lagu faveret ku..

Assalamualaikum dan Hi..

hari ini aku nak kongsi pasal lagu fav aku.. hampir semua genre aku layan..
 tak kira lah punk rock ke , jiwang tangkap leleh ala-ala sadis gitu even yg bahasa yg sebenarnya aku x paham pun aku bantai layan jugak..
tapi aku ada satu tabiat.. kalau lagu yg jenis hardcore memang boleh bikin aku tidur..
lagu seumpama itu ibarat lagu dendangan terbaik masa nak tidur..
lagu-lagu jiwang ni aku makin lama makin layan so emosi macam nak tak nak je stabil..

korang suka lagu macam mana? bahasa apa paling banyak korang layan?
negara kita ni dilimpahi lagu dari penyanyi seberang.. mungkin sebab kualiti atau lirik lagu dan faktor sebagainya merupakan punca kita duk sokong lagu luar?
aku suka lagu Agnes Monica, st 12... wali band.. lagu santai je en ^-^

aku bukanlah tak layan langsung lagu melayu.. ada jugak lagu dari band sixth sense.. banyak group indie lah best macam bunkface, meet uncle husin, hujan and one buck short .. best for sure... lagu the times pun ok what.. aku feel je layan.. tapi tak pasti tu band mana.. aku tak rajin nak tahu asal usul tapi aku hargai lagu mereka.. penyanyi solo malaysia macam Dato Siti ke Jacklyn Victor and Faizal Tahir.. serta ramai lagi punyai lagu yang ngetop-feel-masuk jiwa..

kalau band lama-lama pulak aku meng-vote Search , Data, Iklim and lefthanded... pokoknya lagu lama-lama ni memang tak kan tenggelam dek zaman.. tipu lar kalau kata tak pernah sekali dalam seumur hidup x layan lagu macamni.. tambah-tambah lagi karok of coz lagu ni terkandung dalam list karok.. lagi-lagi bagi yg putus cinta.. perghhh lagu mahligaimu dari airmataku..hahha tak pun pada syurga di wajahmu oleh nash untuk tersayang memang sesuai sangatlah..

so untuk lagu yang memang bahasa beza dari kita.. aku suka sangat lagu korea!! suka giler ok :D
banyak ost drama yg menjadi pilihan playlist aku ialah you're beautiful, my girlfriend is a nine tailed fox gumiho , mygirl, full house, personal taste, sassy girl chun-hyang, love story from harvard and macam-macam lagi.. jarang lagi aku tolak lagu korea.. aku cuba untuk paham bahasa asing ni jugak la.. so kira sambil menyelam minum air..

manakala lagu omputih pulak Avril Lavigne ye... Soko pulak lirik santai je.. rentak pun best.. memang terbaik.. taylor swift ok jugak en.. Colbie.. Jason mraz.. banyak aku suka rentak macam lagu lenka the show tu.. well ini cuma pendapat aku..
apa pulak yg korang suka?

dan please take note, tujuan post ini bukan nak syorkan korang manjakan telinga dengan lagu2 ni 24 jam instead of bacaan doa etc yg memang lebih bagus actually .. it just that entri ni berkenaan hobi masa lapang aku melayan lagu sambil on9.. dan inilah yg aku layan selalunya.. aku tak perfect dan tak mahu jadi poyo or whatsoever like pura-pura tak layan all this.. again its just my opinion and aku totally salute orang yg selalu mendengar bacaan quran :) may god blessed all of u .. amin

p/s : aku menyokong band SJI ..hehehe

2 comments:

Hagio Sae said...

Al-Quran dunia akhirat....!

Musik hanya sampingan, asal jangan sampai khayal dan lupa diri suda....

Mainur Hasnah said...

betul ... sebab dendangan al-quran boleh buat hati,jiwa lebih tenang..
mudah-mudahan tergolong kita dalam orang yg menghargai quran..amin..
insyaallah