kau cikgu subjek apa? sejarah?

Assalamualaikum..

YA, saya bakal guru subjek sejarah.. minor tak apsti pulak apa.. tak fiir lagi.. macam nak ambil akaun sebab minat tapi lama gila tak asah otak bab-bab akaun ni.. mungkin BM jela kot..
dan kebanyakan readers yg singgah dari blog Incik BA tak pun BPM, tahulah aku budak
ISMP SEJARAH UPSI.. respon orang pada mulanya mendengar subjek sejarah adalah..
bosan, mengantuk, kena hafal macam-macam dan sebagainya lagi petik jela apa pun alasan ok..
in fact ramai kawan aku yg bila masuk bab ni je.. perbualan lebih kurang macamni..

kawan  : kau buat apa sekarang?
aku      : belajar je..
kawan  : kat mana?
aku       : UPSI..
kawan  : hah oversea?
aku       : tak universiti pendidikan sultan idris
kawan  : ouh bakal cikgulah ni..
aku      : amin insyaallah
kawan  : subjek apa nanti?
aku       : major sejarah
kawan  : terer kau..
aku       : hah asal pulak?
kawan  : sejarah tu..

paling tak leh adab bila ada kawan-kawan yg gelak kat aku sebab aku ni RAJIN SANGAT masa dulu.. dorang MEMUJI aku ni suka sangat MEMBACA BUKU ..hehe dah tu MEMANG SANGATLAH DATANG SEKOLAH DULU.. tsk tsk sampai hati kome puji begitu indah ye :P

perlukah aku bawa tanda begini kemana-mana?
jangan risau kawan-kawan yg disayangi..huhu aku tengah nak merajinkan diri ni belajar betul-betul..
aku berjaya juga tak skip kelas dari sem satu sampai la ni walaupun tak sihat bagai..
kalau kat sekolah dulu aku tak hantar fail ke apa.. alhamdulillah aku tak miss lagi buata signment
dan aku tak lagi sesuka hati nak langgar etika pakaian.. mungkin ada sekali dua tapi itu jarang berlaku kecuali aku penat dan extra extravaganze malas giler babun baru aku pakai baju tidur :D

please percaya aku rajin membaca, tak nampak spect tebal tu?
buat yg fikir sejarah ni bosan, korang silap.. walaupun aku tergolong dalam orang yg tertidur masa baca buku sejarah tapi dalam kelas aku tak macam tu.. kena pandai gaya orang mengajar jadi otomatik pembelajaran sejara tu menarik.. aku tertidur pun pasal mengantuk salah sendiri duk online berjam-jam.. tiada kena-mengena pasal sejarah ni sucks ke apa.. sejarah ni penting tahu tak.. untuk kenal apa yg terjadi pada masa lalu sebagai iktibar.. sebelum mencipta something yg baru pun manusia perlu menoleh pada sejarah dulu..

yg paling penting sejarah BUKAN HAFALAN SEMATA-MATA.. ia lebih kepada pemikiran kritis dan matang dalam mengolah fakta.. setakat dah ingat point penting tup tap je kau mampu keluarkan balik karangan lapan muka surat.. bukan nak poyo tapi aku rasa ni kenyataan cuma orang narrowminded pasal sejarah dan dah set kat otak sejarah ni bosan bla bla bla tu yg korang menolak mentah-mentah.. even kerajaan yg sedar kepentingan sejarah dah naiktaraf subjek ni WAJIB KREDIT SPM..

ada gaya guru sejarah tak?

keciknya kome semua penat nenek tengok +_+

kalau sejarah benar setakat hafalan.. kenapa kita boleh mengingat lagi tarikh merdeka, macam mana kita dapat kemerdekaan itu sedangkan kita tidak pula menghafal berulang kali sampai lebam otak :) plus kebaikkan subjek ini ialah kita tidak akan mudah tertipu dengan kata orang , semangat patriotik menebal dan otak korang akan berfikir out of the box.. aku suka sejarah coz dapat melancong ..dapat mengenal tempat yg pelik-pelik dan melihat kebesaran Allah dan manusia zaman dulu yg jauh bertamadun ^_^

ok itu sahaja bebelan aku petang ini.. majulah sejarah demi peradaban manusia ..
xoxo tata *_+

8 comments:

noraim said...

perggh! terer eh ckgu ssejarah. sy paling tak suka sejarah. hihi.

mr.k said...

halo cikgu sej...thanks for viewed my blog..hehehe

if u dun mind...
join la contest i k...

http://writetoboy.blogspot.com/2011/01/contest-pantai-by-mrk.html?showComment=1295782240297#c7024320991931614346

Faye said...

salam,

do check us out :)

http://devillived-boutique.blogspot.com/

xoxo

hentakbelipat said...

sejarah mmg fav mase sekolah..bukan stkt ketike nk masuk tido malah untuk menjadikan diri nampak rajin

Mainur Hasnah said...

Noraim : hehe xpela..suka subjek apa?

mr. K : welcome .. ok nanti try join..

faye : ouh orait..

HB : haha betul jugak pegang je buku sejarah orang dah puji rajin betul :D

Alisya said...

salam kenal dr alisya, final yr upsi. :)

Diana said...

salam perkenalan..
nice entry 4 this.. heee ;)

Mainur Hasnah said...

alisya : senior sy..good luck sis dengan praktikal semua :)

diana : thanks.. salam perkenalan :D