minggu add drop

Assalamualaikum...

add drop itu apa? proses nak tambah gugur kursus lar....
ketika minggu add drop.. kita boleh lihat ramai pelajar dengan kertas warna pink, biru cair dan putih... ke hulur ke hilir mencari pensyarah.... kelihatan pelajar amat penat dan runsing perihal ini ... pelajar membanjiri fakulti, bahagian akademik dan menanti dengan setia di hadapn bilik pensyarah... dengan harapan cepatlah setel hal ni... lebih parah lagi jika bilik pensyarah terletak di tingkat empat dan lif pulak buat hal kan.. memang menguji kesabaran pelajar yg kelam kabut lagi terburu2... :)

minggu add drop ini sahaja peluang pelajar meng-exercise diri dengan turun naik, ke hulur ke hilir dengan borang yg ibarat baton nak passing2 dan muhasabah diri agar lebih bersabar, tawakal dan penuh kecekalan di dada.... bahkan minggu ini sahaja kita boleh lihat slogan 'budi bahasa amalan kita' itu dipraktikkan sebaiknya tatkala sesi berjumpa kakitangan U. Bukankah ini bagus? sangat bagus jika diteruskan... boleh nampak hubungan yg terjalin erat kerana teamwork sesama member ramai2 bersatu padu jumpa pensyarah dan sebagainya... lagi 1 memang time ni je penuh pejabat dengan pelajar.. kalau x haram lah kan dorang nak jejak fakulti pun..

suasana add drop ini hanya dilalui oleh Pelajar U sahaja kot... aku xpun x berapa nak pasti.. sebab kalau kat poli ke sekolah mana ada benda ni.. kan memang dah wajib tahun ni ambik subjek ni... lain lah pelajar U.. setel sendiri jadual semua.. bagi aku x akan ada masalah sepatutnya.. pelajar yg memang saja2 nak habis cepat so tambah banyak2 kredit atau malas ambik banyak2 tak pun tak berkenan dengan pensyarah tu ke time table x berapa nak sedap jadi buat add drop ni... xperlu lah nak merungut sebab pilihan di tangan sendiri..

ya memang penat tapi hasilnya berbaloi dengan apa yg korang nak.. macam hari ni... aku teman kawan buat add drop.. tak dinafikan penat tapi ok lah sekurang2 nya boleh tengok kawan tersenyum mesra je lega dah setel 1 masalah... aku xde hal dengan benda alah add drop ni sebab aku stick dengan pilihan jadual aku.. aku rasa mungkin takdir aku dapat lect yg tegas, pemurah dan excellent kot.. mudah-mudahan aku dapat fokus betul2 dalam kelas dan kaut ilmu2 yg ada di otak pensyarah tu... sharing is caring ma :D

tapi tiba2 aku secara x langsung terlibat jugak dalam add drop ini sebab kelas ENGLISH FOR COMMUNICATIN II aku dibatalkan oleh fakulti bahasa.. bukan group aku je tapi lebih dari 7 group jugak lah... dorang x cukup pensyarah,... so kitorang kena ambik sem depan la gamaknya... memandangkan itu yg terjadi , aku agak konpius lar.. nak add apa bagi ganti EC 2 ni.. sebab jadual aku lengang lah.. hebat pulak nak ambik minor awal? ke ambik je subjek major lagi 1.. tak kan nak habiskan subjek U n KO-K sem ni jugak... rushing sangat pun x bagus... sebab nanti x leh balance pulak semester lain.. ^-^

p/s : kenapa lah ec xde... saya semangat dah ni!! :P xpela mencari hikmah disebaliknya :')

No comments: