..wekkkkk haktuihhhhhh...

aku fikir-fikir sewa penginapan macam mahal tapi nak banding dengan U lain kira murahlah ni then ada sedia kemudahan lain macam padang, gelanggang tu semua.. kalau aku rajin nak bersukan ok lah.. mungkin sebab kolej aku dapat ni area-area macam gurun sikit.. jadi pihak U sediakan pelbagai kemudahan.. aku juga musykil kenapa namanya kolej? tak takut budak kolej terasa ke? baru aku faham sebab kat sini kolej ada komuniti sendiri yg juga mengajar kita macam2 benda..ada event pelbagai tak ingat... so lebih kurang macam kolej yg ada kemahiran2 tu.. aku agak macam tu la kot...

ok itu mukadimah tajuk hari ni..huahua panjang berjela.. so masuk isi penting.. aku nak promote hosemates aku.. Rumah 404 blok B KZ ada Alieja, Alyn, Azi, Dina dan Niza termasuklah aku sekali auw...
kesemua kos ISMP Sejarah kecuali Sis Dina subjek PJK dan Sis Niza subjek IT..
boleh masuklah dengan dorang ni, kepala bukan betul semua.. hehe maksud aku, dorang ni gila-gila dan sporting and macam2 lah.. korang faham jela..mungkinkah orang perempuan boleh jadi klik dalam satu rumah.. betul-betul layan semua sekali je.. tapi bagi aku kitorang dah capai tahap tu..
semua faham limit dan peranan masing-masing.. kira macam Sista jela kitorang semua.. lagipun ramai jugak budak UPSI yg boleh masuk kepala dengan housemates dorang.. :)

comelkan Dina

Ieja yg kacak

Alyn gorgeus

Azi poyo :P
 maniskan Niza

aku pulak kan :)
kitorang satu rumah ni selalunya buat aktiviti shopping kat Pekan, kalau kepaitan atau kebosanan mulalah main make-up2 then kitorang tukar-tukar baju camwhore.. biasanya sesi pertukaran dressup tiga kali.. first tema emo, then ala-ala evenning dress pastu rock ke skema en.. masa sem satulah selalu buat.. sekarang belum ada kesempatan lagi kerana masing-masing ada aktiviti sendiri.. ada juga kadang-kadang belajar menari dengan Ieja n Alyn..dorang terer.. pastu borak sampai ke pagi tu perkara biasa..main uno, makan ramai-ramai gosip.. buat perkara macam rendam kaki dalam air suam sekali.. buat treatment muka sdn bhd..
macam-macamlah kitorang buat sekali.. memang best...ada aje idea gila tu..satu persamaan kitorang semua for sure tak rajin join aktiviti kolej sebab kelas lambat habis atau ada hal ke apa.. dan jenis asignment last minute.. buat kepala sendiri.. :D
 



kalau AZI ni .. dy ada perkataan fav iaitu 'meme lar- loghat kelantan untuk memanglah'.. dy ni jenis pemalu bila kat khalayak ramai and otomatik akan tersenyum sipu.. comelkan.. dy jenis tak sombong n boleh ngam giler.. sebab aku dengan dy dari MSK dulu dah rapat..kaki tidur masa ceramah, kuat makan.. asignment kongkalikong..last minute semangat tu.. kira saling memahamilah.. aku sayang dy..bak kata dy aku selaalu sebut jaga diri taw.. so Azi kau jaga diri ok n selalu senyum :) chaiyouk2 kita punya study
DINA pulak best.. dy boleh dijadikan teman berbual yg sangat bagus..faham dengan masalah kita.. suka sangat dengan Dina.. orangnya canti, kelakar giler.. nampak sempoi je.. ingat lagi masa lepak dalam bilik dy, best je borak dan mesti hati cam xde tekanan.. thanks ye sudi dengar masalah saya dan support saya...
saya harap sis dapat jalani hidup dengan happy je.. selalu senyum-senyum dan sempoi lar..


ALYN ni pulak orangnya sangat gila..bukan gila takde akal tapi memang cool habis.. kalau orang tak kenal ingat Alyn ni bengis tapi dy nampak je macam tu tapi hati baik.. cakap memang direct je tu yg bagus kawan dengan orang macamni.. Alyn dulu pernah make-up kan aku..kagum habis dy punya skill.. budak ni peminat setia Apek.. masa Apek datang untuk tayangan perdana 4 Madu kat UPSI, dy punyalah eksaited.. pastu pasal dy aku dah tak berapa layan air yg bersusu.. semua pakat jernih je macam teh o,sirap ke apa.. betul juga yg jenis susu nanti cepat muak and muntah je.. hehe..




kalau bab dressup and penampilan paling terbaik mestilah IEJA.. kacak giler orangnya 'kacak-cantik dalan bahasa sarawak' .. antara ramai orang dalam rumah ni yg layan korea.. aku dengan Ieja ni kira bersaing minat korea..huhu tukar-tukar cerita.. Ieja paling terer menari, memang lembut gila gerakan badannya.. aku suka dy tertib orangnya sebab ada time untuk breakfast, mandi semua.. perghh awal bangun.. aku ni harapanlah kan..jauh panggang dari api kalau nak banding dengan dy.. dy ngan Alyn paling rajin nak kemas, mop rumah ke apa semua.. yang lain pun rajin juga.. aku ni kategori terkecuali..hehe..




roomate aku iaitu NIZA pulak orangnya kecik molek, rajin buat discussion dengan member-member pasal asignment ni.. bangun awal..tertib aktivitinya.. kalau nak kisah dengan aku pulak, aku bangun je bukak laptop dulu.. tapi Niza bukan jenis ketagih nak online layan korea berjam-jam macam aku.. orangnya matang dan best juga buat borak.. bertuah ada roomate cam dy.. nasib dy tak merungut aku punya meja bersepah..mungkin dy sedia maklum aku ni pemalas..hehe.. aku kalu takde dy je rajin aku kemas semua baju,basuh habis baju.. adakah aku malu nak buat kerja depan dy? kena ubah ni sebelum aku tinggal imej yg buruk depan Niza.. bahaya ni.. tapi minta maaflah ye Niza meja ni masih begini..tunggu awak balik kampung saya kemas..hakhak alasan je aku ni..eishhhh takpe saya dush diri sendiri ok? ^_^



baiklah itu saja nak bebel malam ni.. esok nak pergi kem kajian lapangan sejarah kat Gunung Senyum, Pahang.. nak kemas dan rehat kot..nanti tak pat online lah.. sop sop tsk tsk rindu laptop!!
kata terakhir malam ini, kepada housemates ku.. sori taw menyusahkan korang sepanjang aku stay sama ni..aku dah eksaited lebih semua.. so kalau ada kepaitan dimana-mana maaf banyak-banyak..
terima kasih atas segalanya.. korang the best-lah.. aku hargai pengalaman dengan korang ni..kalau pun lain kali tak tinggal sama..jangan lupa ye..tegur-tegur je..kalau aku tak balas ambik je buku ketuk kaki aku ok? deal taw.. so kalau korang sombong..aku pulak ketuk korang..hehe..jaga diri dan moga kita semua boleh menjadi guru bitara satu hari nanti..amin :)


love & miss korang sangat-sangat.. tu pasal satu rumah pun leh chat kat FB..hehe dan statement kental 'KAMI MEMANG GILER KAMERA' xoxo tata *_+

p/s : roomate korang camne pulak? share-share lah cerita :)

1 comment:

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5398] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.