chummy cliche

Assalamualaikum..

ada yang kisah nama url yang aku guna pelik? korang tak pernah tahu apa tu chummy? atau cliche? tu cuma ayat biasa-biasa je dalam b.i .. take note - bukan nak poyo guna bahasa inggeris cuma lebih mudah je ayat panjang jadi satu perkataan pendek.. mendalam juga maksud tu... sebenarnya takde motif.. saja nak update blog dengan benda ni LOL

okay chummy tu maksud nya.. akrab dalam BM.. kira kalau dalam konteks ni.. aku nak jadi orang yang friendly dalam dunia blog.. nak menulis dengan bebas umpama borak dengan member kat kedai mamak cerita pasal isu remeh tak payah guna otak ... lebih kurang macam tu la...

cliche pulak maksud nya klise.. macam guna ayat yang drama bagai..  contohnya..Garmat tanya anak mak cik Jenas 'eih kenapa dulu kau suka meon tapi sekarang paling tadah pulak..?' dia pun jawab ' sebab sekarang cinta aku hanya pada Karmit sorang je.. sayang ketat ketat sampai mati...' yeah begitu lah klise nya kan... nampak ke tak? dalam konteks aku ni.. bukan aku nak dram segala madah dilontarkan untuk bagi korang sedap membaca tapi dalam hidup ni kan penuh dengan klise.. kebanyakan cerita aku menaip dalam blog ni datang dari pengalaman sendiri so aku cuma nak gambarkan betapa hidup aku dilakonkan manusia di pentas tuhan dengan begitu menyayat .. wow terpegun memikirkannya.. perghhhhh drama drama drama.. tak note again - bukan nak kata hidup aku satu pembohongan tapi hidup kita semua kan memang macam tu .. tak mampu diduga.. ceh ayat nak klise je en...

begitulah aku terfikir nak gunapakai nama chummy cliche ni... nak tukar nama baru macam malas je.. lagi pun aku buat kamus cetakan tak rasmi sendiri.. chummy tu akronim chubby + comeyyyy hehhehe.. merosakkan bahasa pula tu.. jadi secara tak langsung mendoakan diri sendiri.. semakin chubby semakinlah comel... aminn.. :)

p/s : memikirkan nak tukar nama blog ni.. semacam je mynur's world tu

saja nak update

Assalamualaikum..

ni cuma short update.. ye pendek je.. betul tak tipu.. ada juga selit sarkastik punya ayat.. sikit je.. :) sebab plan nak tidur dah ni.. hehe tak mengagak tidur awal bebenar.. almaklumlah tak nak bagi perut merintih makanan lagi.. next entri mungkin pasal pic(s) hari ni.. saja je nak upload camwhore tadi... so entri peribadi betullah kiranya...

btw.. perasan tak blog aku dah rupa baru... heheheh pink kan... aku bukan minat pun pink tapi aku layan je warna ni... yeahhh hidup pink... nak act jambu, girlish kejaplah... boleh kan.. boleh lah... eih jap blog aku.. asal nak tanya korang lak.. nasib aku tak berat kan blog ni dengan widget segala jadah nanti berat blog je... lagi korang panas kan...

so lagi satu entri mungkin berkenaan header dan back ground yang pernah aku guna.. motif aku saja je nak tayang kesungguhan aku menghias blog ni... macam minyak yang ditatang penuh taw.... sila jeles melihat aku begitu semangat ni.. hahahaah... okay lah tatatitu lallallalallala ~ xoxo +_*

laki nak macam mana pulak?

Assalamualaikum

hari tu aku dah buat entri untuk laki mudah faham perempuan kat sini.. lepas tu buat lagi entri susulan mengenai tangisan dan perempuan ni kat sini... so, rasa terpanggil pulak buat entri pasal laki.. cewahhh ayat nak tipu je... okay serius mainur.. seriusss... *tarik nafas muka kerut pandang skrin lappy

dunia ni memang tak adil jadi nak bagi adil... kita sendiri yang kena bertindak adil.. tak kan nak harap laki je faham perempuan kan.. perempuan pun kena belajar faham lelaki... aku tak mampu bagi entri yang jitu-tulus sebab aku bukan lelaki.. cuma dari persepsi aku perempuan yang meletak diri di tempat lelaki.. aku pun lebih kurang sama macam dorang juga.. bukan tomboi.. cuma environment membesar dengan adik beradik lelaki tambah kawasan kejiranan budak laki je.. kawan kat sekolah pun laki banyak.. so aku come out dengan beberapa pendapat yang aku rasa PEREMPUAN PERLU TAHU..

kalau korang sayang boyfie.. tak nak dia cari lain.. kalau dia cari juga walaupun korang dah ikut step ni.. memang layak pelangkung pale budak laki tu.. ajak member ramai-ramai dushhhh sedam dua budak tu.. TAPI kalau kena tangkap sila bertanggungjawab dengan tindakan korang.. jangan kata aku yang suruh.. hehe

-- so bagi aku perempuan perlu tahu beberapa benda asas --

-JANGAN KACAU laki layan BOLA.. walaupun match tu ulangan jangan kacau.. aku layan bola pun bf aku tak boleh kacau.. sedangkan aku girl.. laki lagilah pantang weh kau condemn bola tak best ke match bosan.. sebab feel laki dengan bola lain.. kalau minat alki tu bukan bola tapi ragbi atau game hoki.. sila hormat pada minat dia

-faham laki ni memang azali suka main game.. korang rasa benda tu takde faedah ke apa.. keep it to yourself.. jangan cuba nak halang.. kang tak berkembang otak dia.. takkan nak harap 24 jam dia layan mesej korang je.. wehhhh dia pun kena ada own space own life tahu....

-tak payah bagi laki duit.. maksud aku.. kalau dia miskin daif bagai pun .. terdesak mana sekalipun jangan nak offer diri bagi duit tu.. dah lah terang-terang.. tercabar maruah dia.. and dia akan kekok punyalah.. kalau nak tolong, fikir cara yang tak buat dia rasa diri tak berguna kalau ambil duit girl

-laki tak perlu EXTRA MAK.. tak payah duk suruh awak makanlah, minum lah mandi lah.. eihhh rimas pun ada.. ingat budak kecil ke.. nak manjakan laki ada had.. kita belum jadi bini dia tapi nak jadi tukang reminder pulak... mula-mula laki appreciate la caring nya korang lama-lama ni lah jadi isu putus.. kalau dia nak buat-buat.. tak nak sudah tak payah paksa ke ugut 'awak sayang saya cepat mandi pastu jemput saya bla bla bla' dah lah mengarah pulak tu..

-untuk support point atas.. budi bahasa budaya kita.. rajinkan diri sertakan magic word 'thank u, sorry and please' .. kalau salah jangan ego lebih nak laki yang minta maaf pastu touching tak kena tempat .. nak merengek depan orang ramai? umur berapa dah yunk?

-say no to QUEEN CONTROL.. jangan kaitkan istilah ini dengan murah rezeki.. takde makna kalau kau mengongkong laki tu.. hubungan korang jadi diberkati.. sedangkan dalam agama dah kata.. syurga bagi perempuan dibawah tapak kaki seorang suami.. bukan korang yang couple ni nanti nikah ,laki tu jadi suami kan.. so hormat dia.. jangan duk itu tak boleh.. ini tak boleh.. semua nak ikut citarasa korang.. mana tahu dengan kurang control laki bertambah sayang.. tapi aku tak tahu lah kalau korang takat couple main-main.. itu ikut hang lah nak layan boyfie lagu mano pon hoi...

- tak payah nak complain diri.. perlu ke merungut kat BF korang ni tak cantik bla bla bla.. kalau dia BF yang bagus mesti dia terima seadanya.. lagipun dia dulu kan bersungguh takle, terima korang jadi awek.. so  tak kan dia kisah tu semua.. lagi korang membebel.. lagi dia rimas.. accept je diri sendiri.. nanti laki pun jadi kagum betapa korang meyakini diri sendiri..

-cara berpakaian.. laki memang bangga kalau ada awek cantik.. tapi dia bukannya suka share korang dengan orang sekeliling.. aku rasa laki bukan suka awek menayang diri depan orang.. kalau boleh biar dia je.. laki tak suka bahan yang dah over expose.. jangan ingat dia segan korang jadi awek dia.. cuma dia takut ada orang lain pun rasa macam mana dia rasa , bimbang orang akan terpikat dengan korang then rampas korang.. ni aku rasa jela.. kalau ada laki yang nak betulkan pandangan aku.. silakan :)

-kelebihan yang dimiliki perempuan tu bonus atau punca merosotkan kestabilan hubungan? macam aku mention laki ni ego weh... so kalau korang semuar serba-serbi hebat dari dia.. nak kata kaya berganda- kebijaksanaan bertingkat- cantik-ngetop semua cukup sifat- lemah lembut lagi kira pakej lah.. ini hanya buatkan laki rasa tak secure.. tercabar kalau korang over the mountain dari dia.. hehe.. yela nak belanja makan takut korang kritik bawa tempat murah.. study pun tak berapa nak cemerlang.. pastu fikir kawan-kawan mesti duk cakap umpama pinang dipijak-pijak je.. kecik besar kecik besar je .. so, kat sini perempuan boleh main peranan jadi unit sokongan laki meningkatkan konfiden diri.. and jangan pulak mengada nak poyo poyo ye

setakat tu jela.. lapar lah pulak.. kalau ada lagi.. nanti aku update.. tapi ni semua benda common yang girl patut dan mungkin sudah sedia maklum.... okay papai xoxo +_*


cinta ibarat apprigeos terakhir

Assalamualaikum..

benar kata seorang mamat ni.. cinta umpama apprigeos... tahu apa itu appregios? tu note note dalam membina simfonim lagu... lebih kurang begitu lah.. nak penjelasan lanjut cari kat kamus.. malas pulak nak search sebab ni entri segera before kelas start..

okay kenapa aku setuju.... sebab cinta ni pelengkap pada hidup kita... jadi dalam muzik.. appregios terakhir akan melengkapkan segalan nada yang tercipta sama ada menjadikan ia merdu atau sumbang...

kalau tanpa cinta ini, sudah tentu hidup akan kusam.. betullah tanpa cinta pun boleh hidup tapi manusia kan makhluk tuhan yang dianugerah perasaan.. kenapa perlu kita menafikan kewujudan cinta tu pulak en.. tak ke sia-sia je ? sebagai manusia yang bersifat penyayang.. dalam hati ada taman beb.. of coz aku menggalakkan manusia bercinta.. sebaiknya bernikah dan salurlah cinta tu ketat-ketat mana pun nak.. haha..

aku harap sangat apprigeos yang aku cari ni tak begitu menduga.. harap ia cinta terakhir dan kekal abadi.. maknanya dapat aku membina masjid sama-sama.. orang selalu kata cinta yang kekal abadi hanya pada tuhan.. tapi jangan silap kalau kita berpasangan dengan someone.. ikut Islam.. kat syurga nanti itulah partner kita.. jadi bukan cinta itu pun abadi? mungkin tak sesuci pada cinta Illahi tapi memadai dan cukup berar untuk manusia menikmati dan mengecapi bahagia..

tak cukup relevan appregios dan cinta? jap ye aku nak gebang apa pulak ni.. hurm.... TINGGG *dapat idea
kalau tiada appregios dalam muzik... kan tak lengkap muzik tu.. macam aku cakap kat atas tadi.. dan harmoninya hubungan kita atau takdir yang tercipta nanti terletak pada appregios itu.. kalau baik appregios yang di-tune mesti indah bak kicauan burung je lagu.. kalau cinta yang dimiliki dipunyai insan yang baik maka luruslah jalan nanti.. pasangan akan bawa kita meniti alam bahagia dengan cara yang betul dan berkekalan..

so yang lain tu pandai-pandai kait sendiri... btw... aku setuju dengan pernyataan mamat ni.. cinta macam bra... korang google je lebih kurang cinta ibarat bra.. aku cari tak jumpa lak benda tu.. okay lah As'salam .. xoxo tata +_*

p/s : aku perasan entri aku jiwang je berapa hari ni.. erm kenapa eh? leh bagitahu tak?

isu follow mem-follow ni

Assalamualaikum..

semua sedar blog ni medium terbaik dapat informasi.. macam-macam ada.. pengetahuan agama, pendidikan.. tips fesyen.. bab-bab feeling dan gosip..  dan sebagai blogger mesti kita ada follow blog lain kan.. follow yang patut di follow.. aku menyokong kempen.. follow secara sukarela bukan terpaksa.. tak mainlah.. u follow i, i follow u.. nak follow , follow lah.. tak nak sudah..

anyway.. aku mengharap juga family aku akan follow aku.. so, dorang akan tahu perkembangan hidup aku.. lebih selesa cerita macam ni.. jadi dorang akan baca dengan teliti then respond.. dari aku bagitahu direct masalah aku.. apa aku buat.. tak habis cerita dah muka lain.. tak syokk pulak..

bagi aku siapa yang patut kita follow ye.. korang akan follow orang macam mana? meh aku kongsi orang yang aku akan follow... and mungkin patut korang follow kalau sesuai dengan citarasa korang
  • follow blog yang entri nya menarik je.. bukan tuan blog menarik ye.. setakat ni aku tak follow ikut muka.. sebab bukan best pun certain tu.. harap setiap kali entri tempek muka banyak-banyak tapi inti hampeh... ye aku pun golongan ni juga.. sedar diri.. now nak try tak jual pic.. kalau nak masuk pun mesti pic ramai-ramai... unleast aku saja je nak korang geram.. hahahhahahah
  • blog yang simple but padat.. isi entri mantap.. kalau yang selalu bagi petua nak jaga diri.. tak meleret bebel bukan-bukan.. yela terasa tertipu tau.. tajuk nak sedap je.. tips makan ubi keledek.. last last point pasal makan cendawan... sila jangan tipu reader banyak sangat ye...
  • blog yang ada sense of humor.. tak nak asyik tulis entri feel nak marah-serius-sedih je.. sebab yang baca ni akan ter-feeling sekali.. dah tu time baca.. aku mesti amati lebih.. dengan dahi kerut tanda menjiwai watak... kan tu dha bawa kepada mood mellow je.. so, memang jenis santai ada lawak dan mesej sekali..
  • entri yang informasi... sepenuhnya blog tu pasal informasi je..sebab aku malas nak beli surat khabar.. atau online news.. lagi pun informasi tu pun memang latest gila... take note.. informasi ye bukan cerita gosip selingan entah pape
  • blog yang penuh dengan niat nak promosi sesuatu.. macam review restoran.. percutian best ke.. buku atau movie yang bagus ..
  • aku tak follow blog online shopping tapi blogger yang fashionista aku follow.. sebab aku bukan akan beli barang online.. tapi aku suka tengok stail fashionista yang gorgeus ni.. yang baik yang sesuai kita ambil.. yang macam tak patut tak payah ikut.. dah tutup cerita.. tak perlu nak condemn lebih kan..
  • blog yang banyak sangat gosip.. memang aku tak follow.. sebab ni sure takde faedah.. bukanlah aku baik sangat.. tapi macam semacam lah gosip hal orang.. kita pun belum tentu betul lagi nak tegur orang lain.. so sebelum aku terjebak nak ngumpat baik aku cermin diri dulu...
  • confirm confirm aku akan follow blog member dan family aku.. sebab nak tahu keadaan semasa dorang.. dorang lagi selesa update cerita dorang kat blog dari kat laman sesawang lain
  • ada yang akan follow tengok orang tu dah beribu-riban follower.. tapi aku just follow kalau penulisannya memang rasa menarik hati.. setiap orangkan beza citarasa.. bagi aku blogger yang santai dan bawa identiti diri lagi bagus.. ada je yang bagus gila tapi sebab orang tak tahu blog dia so takde siapa follow..
  • and aku pasti follow orang yang rajin usha blog aku and duk komen-komen.. terharu bhaiiii.. dan dorang yang prihatin ni pun ternyata blog dorang memang wajar di-follow
okay itu sahaja.. happy following blogger lain ya :) moga dunia blog ni free dari isu yang entah apa-apa.. masing-masing ada blog sebab suka menulis, kongsi kan.. so sama-sama enjoy tulis dan reading :) ASSALAMUALAIKUM W.B.T - yang baik dari Allah, yang buruk dari aku.. +_*

perempuan dan tangisan vs laki

Assalamualaikum

betul ke tabiat menangis ni hanya sinonim dengan kaum hawa? kalau menangis je memang kerja perempuan? laki tak menangis ke? eihhh sure ke ni? mana ada.. ada je laki yang menangis.. take note - aku tak maksud kan budak laki lima enam tahun menangis terjatuh atau berebut mainan.. aku juga tak aim laki yang menangis pasal kehilangan mak atau masa tazkirah kat kem.. ustaz suruh bayangkan ibu bapa penat kerja tapi kita kurang ajar bla bla bla tu ye... TAPI ini pasal lelaki ye KAUM ADAM yang menangis kerana perempuan..

siapa kenal laki yang pernah menangis pasal dia sila angkat tangan.. okay now boleh turun tangan.. percayalah bahawa korang sangat special sebab tu dia menangis kerana takut kehilang korang.. mungkin tangisan ni berlaku tatkala sesi pujuk rayu, keinsafan dan kerinduan melanda bagai badai.. cewaaahh.. so memang laki menangis gak .. amat tak adillah kata tabiat menangis ni berkaitan perempuan je .. cuma laki memang jarang menangis.. tahu lah ego dorang menggunung macam mana.. so, kalau laki tu pernah menangis pasal korang ternyata dia memang sayang gegila punyalah.. cuma takde jodoh je that's why hubungan tak kekal.. always think +ve..

tapi laki selalu buntu kan melihat kaum hawa tetiba je menangis.. tahu tak kenapa macam tu? selalunya tanpa perempuan tu nak atau sedar.. air mata bisa berlinangan sebab rindu gila kat orang yang disayanginya.. hati perempuan pun lembut.. so memang ngam sangatlah kalau hati cepat tersentuh dengan apa yang laki buat.. kalau korang buat sesuatu yang menggembirakan hatinya mesti dia akan menangis juga TAPI INGAT INI TANGISAN KEGEMBIRAAN..

jadi tangisan yang lahir dari mata perempuan bukan kerna sedih semata-mata.. tapi cara dia ekspresi emosinya.. ada je yang jenis tak reti ungkap dengan kata-kata tapi luah pakai air mata.. akibat terlampau sedih berpisahan dengan laki tu jadi linangan air mata membuktikan dia tak sanggup berjauhan dengan laki tu.. kalau korang ingat 'eihhh leceh der perempuan ni asyik nak menangis je.. mentang-mentanglah orang kata tangisan ni leh cairkan laki..ingat aku suka sangatlah tu' TEEETTTTTTTT korang salah.. sebab bukan dia suka-suka pun.. bukan nak raih simpati.. tapi dia tak dapat tahan sakit hati dia..ingat suka ke perempuan nak nangis macam tu je padahal tahu akibat nangis banyak sangat leh buta.. dah tu bila dah bengkak mata terpaksa coverline kat family tidur lambat sangat tu bengkak.. padahal sebab angkara korang yang tak reti hargai feeling girl tu.. nangis hanya tanda kecewa dan rendah diri pada diri sendiri kenapa korang tak terima dia.. itu sahaja.. jangan pikir negatif sangat ye derrr :)

kalaulah perempuan tu kata dia sakit hati tapi dia tak pun menangis .. KETAHUILAH KORANG SI JANTAN NI DAH BUAT HATI DIA TERLUKA BAGAI NAK MAMP. so, tiada lagi air mata yang mampu dititiskan.. lagi pun fikir-fikir tak layak pun bazir air mata untuk laki yang buat dia endah tak endah.. cuma mungkin pasal dia tu perempuan.. nak buat macam mana.. Allah anugerahkan rasa sayang kat laki tu kan jadi jangan condemn kalau dorang terhegeh-hegeh menyimpan rasa.. dan jangan pula sampai kehilangan dorang yang setia menyayangi korang seadanya baru nak sedar betapa bernilai perempuan ini di hati korang :D

so point aku.. jangan sesekali rasa perempuan yang titis air mata itu lemah.. actually , dorang lagi tabah dari orang lain.. cuma sebagai manusia yang normal perlukan sedikit masa release tension begitu.. *_+

apa perempuan rasa?

Assalamualaikum..

hari ini aku nak kongsi apa yang perempuan biasanya rasa dalam sesuatu keadaan.. aku bukan merujuk pada contoh aku sahaja..tapi pengalaman yang dititip oleh kawan perempuan lain.. kalau ada reader perempuan yang rasa tak betul.. sila nyatakan di komen.. boleh kita share..

bagi laki yang baca pulak.. boleh korang lebih paham gurl yang korang rasa rumit sangat ni.. padahal piss a cake je.. hehe.. perempuan tak susah nak difaham.. orang selalu kata perempuan cakap tak serupa bikin.. sebab apa yang dia cakap lain dengan apa yang dia nak.. mungkin betul juga.. contohnya perempuan rasa rindu kat ex dia.. tapi sebab takut kawan perempuan dia marah..dia akan cakap 'eih mana ada aku ingat kat budak tu lagi..' padahal setiap malam duk godek album pic ex nya...

okay so apa yang sebenarnya perempuan akan rasa? kenapa dia rasa macam tu?

perempuan menyampah bila
- bagi aku sendiri.. aku menyampah bila semua dah ngam outfit.. tetiba takde pulak kasut ke beg yang sesuai.. tak pun kasut tiba-tiba putus tengah jalan.. eih ke ini lebih kepada geram ye? hehehe.. menyampah juga dengan orang yang suka control other.. condemn macam dia je bagus.. kalau kritikan membina tak pe.. ini maki bagai nak rak
perempuan anggap laki poyo nak mampus bila
- laki asyik sebut pasal kelebihan dorang.. pastu semua orang imperfect pada mata boys tu.. memang nak kena teleng.. yela mana boleh pandang rendah kat orang lain en semata-mata nak up diri.. ada yang poyo.. bajet smart lah tu pakai entah fesyen apa jalan nak bagus ke hulur hilir depan mata dengan tayang konon duit banyak.. low profile sudah.. kau ingat perempuan sekarang jenis beli ke.. guna hati takle sudi...

perempuan tak hormat
- okay ini macam lari sikit.. perempuan hilang rasa hormat kalau laki tu tak gentle langsung.. tambah-tambah yang suka pukul memang dayus.. laki macam ni elok humban je.. sebab berani menyakiti girl yang tak berdaya mentang-mentang fizikal besar..

perempuan marah bila
- orang kacau tidur dia.. faham tak? dia sedap tidur tiba-tiba ada orang duk bising kat situ kecoh bercerita macam dunia ni dia punya.. tak hormat orang lain.. lagi panas kalau ada orang tak tentu pasal penting diri sendiri pastu duk menyalahkan orang lain atau treat other as kuli dia.. amboi cantik muka.. ingat kau bayar gaji aku ke nak lepas geram kat aku pulak... hahhaa jaga-jaga jangan sampai orang cakap macamni kat korang.. kita masing-masing ada tanggungjawab sendiri.. so jangan buat orang lain marah.. letak diri anda di tempat mereka.. marah tak kalau orang duk pijak kepala?

perempuan teruja
- korang call atau sms.. kalau korang balas komen di FB pun hati berbunga-bunga dah.. belum lagi lihat content korang balas tu cam mana.. walau se-simple HI akan mengindahkan harinya.. perempuan akan ternanti-nanti nak terima ucapan tu.. kalau korang ajak date.. hati teruja tak ingat.. mesti part nak pilih baju apa, otw ke tempat date sepanjang tu dia tersenyum sendiri.. but jangan salahkan dia kalau dia lambat kejap.. sebab sempat juga dia terlamun pikir apa akan jadi masa date tu yang terkial-kial siap..
perempuan segan bila
- nak lalu depan sekerumun laki dan semua mata memandangnya.. kalau ada yang tersenyum.. dia mesti buntu nak buat apa.. paling tak leh adab ada kata sombong kalau tak layan.. tapi kalau layan pulak dikatanya murah.. rasa segan bertambah kalau tengah jalan tersadung kaki.. nak cover segan mesti gelak supaya diri tak rasa sakit dan malu pun kurang.. lagi segan bila jumpa orang dia sayang.. kalau dia nak luahkan rasa tu dan laki tu tolak mana mungkin dia tak rasa segan.. nak nak bila terjumpa laki tu dengan girl lain

perempuan rasa laki sweet bila
- laki yang dia sayang tu buat something special.. tengok parent buat something yang macam caring pun rasa sweet.. melihat korang berbakti pada family korang pun anggap korang ni sweet sebab bertanggungjawab

perempuan akan tergugat bila
- ada orang yang lebih utama dimata korang.. walaupun ridiculos tapi korang utamakan kawan pun terasa wehh.. even regarding family member pun korang kena consider dia juga.. mungkin sebab girl suka feeling part of your family life..

perempuan geram bila
- sesuatu menggangu dia.. kalau dia tengah takde mood.. janganlah kacau atau usik dengan gurauan melampau.. dan perempuan tu akan geram dengan korang.. wrong time and wrong decison bring a bad day.. lagi perempuan geram kalau tengok pakwe ke orang dia suka menggatal dengan orang lain.. kalau laki tengah date dengan dia tapi sempat mesej orang lain.. perghhh dalam hati geram nak mamp. sumpah seranah je sebab rasa korang mempermainkan hati and perasaan dia.. yelah tak reti nak hormat ke.. ajak date tapi leh melilau mata tengok orang lain then sempat mesej dengan orang mana entah.. jangan abaikan girl terutama time date kecuali ada urusan emergency gila babes yang memaksa korang buat begitu.. :)

perempuan sukabila
- apa yang dihajatinya terlaksana/dicapai .. macam kalau dia nak makan aiskrim tiba-tiba korang belanja.. ten point untuk korang sebab memahami dan cepat bertindak.. plus agak romantik makan aiskrim sambil jalan menikmati pemandangan.. ^_^

terharu kalau
- korang menghargai apa dia buat.. cukup sekadar thanks pun dah boleh leleh air mata bhaii.. at least dia tahu korang sedar apa dia buat.. dan kalau korang yang laki ni turut korban luang sedikit masa dan tenaga plan sesuatu sudah tentu GUMBIRA HATINYA.. hehe.. *aku tak tahu kenapa ada slank gumbira dulu-dulu
jika laki tu ingat tarikh penting sure girl akan terharu..yela laki kan makhluk yang femes dengan ingatan yang kurang memikir hal-hal remeh ni.. pada mata laki tarikh ke sambutan tu remeh tapi untuk girl well it is a big deal.. A MUST TO CELEBRATE..okay exagerate pulak.. just wish her on that day more than enough kalau takde hadiah pun.. as long ingat.. kan bagus tu :\
perempuan akan gelak
- kalau laki tu cakap benda yang sengal.. tak masuk akal.. bila melihat kelakuan yang tak leh diterima akal macam perbuatan sendiri yang tak berapa nak betul.. time ni korang boleh nampak natural gila girl tu gelak.. betapa happy nya dia.. fakta : perempuan suka laki yang ada sense of humour tinggi.. so pandai-pandai adapt sifat ini dalam kamus hidup anda ya :)

perempuan sure tak suka
- nampak perempuan lain act lemah lembut depan boys.. tambah lagi yang berlagak innocent nak mamp. girl juga tak suka perempuan gedik tapi kadang-kadang tanpa sedar perempuan tu sendiri gedik.. kita kena admit gedik tu ada walaupun sikit dalam diri.. contoh gedik - kau terkinja-kinja dengan laki kau suka.. bagi orang tu normal.. ada yang kata tu gedik..well subjektif bukan gedik ni.. kalau kau takde apa-apa urusan tapi sengaja nak pergi kedai makan tu semata-mata nak cuci mata itu pun gedik.. ada unsur miang-miang je..

ni jela pendapat aku.. apa pun macam aku cakap ni sekadar apa aku rasa dari point hidup aku la.. ada yang nak sokong bantah..sila ke komen.. hehehhe.. xoxo tata +_*

perempuan dan laki berkawan baik?

Assalamualaikum..

kita biasa melihat laki dan laki menjadi kawan baik sampai sanggup tinggal awek kalau kawan tak suka.. dan melihat perempuan yang sangat berkawan baik dengan perempuan.. duk main cuit-cuit , gelak mengilai tanpa hirau sekeliling.. TAPI pernah melihat kawan laki dan perempuan yang begitu akrab TANPA WUJUDNYA PERASAAN SAYANG?

mustahil untuk perempuan dan laki berkawan baik tanpa wujud rasa kasih.. sebab perempuan kalau dah rapat dengan laki tu.. rasa selesa je.. mesti lama-lama cam susah biasakan diri takde mamat tu.. ni bukan kira sayang dah ke.. so, bagi aku laki dan perempuan tak kan ada istilah kawan baik.. biasanya kalau ada pun takat member biasa-biasa.. bukan jenis lepak hari-hari.. borak bagai nak rak..

dalam hidup aku sendiri.. orang yang berkawan baik dengan aku.. lelakilah.. aku ada feel gak kat dia.. then kita jadi tak selesa sebab hati macam nak meletup nak ke tak nak jujur feel kita.. diam-diam tengok dia ada awek dah..mesti hati cam down sikit.. pastu dah jarakkan hubungan persahabatan tadi sebab tak nak kacau daun.. so dimana kunci persahabatan yang mulia itu? terletaknya pada hati yang hanya mahu berkongsi pengalaman, hidup, ilmu tanpa rasa hati dipupuk..

yela sekarang ada je.. laki perempuan yang berkawan.. laki kan jenis slumber.. main pukul-pukul.. lama-lama girl tu mesti hati dup dap dup dap je ngadap laki tu.. sifat semulajadi perempuan kan segan.. malu.. tapi bagi aku ada baiknya kalau rasa sayang tu wujud pun.. kita belajar hargai friendship tu.. cuma cam mana nak bagi tanpa ada sayang lebih dari takat kawan tu? itu yang susah.. kita tak boleh couple dengan kawan tu.. sebab nanti kalau jadi masalah dan andai kata hubungan cinta tak jadi.. kekok pula nak berkawan biasa.. sedihkan hilang kawan yang begitu baik..

jadi mulai sekolah menengah hingga kini aku dah had hati aku dari sayang kawan baik aku.. jenis aku yang memang mudah bergaul dengan kawan laki.. cuba untuk pupuk hati menjadi sekadar kawan sahaja.. sebab aku cherish giler hubungan itu.. dan aku hargai dia lebih dari segalanya jadi aku tak sanggup kehilangan dia..

tapi kalau kita couple then jadikan couple tu kawan kita.. kira dua dalam satu.. aku rasa tu lagi baik.. nanti boleh jadi macam bestie gila.. dia pun paham kita.. cara ber-couple macam layan member lagi best.. rilek je..

dah tu ada tanya.. asal tak terus couple dengan kawan je.. aku rasa.. memanglah betul kawan kenal semua pasal kita tapi tak rasa semacam ke tiba-tiba upgrade hubungan tu.. aku rasa mesti macam blur-blur je mula-mula couple tu.. nak layan pun tak tahu cam mana nak sesuaikan diri..

biasanya bukankah korang couple dengan orang yang baru-baru je kenal.. ada pulak yang berpuluh tahun kenal then baru nak couple.. mungkin kes kecillah.. itu kira dorang mungkin pendam lama giler feel..pastu luahkan.. terus nikah.. wah best juga tu.. suka happy ending gitu.. hahaha okay apa pun harap sangat aku dapat terus berkawan baik tanpa ada feel :))

mood upload pic(s)

Assalamualaikum..

disebabkan aku lapar dan teramat malas nak pergi kafe beli makanan.. so cuma godek kerepek ubi pedas sahaja.. maka nya tenaga aku sikit.. agak terhad nak taip panjag berjela.. so aku nak upload pic semalam.. heheehehe... best semalam.. suka.. dan yang baiknya bila dah letih.. tepat pukul 10 dah tidur.. wah bagus ni...

semalam cuma ada kelas pukul 8 sampai 10.. tapi macam biasa aku dan Azi selalu lambat.. kenapa lambat? itu hal lain.. yang tak leh blah.. aku dah lambat pastu orang busy cari group asignment aku makan .. lect usha and tersenyum.. aku diam je.. lepas dah habis makan baru tegur beliau.. tahu apa komen lect aku? beliau kata 'dah habis makan baru ada tenaga nak bercakap ye..' aku cuma gelak je.. si Azi boleh tambah ' dia memang macamni...makan tu penting'.. then gerak ke kampus makan lagi.. lepastu bajet nak jumpa lect lain tak jadi.. petang sikit pergi usha rumah sewa then malam tu jalan-jalan kat KAB punya open day.. sekian sahaja laporan aku.. enjoy the pic(s) :D

budak sej




sibuk Daus tu :p

kenyang gila


nak juga pose en

depan rumah sewa kitorang

char kuey teow ni sedap!! banyak udang & kerang

senior sej - kak Ma

ni pun senior sej - Kak Na
nanti update balik.. ada pic yang masih kat hp.. hehehe... terserlah kesengalan disitu.. ok setel dah update mana pic yang berkenan.. :)

bicara short sem

Assalamualaikum..

sebenarnya dari hari tu lagi nak post pasal short sem tapi tak ada masa.. cewahh tidur memanjang lepas je.. okay tahu tak apa itu short sem? kita just ambil beberapa subjek .. masa orang cuti.. kita buat sem pendek.. study dan exam dalam masa kurang 4 bulan.. so siapa berminat? silalah ke bahagian akademik U anda..

aku mula-mula memang minat nak ambil.. ingat nak habis cepat.. so bolehlah dari empat tahun pengajian jadi 3 tahun je ke.. tapi rupa-rupanya masa kita belajar tu.. bayar yuran subjek yang kita ambil je.. tak de saluran duit hanya berbekal duit kita sendiri.. and kalau habis cepat pun.. kita kena tunggu grad dengan student yang masuk sama kita.. kiranya ikut deal asal kita grad 2014.. jadi tak kira cepat mana dah habis study.. kita akan grad juga 2014 dengan batch asal kita...

so, kalau point asal aku nak grad konon leh posting cepat takde makna pun.. cuma boleh la ambil part time kerja lain dulu ke.. bila fikir-fikir balik kalau ambil short sem.. takde cuti lah gamaknya.. otak asyik study je.. boleh jem juga.. nak rushing pun tak guna.... jadi aku buat keputusan guna masa cuti 4 bulan.. ambil lesen and kerja part time untuk tampung sem 3 nanti... wah masyukk sikit nanti.. cuti baki nanti leh bercuti ngan family dan kawan-kawan... suka suka :)

UPDATED - yeah perempuan  macam aku mudah betul ubah keputusan.. aku fikir nak join short sem ni.. takpelah lambat grad.. nanti jadi guru ganti sementara ke.. cuma masalahnya satu kelas tu kena ada 15 orang baru boleh ambil short sem.. hurmmm ramai nak balik kampung je.. memanglah susah takde pinjaman masa tu tapi yuran lagi murah berbanding sem biasa.. so berbaloi juga tu ^_^

DOTA

Assalamualaikum..

tahu tak apa tu DOTA? benda alah tu game ... nama nak gempak je... ada ke orang yang main DOTA ni tak ketagih? boleh ajar aku macam mana nak elak dari ketagih main game ni? takat main game biasa kat FB pun dah addict habis.. ini kan DOTA.. adakah DOTA ni lah yang meragut masa harian korang? buatkan korang tidur lambat.. atau yang perempuan tu.. DOTA ni punca balak korang tak peduli korang?

haha nasiblah.. kalau tak nak rasa sepi sangat ditinggal balak masa dia kusyuk layan dota.. korang pun join main game ni.. kot-kot nanti korang yang extra triple addict.. dengan korang join sekali.. baru korang faham apa dia rasa.. and korang ada topik extra boleh borak dengan pakwe korang..

kalau yang rasa nak main game ni.. tak reti... google jela.. semua akan diajar.. just try main.. tapi kalau addict aku tak tanggung ye.. kalau tak nak main game ni.. bawa-bawa study ke buat kerja amal sementara tunggu insan tersayang habis batle game tu..

ada kata orang main game ni takde life... eih jangan silap.. game ni cara nak release tension.. create imaginasi .. beyond our expectation it will help you to increase creativity.. korang ingat budak nerd tak main game ke? ada je.. contohnya aku la.. nerd bhaiii aku ni tapi mesti luang masa main game juga dalam beberapa minit.. ok fine beberapa jam.. depend pada eksaited nya masa main game...

main game ni terpulang kat individu tu juga.. ada je yang tak suka.. ada yang kata tak suka tapi dalam diam dialah hantu segala game... dalam family aku sendiri semua kaki main game.. termasuk mak aku.. tapi abah aku je tak layan.. dulu kecil-kecil takat main game yang buat kat buku tu.. conteng lukis sendiri jalan, senjata tu semua.. hahahahha epic gila... pastu ada psp pulak.. sekarang dengan adanya internet 24jam.. lagilah kau ingat aku nak sia-siakan peluang keemasan ini? mestilah kena hargai.. main game semua yang best.. aku jenis suka yang mencabar minda and macam virtual life.. so nampak aku ni ada possesion nak control benda..

okay tu jela... kepada yang baharu selamat mencuba DOTA... dan harap korang masih maintain life.. kita dah hadapi FB.. apa ada pada benda DOTA tu kan.. hahahhahaha ayat nak sedap hati.. ok tata :)

pilihan raya

Assalamualaikum

istilah pilihan raya bukan sahaja kedengaran biasa buat rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tapi untuk student U macam kita juga.. benda ni biasa je.. melihat orang duk berkempen.. parti-parti tertentu melaungkan janji.. pelbagai manifesto diungkapkan.. dengan harapan orang tertarik.. pilihan raya yang dimaksudkan ini ialah menduduki tempat dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).. pilihan raya ini sangat penting untuk sesebuah U.. dan semenjak hari isnin lepas telah berlangsung hari pengundian di beberapa IPTA..

sejauh mana janji yang ditabur itu akan dilaksanakan bila berjaya mendapat tempat dalam MPP? dan kesan melantik calon tu pada kehidupan pelajar nanti? realitinya apa yang bakal berlaku minta-minta jangan indah khabar dari rupa sahaja.. duk cerita macam-macam tapi kebajikan pelajar terabai.. diharap mana-mana MPP U mana sekalipun akan berlaku adil.. dan menjalankan tanggungjawab dengan baik...

kita ni nak tak nak kena undi juga.. walaupun tak ada calon yang kita minat manifestonya kalau tak nak kena denda ke apa.. kelakar pulak bila fikir benda ni.. tapi sebagai tanggungjawab bersama kena juga rajin mengundi.. sama je macam pilihan raya nanti.. undi mana kita rasa patut.. kena guna hak kita..

yang paling tak leh adab kalau semasa berlangsungnya pilihan raya ini.. ada kekecohan.. ada tengok akhbar? pelajar menyerang pak guard , boikot minta pihak U meminta maaf sebab membatalkan perlantikan yang telah dilakukan.. sendiri fikir kewajaran dan mana akal kita kalau kita sendiri pelajar U buat hal seperti protest dan menyerang umum.. padahal kita kan pelajar yang ada pendidikan .. sedia maklum dengan hal begitu dan kena bijak kawal emosi supaya tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain... :)

harap sangat tak ada apa berlaku lepas ni.. aku bukan orang yang suka bicara politik.. jauh sekali nak memikir terlampau mendalam perihal ini.. cuma ini perkara wajib untuk kita bila dah lanjut usia.. apa apa pun berkembanglah mentaliti student U untuk kemajuan U supaya negara turut terkesan kesejahteraannya :D

p/s : happy birthday ya Fared.. moga kau sihat dan happy selalu ^_^

berlagak okay depan parent

Assalamualaikum..

pernah tak korang buat macam tajuk diatas? mesti pernah nya.. tak kan lah tak de terdetik even sekali kat hati untuk jaga hati parent.. atau family.. tak nak dorang risau kita lebih kan.. so mesti lah berlagak macam korang happy, sihat je... macam cemerlang gila.. padahal.. hakikat disebalik kepalsuan tu.. korang lah manusia yang dalam kelompok jiwa merundum .. perut duk bunyi tanda lapar... exam macam kong kali kong je...

nak buat macam mana.. bagi pelajar yang tinggal jauh dari family.. takkan kita nak share semua masalah dengan famili.. memanglah meringankan beban kita pikul sorang-sorang tapi kalau dah selalu kita ada masalah.. tak rasa susah kan dorang ke? mesti kita akan keep it to ourself burden tu.. nak mengadu takut dorang risau memanjang nanti.. jadi apa yang berlaku.. everytime dorang call.. korang akan nada happy je.. cakap hidup okay je.. sihat je.. alhamdulillah kenyang padahal makan sekali sehari tu pun nasi lauk ikan bilis..

apa pun yang korang nak buat.. buatlah janji tak menyusahkan diri.. kalau dah tahap takde duit sangat tu.. apa salah bagitahu je dorang.. mungkin dorang boleh share tips macam mana nak move on dengan bagus.. famili pun lagi happy kalau kita share dengan dorang.. ada nanti feel macam part of our life.. terharu dorang.. takde nya tindakan kita menyusahkan dorang.. lagi pun kalau terlampau pretend okay nanti sekali jatuh sakit teruk-teruk kang susah ... okay nak cuba pratik kan 50-50 pretend okay dan dalam masa sama perbaiki mana kurang :D

p/s : happy tiba-tiba parent datang jenguk..tahu-tahu je anak perempuan dorang ni merindui dorang tapi pretend tak homesick at all :)

kim hyun joong

Assalamualaikum & hi..


mungkin ada orang tak kenal siapa ni.. sebab nama dia kot ada tak kenal tapi tengok muka mesti tahu..dia artis korea.. leader ss501.. debut first tahun 2005.. cakap pasal bibliografi dia memang aku terer.. ada crush besar gila kat mamat ni..hahhaha Jang geunk suk aku pun kalah... ok bye2 geun suk pelakon you're beautiful tu... sebab aku extra minat kat Kim Hyun Joong (KHJ)..



mamat yang lahir 6 jun 1986 ni.. berlakon sebagai jinhoo dalam BOF.. dalam playfull kiss sebagai Bak Seung Jo.. ada join macam-macam variety show.. We Got Married epi 8-39 kot.. best gila lakonan dia.. dia sweet dan kelakar.. apa yang menarik pada KHJ ni?

  • killer smile nya..
  • beautiful, sweet face ever
  • hardworking.. backgroun family susah tapi dia jenis jimat simpan duit dan buat macam-macam kerja untuk tampung hidup masa remaja dulu..
  • jenis slumber..
  • 4D person.. cara dia fikir memang unik..
  • terer masak.. walaupun tak hebat mana tapi boleh tahan
  • romantik.. dia pun still caring first love dia...
  • body mantap weh.. hahahhaa... tengok cool je dia dalam WGM ..cergas
  • suka fishing so memang jenis penyabar
  • style - tak selekeh pun tengok dia punya dressup
  • walaupun dia tak terer bi tapi ramai je org putih minat dia
  • personaliti charming and cool dia tu aku salute habis
  • friendly gila - menurut fans yang lain..
  • leader yang bertanggungjawab
  • minat mendalam kat music - dia terer main gitar dan koleksi yang berlambak.. fuyoo
  • walaupun study dia kongkali kong selalu ponteng tapi dia berjaya juga tingkatkan taraf hidup
  • paling penting aku minat dia..hehheheehehhee
hahahha nampak kan aku giler minat laki ni... so atas sebab yang dinyatakan tu.. aku jadikan dia inspirasi aku.. selain family, friends and orang sekeliling.. KHJ merupakan idol aku.. sebab betapa hardworking nya dia tu buatkan aku terharu..


for KHJ - i wish all the best in your career.. smile always and hope you will be happy and healthy.. dont eat sleeping pills.. enjoy life with your BFF hero etc.. btw your face similar with Baek Yong Jun... keep it up man :)  <3 <3 <3

i wish one day i can meet you.. i know you will sign white t-shirt so i will prepare one for you..hehehhe...  and no matter how hard your life please keep happy and maintain.. aja aja fighting.. saranghae oppa ^_^

lepasan stpm

Assalamualaikum..

kita sedia maklum semalam yakni 21 februari 2011 merupakan hari pengumuman keputusan stpm 2010..
kalau tengok kat status FB mesti tahu ramai budak yang duk congrat kawan-kawan... aku pun begitu eksaited wish kawan-kawan yang cemerlang..

teringat sendiri masa setahun lepas tapi tarik 25 feb lah , aku ambil result.. menangis bhaii terkejut result boleh buatkan aku hilang selera makan akibat tergamam gila, terkesima tak percaya tak nak tidur takut itu semua setakat mimpi sahaja.. sungguh childish.. alhamdulillah result kawan-kawan pun semua bagus.. makanya ramai yang sambung study now.. kalau ada yang kureng pun, mesti life dorang mantap.. busy cari duit dan lebih masyukk dari aku ni yang extra pokai... bagus murah rezeki semuanya..

kepada yang ambil result tu.. cam mana pun result korang.. terima jela sebab itu hasil titik peluh korang selama ngadap muka kengkawan dengar cikgu mengajar.. walaupun ada yang banyak kutuk belajar form sixth ni rugi.. risiko tinggi.. dah lah susah.. kena pulak terikat dengan baju sekolah peraturan sekolah lagi.. ternyata korang silap.. life form sixth lah fun dan memang friendship yang terjalin tu bermakna.. takde pun dulu strict gila sampai kena jadi nerdies nak study memanjang je..

well kalau ada risiko pun.. dengan usaha dan keberkatan.. insyaallah terkesan juga.. majoriti yang masuk U buat degree budak stpm.. jarang tengok student lain.. ada matrik sikit-sikit tu pun kos sains.. budak STAM pun arab dan mana-mana berkaitan.. ada budak dip poli second intake.. sekarang kan dorang nak buat sistem intake sekali je bulan sept.. sure ramai kena strugle nak dapat tempat..

apa pun well done ya pelajar stpm yang result mantap-mantap je aku tengok.. dan budak spm yang bakal dapat result nanti.. good luck ^_^

aku tak ingin rampas dia

Assalamualaikum..

melihat kepada sekeliling saban hari membuat aku fikir kenapa manusia seringkali melontar tohmahan tidak berasas.. siapa disini yang tidak pernah dikecam orang lain bahawa korang sesungguhnya kaki perampas? atau suka mengambil hak orang? walaupun kalau ikut betul orang tu bukan hak dia pun nikah pun tak lepas hanya atas status kata-kata sesama sendiri mengikat hubungan kekasih dah anggap macam laki bini berpuluh tahun.. perghhh meluat pulak...

aku pernah kena keadaan begini berulang kali jadi aku faham apa orang rasa dan memang aku takkan ulang perbuatan keji tu pada orang lain.. walau rapat mana aku dengan seseorang selagi aku tahu dia ada suka orang lain atau dah couple mesti aku takkan lepas had cukup sekadar kawan sahaja.. jadi kenapa orang nak anggap begitu buruk kat orang lain.. lagi aneh bila kita tak kenal pun dia.. tiba-tiba tuduh bukan-bukan.. kalau risau sangat pasangan kena rampas cuba yang terbaik dalam hubungan korang..

aku rasa hanya ada beberapa sebab je orang tu rasa terancam...antaranya -
  • kau pernah rampas balak/awek orang tu takut dapat balasan
  • sendiri pasang lain
  • tak percaya sesangat kat pasangan
  • seringkali melukai atau tak menghargai pasangan
  • terlampau bergantung hidup kat pasangan tu takut kehilangan
jadi perbaikilah mana patut ya orang yang rasa tak secure dalam hubungan tu.. kalau masalah itu begitu menggugat hidup korang sampai terjejas hubungan yang terbina sekian lama cuba bawa bincang dengan partner.. jangan memandai nak menuduh orang lain..entah-entah pasangan korang sendiri ada masalah..

selalu instinct aku tepat.. aku pernah rasa ex aku ada orang lain..tup tup betul pun.. tapi sebab bodoh bagi jela chance.. alih-alih makin dipijak kepala.. so orang macam ni jangan bagi muka dah.. jangan ingat orang yang kita sayang tu selamanya akan baik dengan kita.. dalam diam boleh jadi gunting dalam lipatan..

sila bersangka baik pada orang sekeliling.. tiada siapa yang nak rampas couple kau.. ingat manusia ni semua nya keji ke? hahahha lainlah kalau dulu kau selalu buat orang macam tu sebab kau jenis dengki tak boleh tahan tengok orang bahagia tu yang try market rampas.. lama-lama perangai haprak kau sendiri makan diri.. maaf kalau ada terasa.. cuma fikir baik-baik bagi yang dalam situasi ni.. kalaulah couple yang kau dapat sekarang dengan cara merampas hak orang.. kau tackle dia then buatkan dia tinggalkan couple dia dulu.. tak terdetik walau sekalipun yang orang tu akan buat benda sama kat korang ke?

dahlah pandai-pandai fikir sendiri.. kalau duk jealous memanjang tak guna.. nanti sudahnya couple kau sendiri terabai.. aku pun jenis bukan kaki rampas orang punya.. dan aku rasa kawan-kawan yang aku ada sekarang pun bukan kaki rampas.. kitorang tahu back off bila orang tu dah jadi milik orang lain.. cuma kalau ada jodoh tak ke mana juga.. hahhahahahhah apa pun berundur bukan sebab kalah tapi sebab rasa hormat kat hubungan orang lain tu wujud.. perghhh bertamadun gila kan kitorang ni..... :)

make it simple.. tak semua orang duk hingin kat couple kau.. ingat kitorang ni takde maruah ke.. tak reti fikir.. tak semestinya citarasa kau A, citarasa aku ke siapa-siapa pun A.. kalau orang tu kawan je ke bual dengan couple kau kira nak dia eh? narrow minded gila kau.. kau hidup dalam zaman apa ni? pernah dengar komunikasi antara manusia untuk kesejahteraan bersama..? itu sahaja yang berlaku gamaknya tiada terlintas di fikiran nak punyai hak orang.. tapi kalau korang putus.. mungkin baru kitorang bertindak kot..hehe.. gurau je ^_^

p/s : alamak ada crush kat Kim Hyun Joong.. hahaha

surat untuk ex-BF(s)

Assalamualaikum..

sihat tak? ada rasa semacam ke aku tulis surat ni..
tapi jangan risau ni surat layang je.. kalau sampai kat kau sampailah..
kalau tak.. kira takde rezeki kau baca..

cepatlah jawab sihat tak.. haha.. main paksa-paksa pulak kan..
tujuan aku tulis surat ni bukan nak menggugat hubungan korang eh..
kalau adalah ex aku sekarang yang dah couple..
dont woryy be happy.. sebab aku pun happy dengan hidup aku ni..
erm riak ke aku? mana ada bersyukur je..apa ingat korang je boleh happy ke..
eih tak percaya? yelah tak semestinya lepas hubungan kita putus je dunia aku hancur..
kalau hancur takdelah sampai korang ni jadi bekas-bekas kekasih..mesti aku guna ayat single je bukan plural pun kan.. tengok ada logik tak kat situ..

tak lah mana ada playgirl.. aku cuma ikut cakap korang je lepas putus.. supaya aku cari orang lagi baik yang boleh bahagiakan aku.. sebab tu ada percubaan beberapa kali dalam bercinta..
jap jap kenapa aku kena terangkan hidup aku kat korang.. bukan korang kisah pun kan..

so balik pada point asal.. aku nak cakap kat korang ni...
thanks lah ye hadir dalam hidup aku walaupun sekejap ke ada yang lama tu..
sori weh waste masa kau pulak.. pulak tu kalau feel masih stick sampai now..
bukan salah aku.. tu semua kan kehendakNya.. jadi nak suruh aku patah balik pun tak boleh..
benda dah jadi.. semenjak dua menjak ni.. fikiran aku dah jadi clear.. tahu hikmah disebalik semua ni..

aku tak salahkan koranglah..korang pun jangan salahkan aku.. kata kosong-kosong..
kalau tak bazir jela kredit aku hantar sms tapi kau still nak simpan amarah kat aku..
aku ucapkan terima kasih bebanyak sebab bawa aku meniti alam cinta ni..
cewaaahhh walaupun tak cemerlang tapi aku kira dah pro juga kenal-kenal orang ni..
tahu nilai kaca dan permata... aku pun dah reti beza antara minat, sayang, cinta atau sekadar main-main..

kalau korang masih ada simpan geram, benci, sakit ke apa kat aku..
aku tak mampu buat apa-apa cuma minta maaf je buat kau rasa macam tu..
aku sedar yang aku ni jenis orang yang susah nak puaskan hati kau 24 jam..
dah lah dengan kedegilan aku ni.. sikap sengal yang aku sendiri suka..
maksud aku, aku terima diri aku sendiri... tapi malanglah kau tak terima aku seadanya..

silap juga sebab terburu-buru dulu.. yela dengar je janji yang kau lafaz aku berbunga tu percaya je..
eihhh tak lah aku tak cakap kat kau.. aku cakap kat ex lagi satu.. lah kau panas? asal takkan kau terasa..
kau kan jaga aku baik punya.. junjung macam puteri cuma tengah jalan kau sendiri putus asa sedang aku cuba tarik hubungan ini melangkah sejauh mungkin.. bukan salah kau kalau kau tak de perikemanusiaan..
kita tak boleh paksa orang sayang kita kan.. tak pe aku cukup memahami semua ini..

dah cukuplah kau ni tak habis-habis nak meng-condemn aku.. kan kata ni surat secara pukal untuk bekas-bekas kekasih aku.. kau hentikan drama dan dengar sahaja kata-kata nista yang tercipta untuk menghargai kehadiran kau...

apa lagi ye aku nak cakap? berdebar pulak.. aku rasa tak selesa cakap depan-depan bukan kau dengar pun malah kata-kata ini hanya dianggap promosi diri menarik kau lebih dekat pada aku ataupun sekadar kata hamburan mengeji kau.. tu lah nampak sangat kau salah.. aku cakap ni dengan ikhlas.. again terima kasih atas sokongan kau membantu aku dalam menghadapi dugaan hidup dulu.. sehingga kini aku bisa berdiri sendiri tanpa family dan rakan pun aku tak mampu menangis walau besar mana rintangan hidup sebab aku dah mind set takde apa lagi buruk selain perbuatan kau mungkari janji.. ini cuma salah satu cara aku terus hidup je ..

hati aku lembut sangat kot.. aku tak mampu maki atau apa.. malah aku doakan kau bahagia dengan cara kau.. setelah apa jadi hidup aku ternyata lebih baik dari dulu.. Alhamdulillah aku makin dekat dengan NYA, family dan rakan.. fokus aku pada yang lebih penting terbentang luas depan mata.. sampai sini saja bicara madah untuk korang.. As'salam dan jaga diri baik-baik ye makhluk tuhan yang penting dalam hidup aku suatu ketika dulu.. moga korang beroleh kejayaan dan keberkatan dalam hidup.. ingat ye hidup ini korang tentukan, aku tak layak kata apa cuma aku betul nak korang guna kebolehan korang capai kejayaan :)

kau nak bunuh aku ke?

Assalamualaikum..

kau tak rasa kau kejam ke? kau nak bunuh aku perlahan-lahan.. walaupun aku tak kenal pun korang.. ramai pula buat cubaan membunuh aku ni.. kau dan kau perokok yang tegar ni.. kau kata aku sarkastik? melampau-lampau? tapi cuba kau fikir .. kenapa kau perlu merokok di tempat tertutup... awam.. lagi-lagi yang ada larangan merokok.. kat situ juga kau nak cuba merokok...

kau sedar tak akibat kau kat orang sekeliling? aku tak kisah kalau kau nak jalani cara hidup begitu.. cuma kau menyusahkan aku.. golongan yang lemah macam aku.. tiap kali hidu asap rokok aku akan terbatuk-batuk dan tak dapat bernafas.. tak selesa.. ada lagi teruk dapat asma.. lagi kejam bila orang yang tak merokok pun dapat kerosakan paru akibat hidu banyak sangat asap rokok masa berada di bus top..

aku tak kenal kau pun perokok dan aku tak buat salah kat kau.. kenapa nak buat macamni kat aku? tapi kita selalu terserempak dalam lif.. dalam lif pun kau merokok juga..? ada juga yang konon tak nak merokok tapi sebab masa menunggu lif dia merokok.. lif sampai je memang syabas kau berhenti merokok tapi sayangnya kau rasa rugi kalau rokok yang baru disedut sikit kau buang.. lalu kau biarkan sahaja asap rokok tu menguasai ruang lif.. salah kitorang ke sebab tak merokok jadi kami kena juga jadi perokok pasif dan menanggung risiko kematian dua kali ganda lagi cepat dari korang?

please hentikan kelakuan kejam kau ni.. kalau nak merokok.. merokok di tempat yang boleh merokok.. aku hormat kau , kau juga hormat aku.. kau sendiri fikir wajarkah perbuatan kau ni.. serius sesak gila dada aku dalam keadaan yang sesak.. kau boleh rumitkan lagi .. mana-mana tempat pun kau banjiri dengan perlakuan tak senonoh ni.. kat hospital pun ada je yang merokok.. perghhhh tak nampak sign ke?

alhamdulillah aku punyai rakan-rakan yang menghormati aku masa dorang nak merokok.. jauhi aku yang memang tak tahan dengan asap rokok.. hembus asap ke tempat yang tak kena angin jadi tak pedih mata aku.. tak rasa kelat tekak sedut banyak asap rokok.. tak perlu aku tahan nafas kejap-kejap.. jadi contohilah mereka ini yang masih nak merokok tapi fikir juga orang lain.. aku tahu tak mudah nak berhentikan tabiat rokok ni tapi cuba merokok di tempat yang sesuai ye perokok sekalian ^_^

laki boleh jadi sweet bila

Assalamualaikum..

bagi aku laki ni boleh jadi sweet, super duper cool and kelakar gila bila dia suka girl tu..
bukanlah dia jadi dungu ikut je apa yang girl tu nak.. tapi melihat pada dia berlawan dengan ego and kenakalan dengan girl tu memang buat aku tersenyum sendiri..

sama ada yang aku tengok aksi laki ni ni poyo-poyo dengan kawan aku ke apa.. memang lebih kurang sama trait nya.. giler kelakar weh.. lagi tak leh blah biler ayat sengal yang dikeluarkan.. bukan ayat jiwang karat tu eh.. tapi ayat yang macam tarik tali.. kat sini baru adventure.. orang kata laki je suka girl yang susah nak dapat.. ada juga girl yang suka pada alki yang ego dan susah nak cair.. vice versa kot..

korang tak rasa ke sweet je laki tu suka kat sorang minah ni tapi tak pernah bagitahu perasaaannya.. just dia akan selalu buat tindak tanduk yang macam senyap-senyap tolong girl tu.. nampak je keras hati padahal lembut bila hal berkaitan girl tu.. dalam diam simpan perasaan tapi sebab ego saja poyo-poyo dengan perempuan tu.. buat macam tak rasa apa tapi memang biasa sifat girl yang lampi sikit nak agak girl tu ada feel jugak kat dia sebab girl ni asyik fikir asal laki ni layan dia buruk...

korang tahu tak satu kebenaran.. girl mudah tertarik pada laki nakal kot.. sebab laki ni nakal selalu kacau dia.. kira selalu je lalu lalang dalam hidup perempuan ni.. sebab tu lama-lama secara tak sedar dalam hati perempuan ni dah ada pun space untuk dia.. cuba korang stop kacau jap girl ni.. mesti dia rasa 'eishhh ada je tak kena hari ni.....' tak pun gelisah risaukan laki tu 'kenapa ye dia lama tak kacau..ada masalah ke atau dia ingat aku tak suka dia...'

biasanya orang selalu kaitkan laki yang suka kacau girl macam teased dia entah pape normally ada crush kat girl tu.. aku tak tahu ini betul tak sebab aku bukan laki.. korang boleh jawab untuk aku? cuma dari pengalaman aku dan kawan-kawan aku.. memang macam tu pun... haha nak juga selit pengalaman sendiri kan ..

korang setuju tak kata-kata aku ni yang laki sweet masa dia cuba nak takle girl dengan cara yang sedar tak sedar je...? kalau orang minat korea mesti setuju.. sebab kita asyik tergelak part laki ni jeles kat girl ni and asyik marah kat girl ni je .. tapi tak nak admit dia sayang.. semua orang pasti setuju laki ada ego.. tapi kalau perempuan yang ada ego pasti lagi tinggi egonya dari laki.. okay akhir pertanyaaan dari aku.. korang rasa laki sweet masa bila?

p/s : lagi 1..pengalaman berharga bagi seorang wanita ialah mendengar kalimah 'aku terima nikahnya' dan itulah moment laki dianggap sweet gila babeng punyalah...+_*

single vs couple

Assalamualaikum..

erm ni kira part dua atau sambungan entri sebelum ni kot....eihh ada part part pulak.. banyak masa aku tak payah ulangkaji ke.. giler tak sangka ada part.. mungkin malas nak buat entri panjang-panjang.. so, entri ni fokus pada isu tertentu.. berkisar lebih kurang pengalaman sendiri dan rakan-rakan.. melihat pada orang sekeliling punya trademark dalam bercinta...

kawan-kawan aku termasuk aku sendiri bersetuju sangat lebih baik bernikah terus.. ye kurangkan bab-bab percintaan itu kerana takut sia-sia tak ke mana dan hanya menjurus kepada kebosanan akibat couple bertahun-tahun lamanya.. lebih parah bila dah masuk tahun keempat lima enam tu.. kita okay lagi maintain setia walaupun meter hati nak je pergi ke E.. tapi bila tepuk dada tanya selera takde orang lain yang boleh ambil alih tempat dia dan tengok dia pun macam bersungguh-sungguh je setia.. tup tup dalam diam orang tu pasang lain.. takat pasang dua pun dah melampau ini dia pasang tiga empat lagi.. amboi test market nampak...

kejadian di atas sudah tentu kita tak nak terjadi kat kita bahkan kita tak mahu kawan-kawan rasa sedih kita entah dapat orang baik ke tak.. memang betul dah takdir tu takdir juga tapi kita kena usaha dapat terbaik.. jadi pilihan mudah ialah stay single sampai kita betul-betul pasti untuk izinkan orang mengetuk pintu hati.. aku dulu couple juga berapa kali tapi pengalaman last buatkan aku sedar yang aku ni memang degil..

aku baru tahu yang couple itu dosa dan datangkan banyak masalah.. lagi pun couple tu macam perkara biasa.. dan kalau kita dalam golongan single macam-macam orang kecam.. and macam tak guna pun, aku single pun orang tak percaya.. eishh geram ni... aku available lagi taw.. hahaha tapi aku tak menyesal apa berlaku.. tu semua dah matangkan aku.. mungkin nak bagi halal sikit hubungan tu naik taraf jadi tunang.. tapi ingat tunang tu bukan advance untuk buat lebih-lebih..

