aku kini shopaholic bukan takat window shopping

Assalamualaikum..

ngeee aku dah upgrade diri ke tahap yang pembaziran ke apa ni? bukan lagi takat window shopping yang suka jalan-jalan cuci mata usha barang tapi dah gemar memberli-belah pulak.. aku cuba tunaikan beli barang yang aku nak.. well kata nak jadi cikgu mestilah penampilan pun kemaskan.. mana boleh takat pakai capal, baju tidur pergi kelas... mesti ada wedges tak pun paling koman kasut.. tahu kasut? bagus !

bagi aku shopaholic ni penyumbang ekonomi negara.. kalau kitorang tak beli barang, mana nak datang ekonomi yang baik.. kan kan.. kira kami me-rolling duit juga tu.. ekonomi berkembang gaji naik bila gaji bagus boleh lah shopping lagi.. hehe.. :)

so sebagai pembeli-belah yang tegar memang tak sah kalau merayap tak beli barang.. atleast tak sia-sia berjalan.. buat apa takat jalan penat habis masa tapi tak capai matlamat.. kalau nak kurangkan kegiatan cash out yang terlampau.. listkan barang penting je.. aku ni bukan shopaholic kategori suka membazir tapi lebih kepada bermatlamat.. contohnya, kalau aku nak keluar pergi pasar malam.. dah target nak beli tau fufa satu, shawl satu dan char kuey teow satu.. kalau aku tak jumpa barang aku nak.. aku takkan beli dan sekiranya jumpa pun shawl kena juga tapis mengikut citarasa, harga dan customer service..

jangan ingat korang ni dianggap shopaholic dengan beli pakaian je.. jenis beli mesin basuh ke perabot, perhiasan rumah pun sekaki je okay... back to point tadi..maksud aku.. kalau shawl tu smart , warna pun boleh blah kira pass.. pastu usha pulak harga macam berpatutan tapi kalau kedai tu punya customer service tahap cipan.. lupakan sahaja.. ini demi mengajar orang tu bersopan santun.. budi bahasa kan budaya kita.. takkan orang tu dah pandang macam kita ni manusia cikai yang takde duit ada hati nak usha barang dia pun still kita nak beli.. abah aku pernah je kena macam ni.. nak beli barang salesgirl buat dunno je sudah nya abah aku dilayan oleh seorang girl lagi.. mahu mencanak muka dia tengok perempuan tu dapat komisyen tinggin sebab abah aku beli banyak..

ok lah dah macam lari topik.. last but not least,... berbelanja mengikut kemampuan ye.. toksah ikut orang nanti sudahnya makan nasi lauk sambal belacan je.. eh wait belacan tu kira lauk ke? argh hentam lah nak tunjukkan contoh kira daif sangat akibat berbelanja keterlaluan.. xoxo tata +_*

No comments: