aku pelajar jenis?

Assalamualaikum..

ada macam-macam jenis pelajar.. dan kategori pelajar pula ada berbagai.. antaranya ialah pelajar tadika, sekolah rendah, menengah, pelajar sekolah kluster ke bestari atau sekolah khas.. pelajar matrikulasi.. pelajar IPTA mahupun IPTS.. aku kategori pelajar IPTA yang menuntut dalam negeri.. haha nama pun IPTA mestilah dalam negeri ye idak... dan aku pelajar pendidikan.. kiranya bakal jadi guru..

tapi aku ni pelajar jenis apa?
meh aku habaq ... yang aku sedar je lah aku ni jenis camni.. ^_^
  • pelajar yang baca sesuata nota dua kali sahaja
  • masa nak exam mesti buat hadiah untuk tersayang
  • malam sebelum exam akan habiskan satu siri cerita korea
  • 6 jam sebelum dateline asignment aku akan chat dengan bff
  • 3 jam sebelum dateline aku akan fokus buat asignment kerana idea datang mencurah-curah
  • pelajar yang akan bangun sejam aawal sebelum kelas tapi keluar rumah 10-15 minit sebelum kelas mula sebab aku rasa tak perlu bazir masa banyak-banyak tunggu kelas start kot ..hehe
  • makan nasi lauk paru kadang-kadang petang jamah keledek demi jimat duit
  • pelajar yang jarang iron baju tapi bila malas gila nak ke kelas semangat pulak bersiap bagai
  • hari weekend akan dihabis dengan online, makan dan tidur di bilik
  • pelajar yang suka sangat pesan kat orang lain jaga diri
  • pelajar yang almarinya dipenuhi pakaian warna purple
  • jarang-jarang berbedak dan mekap tapi bila singgah pasar malam beli juga make up
  • jenis mendengar kuliah lect sambil makan keropok tanpa salin nota
  • menghabis masa lapang selepas kelas dengar lagu korea, online padahal masa kelas mengadu ngantuk
  • selalu simpan kad matrik dalam bas takut nanti dalam usaha naik bas tag rosak
  • masa naik bas, tak berebut cuma ditolak rakan-rakan lain sampai ke pintu bas :) untung orang kecil
  • menghias bilik dengan usaha semangat nak belajar
  • hari yang cuma punya cuti am sehari dihabiskan dengan balas dendam tidur kemudian baru mengemas
  • pelajar yang suka sangat membaca blog orang sehingga blognya juga terhasil
  • pernah gagal bercinta tapi itu buatkan aku lagi semangat dan kuat
tapi yang paling penting, aku jenis pelajar yang sangat menghargai family, rakan dan kenalan.. aku tak kedekut ilmu.. itupun kalau ada.. dan aku bukan jenis berkira pasal kawan nak pinjam buku rujukan.. apa pun aku memang sangat rindu kan family yang jauh di mata dan bff ku +_*

so, korang pulak kategori pelajar yang pe'el nya cam mana tu? boleh share dengan aku..
kot-kot aku boleeh mencontohi yang baik-baik dari korang ke.. yang baik kita jadikan teladan.. yang buruk buat-buat sempadan :)

No comments: