Saya Pelajar UPSI

Assalamualaikum..

Kalau tengok pada tajuk bukan nak poyo aku ni pelajar UPSI tapi ada  nak berbangga sedikit yg aku ni bakal guru bitara yg dicorak UPSI.. sebenarnya aku sahut cabaran blog encik Azman Roslan yg menjemput blogger pelajar universiti awam untuk join.. ni first time aku join benda alah macam ni , sebab menarik je so terdetik hasrat di hatiku.. cewahhhhh...

Aku pelajar UPSI iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris yg terletak di TG. Malim, Perak.. walaupun kitorang dikatakan berada dalam area-area 'Pekan Koboi' tapi aku suka sangat environment UPSI, bukanlah nak bersikap kipas ke apa tapi melihat pada harga yg berpatutan pada barang-barang keperluan, makanan dan sebagainya sudah memadai bagi aku meneruskan pengajian selama 4 tahun di sini..

Aku pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah, sebabkan baru semester dua maka belum ada minor lagi.. setakat ni kehidupan di UPSI best walaupun ada dugaan sejak tarikh 4 Julai 2010 sehingga kini tapi aku rasa itu nikmat kehidupankan.. aku boleh memantangkan diri dan belajar lebih berdikari sebab sebagai bakal pendidik tidak sepatutnya aku mudah mengalah.. bagi aku sehingga ke 4 Julai 2014 mungkin (tarikh tamat pengajian) aku tetap akan berusaha capai kejayaan demi family dan rakan-rakan yg mengharapkan terbaik dari aku ^-^

masa sambutan raya budak Sejarah sem lepas
bersama housemates masa otw kem di Lembah Bujang

masa tunggu bas , sempat je b'gambar kan :P

agak-agak korang apa pengalaman pahit yg aku kaut di UPSI ni? cubalah teka ok.. to be honest-kan aku tak rasa walau sehari pun tak best.. xdela teruk mana pun, paling koman pun aku tersedar lambat sedikit dari sepatutnya jadi datang kelas lambat.. tapi apa ad hal pensyarah tu memahami ..teehee.. so, kira aku terselamat walaupun patut datang pukul 8 pagi tapi aku sampai kelas agak-agak lagi setengah jam kelas tamat :D

hal2 lain kira remeh-temeh je kot.. banyak benda happy je sepanjang aku bernafas di bumi Tg. Malim ini.. antaranya ialah masa semua housemates aku dengan aku-aku sekali round-round sekitar UPSI buat photoshoot tanpa budget.. macam posing bukan main lagi then headed to Pekan jalan-jalan cuci mata.. mungkin bagi orang lain benda ni biasa je tapi aku rasa bermakna sebab kitorang menjalankan proses ukhwah gituu :) masa kat kelas pun best je..
semua dengan jawapan sengal-sengal masa pensyarah ajukan soalan ..

 Berbekalkan karenah yg begitu meriah , bertemankan rakan-rakan UPSI yg konon bakal guru tidak se-skema yg disangka.. otak gila-gila dan da boom gua cakap lu.. aku harap hidup aku disini akan menjadi empat tahun paling bermakna dalam hidup.. tidak mahu setakat timba ilmu tapi kawan-kawan enggak ada dong.. so, itu je setakat ni cerita dari aku, aku ada kongsi pengalaman masa di UPSI kat entri lain.. kalau rasa bosan makan nasi lauk paru je open-open blog ni then masukkan info yg entah pape dalam ruang borak kosong di otak kalian.. sekian, terima kasih.. tata *-+
p/s : jom ramai2 pelajar IPTA kongsi pasal U korang *angkat2 kening

11 comments:

fariza fauzi said...

saya pelajar UPSI jge :)

Rozuan Ismail said...

salam perkenalan..saya rozuan..jom singgah blog saya..

Hagio Sae said...

hai.....salam kenal...~ follow kamu sekali.. jom pg blog saya plak..!!

sipenyapuburuk.blogspot.com

p.s: guru bitara tu ape ye?? huhu~

chummy_cliche said...

@fariza : ye senior yg best ..awk tu dah hampir2 bergelar guru :D

@rozuan : salam p'knalan :) ok

@hagio : slm kenal :D orait ... bitara tu guru yg tiada tandingan kira kena jadi guru awesome ..hehhe

.vna erman. said...

hallu,nice blog dear
do follow me http://www.vnazone.blogspot.com

Mainur Hasnah said...

.vna : thank u.. orait :)

hacker said...

Ad entry mnarik kat blog hacker...dtgla bace...jgn lpe jadi mmbe hacker tau...hehehehhehe

Kairel Keflee said...

hi budak upsi!

asmalyna aslyna said...

apa tips akak untuk junior yang baru masuk macam saya ne..ISMP sejarah sama akak...:)

chummy cliche said...

-asmalyna

cuba untuk tak menganggap sejarah itu sesuatu yang perlu dihafal.

zieyra abdullah said...

salam,sy ad tmdga utk pnddikan kt upsi 21/6 ny.... jdi ad x tip2 nk lpas mse tmdga 2 6ti???