aku bukan nak provoke yang mana lagi best.. kan nikah itu sunnah nabi.. dan kehendak wawasan 2020 nak ramaikan penduduk bagi 70 juta.. so kalau korang nikah timang cahaya mata banyak-banyak ramaikan umat kita disamping berbakti kepada negara.. cuma bagi aku sendiri.. terbaik untuk aku adalah single pun ..thanks to him juga lepaskan aku supaya aku lebih fokus study now.. reti manage diri.. memang extra berdikari lagi..kalau aku tension nak merungut ke nak manja-manja.. family ada dan kawan yang setia sediakan telinga dengar aku bebel.. aku harap juga kalau title single tu hilang.. aku tak kan lupa pada kawan..aku juga tak gemar individu yang cuma time susah, takde couple baru cari kita.. kalau nak lepak sama boleh-boleh ada je couple dia follow sekali.. faham-faham lah kalau outing tu gegurl je tak ke aku dan teman lain rasa ganjil tak selesa nak open topik apa-apa..

lagi satu nak point out, memang betul bila single ni kita lebih sedar diri.. berpijak pada dunia nyata.. alhamdulillah takat ini aku tak pernah menangis kecuali masa layan korea.. hahahha itu bermakna hidup ni happy.. emosi balance.. bukan takde masalah cuma tak serabut sangat.. tak perlu entertain orang lain atau nak jaga hati orang je.. so gunakan masa single ini sebaik mungkin untuk belajar kenal diri.. hormati hati , perasaan dan diri kita sendiri baru orang lain pun hormat.. so memang single, putus cinta dan menular sana sini bebas cuci mata enjoy hidup study U ni buatkan aku matang ..
terngadah juga dulu kelam kabut tak tahu nak buat apa tiba-tiba biasa couple dah single nak buat macam mana dengan baki hidup.. perghhh short mind giler...

okay korang fikir sendiri mana terbaik dalam hidup korang.. ini cuma pendapat aku.. maaf kalau ada yang terasa.. kalau yang fikir 'eleh sebab kau single tu kau kata camni.. cuba kau couple ada kau rasa macamni..?'
ye aku ada rasa begini sejak aku couple pun.. sepatutnya konsep couple tu tak membataskan kita untuk jalani hidup kita.. ingat couple je pun bukan kau dah nikah.. time tu tanggungjawab lagi meluas.. tapi sebab banyak yang couple lebih-lebih macam dah beranak cucu tu jadi masalah.. dulu aku pun tergolong dalam tu juga.. rasa betul kata orang.. kita fikir kita dah matang sehingga sesuatu peristiwa menimpa baru kita sedar apa yang bergerak disekeliling kita.. okay fine ni kata-kata aku sendiri.. hahaha.. tapi sahih dari pemikiran yang mengalami pengalaman tu.. setiap benda ada baik buruk kan.. ok itu je.. tata xoxo +_^

p/s : aku juga tak kata single ni aku tak simpan feel kat siapa..
enjoy juga minat-minat orang ni..haha

single

Assalamualaikum..

single? perlu ke jerit kejap.. *lari ke tepi 'arghhhhhhhhhh singleeeeeeeeeee'
okay cukup.. hentikan segala perangai haprak yang merasakan single ini menyebabkan hidup korang sunyi..
apa ingat orang couple tu tak rasa sunyi ke.. kalau tak masakan asyik *satu voicesms diterima 'abangggg ,u kat mana.. dah habis ke main bola tu.. i bosanlah.. kawan-kawan malas layan sebab dorang cakap I cari dorang bila U busy jerr.. cepatlah mesej I.. rindu niiiii.. bosan sangat...' teeetttttt kat situ boleh lihat dorang ni rindu ke bosan takde teman?

jangan jadikan persekitaran punca korang tergesa-gesa nak couple.. jangan sebab orang cakap 'eihhh minah tu single mesti tak laku...' ataupun kerana kata-kata makhuk yang dengki korang boleh enjoy hidup sedangkan dia terkongkong 24/7 WAJIB mesej bf 'Ramioh, kau ni apa lah best single, tengok aku hidup enjoy boleh aku tanggung balak aku.. dari kau sara hidup sendiri takde hala tuju.. duit aku best je dihabis balak..sharing is caring maaaa' *sarcasm terlebih pulak en..

harap maklum ini bukan entri nak psiko diri atau nak menyedap hati yang single bahawa life single ini best.. juga tidak menghalang mana-mana pihak yang tengah couple untuk terus couple.. di hati aku juga mendoakan orang sekeliling aku kekal bahagia dengan tersayang.. cuma aku harap yang tengah couple tak melalui pengalaman seperti kata-kata diatas...

baik berbalik pada topik... bagi aku, sebagai student yang baru usia mentah dalam alam pengajian di U memang patut enjoy life ni.. bayangkan boleh terlibat dengan aktiviti macam-macam, kawan banyak mana pun tak de siapa larang.. kita pandai-pandai jaga batas.. bukan aku nak kata orang tengah couple hidup dia tak aktif kat U cuma at one point betul ke tak pernah langsung awek ke pakwe yang cakap ' ayang, B tak sukalah ayang join aktiviti lasak, lagi pun banyak jantan akan kacau ayang.. B lagi tak suka ada mamat Jambu top kat dalam group tu.. bajet giler ingat handsome sangatlah tu' melihat pada situasi ini, laki ni cuba kongkong si Gadis, nak buat benda dia minat pun susah.. cemburu buta dan kurang keyakinan pada Gadis lagi teruk boleh mengutuk orang slumber adab depan awek.. tahu tak perempuan act tak suka laki kutuk boy lain depan dia.. nanti macam tiba-tiba rasa yelah tu ke awak je jealous.. *ni berdasar apa aku rasa dulu

bukan aku kata cemburu itu tak bagus.. bagus tapi kena berpada-pada.. jadi bagi yang single.. ada juga rasa cemburu tapi sebab sedar diri maka takat jealous pada orang yang diminati ala kadar sahaja.. jangan anggap orang single ni tak laku.. ada saja orang single aku kenal yang ternyata hot-ramai minat-kelakar-sporting -ngetop dan paling penting tak memilih.. ni sebab dorang ni memang sengaja nak menilai hati budi orang lain secara mendalam.. kira tak nak sia-siakan masa dengan orang salah tak pun memang nak enjoy hak yang dimiliki orang single..

tahu tak apa yang single boleh buat? boleh kekalkan kredit RM 5 dalam tempoh seminggu sudah pasti tanpa spend pada pasangan borak hal remeh 'imy, imy2.. ily..ily2.. watpe.. makan.. ouh..mana..rumah..ouh k..' aku tahu sangat topik tu hambar weh.. balik-balik tanya benda sama.. 5W 1 H mesti habis digunanya.. kecuali couple yang anggap pasangan macam member gak jadi mesti fun je realtionship tu.. bagi yang single pulak akan habis kredit untuk family dan rakan serta perkara penting lain.. rasa menghargai dan dekat dengan orang sekeliling tu terjalin erat bukan tertumpu pada couple je lagi.. bayangkan korang dah lama single selalu outing dengan member2 dan bila dah couple pun tak jakun sangat bila dah couple so still lepak dengan kaawan.. bajet kawan tak terharu ke? korang tak lupa member, reti bahagi masa antara kawan dan couple.. 

jadi masa single ni bukan sahaja suka-suka itu untuk sediakan korang bagi lebih komitmen masa couple nanti.. lagipun life yang berharga sangat selain kat sekolah ialah kat U.. masa U ni bila aktif join aktiviti memang rasa priceless giler.. takut kalau ada couple nanti orang tu tak faham kita je.. dan mendesak untuk teman dia 24/7.. masa untuk study takde, sendiri nak rehat susah.. so kalau dapat couple yang boleh bagi korang apa aku cakap ni.. galak sangat jangan tinggalkan dia.. kira memang bertuahlah korang ada couple yang sangat memahami.. 1 dalam 10 tu.. haha

conclusion sementara singel tu sifat jimat dipupuk, maintain hubungan dengan manusia lain dan happy .. sayang diri sendiri dulu sebelum belajar sayang orang lain.. ^_^

thanks blogger yang rajin share video

Assalamualaikum..

kelakar tak kalau aku kata yang aku ni bukan rajin cari lagu kat youtube ke apa.. sila jangan jawab.. aku sedar memang ngok ngek tapi ke-busy-an tu mengekang aku.. cewahhhh
aku pun jenis bukan akan download lagu tu ke lappy.. sebab takut virus berlambak berkepuk-kepuk pesta dalam hard disk ni.. TAPI ironiknya aku rajin pula usha blog orang dengar lagu berjam-jam..
dan aku sangat menghargai dorang share lagu.. selalunya kat FB dulu ada aje orang share lagu tapi now macam kurang sikit.. so tadi aku singgah blog TERFAKTAB.. bagusnya dorang share lagu yang memang selama ni aku dengar tapi tak pernah tahu apa tajuk.. erghhh rasa macam giler loser betul.. tak mengikut perkembangan kan...

lagu yang aku maksudkan ialah lagu ni.. usha video yang ku import khas dari youtube.. ^_^



so kepada blogger yang memang uptodate dengan lagu-lagu yang seringkali berkumandang di radio jangan segan silu untuk share... jasa anda amat dihargai.. kalau lagu-lagu rentak macamni memang sedap layan time tension ke konon nak bagi kusyuk jaga buata signment.. kalau layan kat bilik sendiri-sendiri tak pe.. nak gerak-gerak ss pun lantak koranglah... okay enjoy lagu ni.. dan again share jela lagu yang korang suka ke.. mana tahu kita sehati agak kurang sejiwa boleh terkenan lagu sama.. xoxo tatatatatattatatta +_*

link beberapa blog yang best part 1

Assalamualaikum..

hari ni aku nak share bebapa blog yang memang selalu sangat aku tak miss entri nya.. oleh sebab memang best betullah penulisan dorang ni.. dan biasanya mesti orang kenal siapa mereka.. kalau aku pergi masuk blog ni.. ada link kan juga ke blog lagi satu..

