kehidupan blogger

Assalamualaikum...

bagi perspektif aku, kehidupan blogger itu sama erti dengan kehidupan sasterawan..
yakni orang yg mementingkan penulisan (tapi secara teknikal blogger menaip sesuatu bahan) dan sudi mengambil langkah berkongsi sesuatu yg ada padanya.. contohnya, kebanyakan tips atau jawapan asignment ke info sukan atau kemahiran apa-apa sekalipun .. korang dengan mudah google and mesti jumpa banyak kan.. hampir 75% aku percaya sumber itu datang daripada blog seseorangkan.. mustahil dalam banyak-banyak yg korang jumpa satu pun bukan sumber blog.. pirahhh gua cakap lu... ini bermakna aku tak tipu kan.. ^-^

aku berani jamin blogger ini seorang yg pemurah.. kalau korang minta je dy tulis pasal resepi buat muffin coklat yg dy bagitahu dy ada bedal 1,2 ritu ke buat video tutorial camne nak lilit shawl.. mesti dy bagi jugak... walau busy mana pun.. asal ada permintaan di situ ada pengeluarankan.. cam konsep bisnes pulak..
tapi jangan korang sangka blogger ni tak de kerja tu pasal asyik blogging je.. salah tu salah sangat sangat dah tu... kebanyakan mereka hanya anggap blog ini sebagai tempat meluahkan pendapat atau masalah.. lepas je blogging mesti macam ada satu feel lega je.. secara tak langsung blog ni jadi macam temoat buang segala benteng yg diadakan masa berhadapan dengan orang lain.. faham tak?
yela mungkin masa siang kat tempat kerja mana sempat nak berpuitis bagai, jadi masa rehat luangkan untuk berpantun kias ke apa jadah semua-semua lah...

ada jugak yg anggap blog ini sebagai tempat mencari sesuap nasi atau lebih...
macam blogshop tu.. tak pun blogger yg ramai follower jadi unique visitor pun cecah riban sehari.. so income sebulan masyuk jugak tu.. mahu-mahu readers dorang rajin nak click kat iklan.. perghh sedap lah tu kan.. bagi aku yg baru mengenal blog ni.. harapan jela nak camni.. aku pun tulis atas dasar suka-suka boleh ekspresi apa aku suka dan info-info yg lebih kurang berguna jugak.. lagi-lagi blog dah jadi medium yg agak stabil untuk berkenalan dengan ramai orang... dari penulisan yg ikhlas boleh kita nilai orang itu ngam ke tidak dengan minda kita..

aku juga rasa blogger ini mampu mempengaruhi ramai orang... maksud aku blogger2 yg fashionista ni lar..
dorang umpama trendsetter sebenarnya.. bila kita tengok style dorang mesti terkesima dan mula lar nak ikut kan.. bukanlah reader itu sengal atau ketinggalan zaman cuma readers ini mengagumi blogger itu lalu kebanyakan hasil penuliasannya automatik kita suka kalau dah kena gaya kita.. readers pun blogger jugak..
blogger yg bagus-hebat-ngetop tu smeua biasanya rajin ikut trend atau ambil tahu perkembangan semasa jadi laju je dorang boleh kongsi dengan readers..

p/s : akan aku sambung kembali esok, lusa, tulat :D


2 comments:

Nasuha Salleh said...

blogger mmg pemurah..ngeh2
hrp nye dunia blog ne sntiasa aman damai..
hrpnye =)

p/s : Persahabatan Itu Pemanis Hidup

Mainur Hasnah said...

betul2... huhu.. nak jugak up blogger en.... ye harap sangat x kecoh mana dunia blog ni