antaranya yang bagi aku top-top.. boleh belajar sesuatu..
blog yang banyak info, entri menarik.. tak kering gusi gelak.. harus dijelaskan aku bukan ratingkan atau buat ni num 1 best yang ni kedua bla bla bla.. random susun je ni..
  • Mr. K - isi yang mengena sangat, salute entri-entri yang ditaipnya
  • HentakSuara - gabungan Hentak Berlipat dan Peti Suara.. memang korang wajib terjah
  • Lord Zara - siapa tak kenal cikgu yang penulisannya sarcasm.. hehe
  • Hanis Zalikha - bersahaja dan nampak matang dalam penulisan
  • Zack Zuhairi - blog realiti konspirasi yang best, kartun menarik
  • Maria Elena - vlog nya cool
  • Fatin Liyana - bakal Doc yang sangat sempoi gua cakap lu :p
  • Diana - blog Hot Chocolate And mint super duper gorgeus.. sangat detail mix and match
  • terfaktab - yang menggabungkan beberapa penulis best
  • Nabil Aizat - banyak resepi yang di share empunya blog
  • Cik Epal - penulis yang aku rasa menghargai sangat orang sekelilingnya
  • Hamzah - kelakar dengan lukisan yang sengal.. terbaik lah derr
okay.. ada blogger yang korang kenal? lagi satu jangan lupa terjah blog Ben Ashaari.. btw, tahu The Scarleff? yeah almost all of them memang aku follow.. macam blog Kak Adriani dan Shea.. suka style dorang..

aku juga setiap kali akan terjah ke blog Asilah.. dia ni member aku dan memang aku suka baca entri dia.. rasakan jujur dari hati seorang perempuan menulis sesuatu.. manakala blog akak Fariza ada macam-macam isu yang dikupas.. kalau korang jenis tak nak beli paper boleh terjah ke blog Lulu sebab entrinya memang terkini je..

kepada blogger yang merupakan guru atau bakal guru boleh join blog ini.. dan ada satu blog baru aku singgah beberapa hari ni iaitu blog Iz.. betul kata Petisuara best blog dia ni..

jadi ni antara blog yang wajib aku baca setiap kali dorang post entri baharu.. aku follow bukan sebab orang follow atau dorang ni kenalan ke apa.. tapi memang entri dorang best.. korang boleh click mana-mana suka dan aku gerenti terbaik jela entri dorang..

ada je blog lain aku follow.. but next entri aku share link ye.. banyak sangat pulak blogger punya link kat entri malam ni... ada juga blogger baru yang memang best entri nya tapi takde follow sebab sikit orang follow kot.. nanti aku bagi link okay... hehe.. kalau korang rajin google sendiri blogger lain... ok tata xoxo +_*

p/s : aku nak share blog lain yang aku follow tapi takut kena marah
        yela mana tahu personal cuma untuk rakan2 tahu jeke..

best song for orang yang pasrah

Assalamualaikum..

dikala ingin berjaga buat asignment atau study.. ke nak karok mestilah lagu ni dilayan...
kerana kita mesti feel lebih punya.. bagi yang ada pengalaman macam ni mesti hati tersentuh je masa dengar lagu ni.. aku tak ingat pernah share tak lagu ni kat blog.. arghh lantaklah sama-sama layan.. aku rasa korang minat juga lagu ni... aku agak jela.. siapa tak minat lagu ni sila layan juga dengan mood yang ingin mem-feel lebih.. enjoy ye lagu ni.. for suka-suka je :)


Dadali - disaat mencintaimu.. memang aku suka sangat lirik lagu ni.. dengan rentaknya.. sangat umph.. ingat lagi masa lagu ni femes.. orang duk share je ke FB..


ni pula lagu OST Lagenda Budak Setan.. ada tajuk dia..
entah apa aku lupa lah.. apa pun lagu ni aku suka female version..

totally aku sangkut dengan lagu ni.. mengena dengan feel aku.. entahlah bila ye aku takkan lagi rasa terkena dengan lirik ni... hayati jela lirik nya ... aku harap aku takkan kehilangan orang yang aku cintai.. maksud aku family dan rakan-rakan masih disisi menyokong dan menerima aku seadanya.. for patner hidup pulak hurmm not much i want to comment just prefer keep it silent cause maybe it is the best way .. xoxo tata +_*

surat untuk future BF

Assalamualaikum..

kepada bakal bf..

aku nak cakap beberapa perkara ni.. erm perlu ke aku bahasakan diri manja eh dengan kau? ke nak bahasa saya awak? tak pe lah kan.. sebab salah satu point aku nak cakap nanti pun pasal nama panggilan ni..

so, hari ni nak cakap sesuatu.. erm kita tak payahlah formal sangt.. mana tahu nanti jadi juga suami isteri.. hurm ada jodoh tak ke mana ye idak.. ehem ehem.. okay may i continue? strictly inform u first..this letter maybe sound demanding or whatsoever.. and u can call me rude or lurus bendul tapi inilah isi hati aku..kiranya this i call it regulations before purchased something SO you must know first babeh.. :)

  • takpe kan kalau pakai aku kau..sebab bahasa itu mulia disisi-NYA
  • kalau nak manja-manja aku suka kau panggil nama penuh. kira hargai nama aku tu :)
  • takperlulah nak tag manja-manja kat FB sebab nanti orang menyampah pulak.. kalau dorang takat menyampah saja-saja takpe buatnya dorang doakan hubungan kita tak kekal.. hah macam mana..
  • so, apa nak borak tu biar private jela tak perlu tayang satu dunia.. i tahu u sayang i kan so keep it to us only
  • boleh tak kalau kita bual macam member-member.. barulah rasa dekat.. i nak jadi kawan u juga kata girlfriend kan..
  • i ada kawan.. so U pun sama.. masing-masing ada aktiviti tersendiri tak payah kepit 24 jam.. nanti u cepat rimas, I juga bosan kan susah tu..
  • eih apasal I U ni.. tak pe lah halal jela janji U paham isi hati I then nnati I akan belajar paham U
  • u terima I seadanya kalau tak I kan panggil U buncit dengan nada bukan manja tapi mean it..U tak boleh marah.. sebab U tak sedar yang U tu Buncit, Bushukkk tapi I boleh je understanding jaga maruah U tak maki depan member keburukan U..
  • jangan bawa aku ke rumah berjumpa keluarga kecuali bila kau setuju nak bincang hal nikah
  • nak beli hadiah untuk aku? layan aku special umpama puteri? aku harap kau layan family kau begitu juga.. utamakan famili kau dari aku..
  • aku tak nak rampas life kau selama bertahun-tahun ni.. mana-mana kawan kau kekal kawan kau.. dan aku juga ada life aku cuma ingat border kita.. kita kan couple yang sweet gitu.. hahaha
  • terima kawan I, jangan dok kritik dorang sebab U tak kenal pun dorang cam mana.. kalau I boleh je terima kawan U so kena equal kan..
  • pasal duit pulak toksah lah nak kira.. aku cukup menyampah bab ni.. kalau keluar kita kena tong tong bayar.. kalau kau ada ego tak nak aku bayar, kau kena ingat aku ni juga bukan kaki kikis.. bagi aku bullshit je laki kena bayar semua masa keluar.. persyaitankan semua itu sebab kau BF aku bukan tukang sign duit kat bank negara
  • aku tak menyekat kau nak kawan dengan siapa kat laman sosial jadi jangan sesekali kau nak jeles tak tentu pasal aku borak dengan member sekolah lama..
  • aku jenis yang memang slumber dengan kawan-kawan jadi jangan minta aku ubah diri..ingat rules terima aku seadanya tadi.. btw kalau kau takleh terima aku apasal kau nak pulak couple dengan aku..
  • jangan risau aku nampak je kasar camni, tapi hati aku ada taman.. maknanya aku sangat sensitif dan susah nak benci orang.. aku harap kau takkan jadi orang yang pertama aku benci
  • masa depan.. tak guna kita cakap lebih-lebih kalau ada rezeki masuk minang terus.. actually aku tak suka couple bagai nanti putus.. buang masa kan.. so apa kata kau couple dengan aku sebulan nanti minang..hahahhahaha psiko pulak
  • aku juga suka makan banyak dan tak suka bazir.. kalau kita keluar nanti sila pastikan perut kau kosong.. sebab aku suka tengok kau makan banyak-banyak dari aku..
  • penampilan diri.. maaf ye aku jenis pakai apa aku selesa.. dan aku memang automatik akan suka apa je kau pakai..
  • kalau kau nak curang.. bagitahu awal-awal.. tak payah bazir masa aku.. dan sila pastikan kau luang kan beberapa minggu dengar aku menangis bebel macam mana hati aku hancur kau buat and selama lepas setengah tahun lepas kita putus gigihkan diri hari-hari berdoa aku lupakan kau
  • aku perasan kalau sehari asyik texting takde komitmen lain.. jadi kita limitkan sehari seringgit lebih jela kredit habis.. jimat pun jimat nanti boleh pupuk sayang.. haktuihhhh :P
  • kau tak perlu suka apa aku suka cuma jangan nak kongkong lebihlah..
  • sila jeles setakat mana yang mampu dan aku akan buat begitu juga konon cemburu itu sayang kan
  • pastikan kau ada ruangan untuk simpan barang-barang bakal aku bagi.. jangan risau aku tak bazir beli hadiah cuma hand made je khas untuk tunjuk hati aku ikhlas..
  • please galakkan aku rajin study, itu fungsi utama kau .. jadi motivater bukannya perosak aku untuk capai cita-cita
  • jangan janji sebarangan kalau kau tak pasti mampu tunaikan sebab itu cuma menambah harapan dan kalau aku kecewa nanti aku akan lagi meragui perasaan kau
  • tetaplah syarat apa pun untuk aku, kalau tak langgar syarak dan itu demi kelangsungan hubungan ini akan aku turuti bakal BF ku
so akhir kata dari aku.. ya siapa pun engkau, aku akan sayang kau seikhlasnya kalau tak masakan kau jadi bf aku.. aku akan cuba hargai kau sebagaimana aku hargai kawan-kawan aku,, jangan rasa tahap kau rendah sebab sayangnya aku pada kawan-kawan aku melebihi segalanya cuma tahap mereka rendah sedikit berbanding keluarga aku.,. dan aku harap kau takkan buat aku lali terhadap keluarga aku.. lainlah kalau kau suami aku mesti lah on top of all aku melebihkan kau.. syurga di bawah tapak kaki kau tu.. maaf ye bakal GF kau ni kasaq je bahasanya,.. tapi kau ingatlah aku jujur mengatakan ini.. ^_^

macam inilah kalau aku ada BF lagi sekali.. tapi hampeh je untuk sekarang.. haha boleh mengarut macam ni jela... mesti laki fikir ganas, poyo giler.. tapi aku harap betul kalau aku jalin next hubungan memang camni.. nak sempoi-sempoi je.. malas lah fikir bagai.. buat apa penat-penat.. enjoy hidup dengan cara sah sudah .. hahhaha :)