aku tak ingin rampas dia

Assalamualaikum..

melihat kepada sekeliling saban hari membuat aku fikir kenapa manusia seringkali melontar tohmahan tidak berasas.. siapa disini yang tidak pernah dikecam orang lain bahawa korang sesungguhnya kaki perampas? atau suka mengambil hak orang? walaupun kalau ikut betul orang tu bukan hak dia pun nikah pun tak lepas hanya atas status kata-kata sesama sendiri mengikat hubungan kekasih dah anggap macam laki bini berpuluh tahun.. perghhh meluat pulak...

aku pernah kena keadaan begini berulang kali jadi aku faham apa orang rasa dan memang aku takkan ulang perbuatan keji tu pada orang lain.. walau rapat mana aku dengan seseorang selagi aku tahu dia ada suka orang lain atau dah couple mesti aku takkan lepas had cukup sekadar kawan sahaja.. jadi kenapa orang nak anggap begitu buruk kat orang lain.. lagi aneh bila kita tak kenal pun dia.. tiba-tiba tuduh bukan-bukan.. kalau risau sangat pasangan kena rampas cuba yang terbaik dalam hubungan korang..

aku rasa hanya ada beberapa sebab je orang tu rasa terancam...antaranya -
  • kau pernah rampas balak/awek orang tu takut dapat balasan
  • sendiri pasang lain
  • tak percaya sesangat kat pasangan
  • seringkali melukai atau tak menghargai pasangan
  • terlampau bergantung hidup kat pasangan tu takut kehilangan
jadi perbaikilah mana patut ya orang yang rasa tak secure dalam hubungan tu.. kalau masalah itu begitu menggugat hidup korang sampai terjejas hubungan yang terbina sekian lama cuba bawa bincang dengan partner.. jangan memandai nak menuduh orang lain..entah-entah pasangan korang sendiri ada masalah..

selalu instinct aku tepat.. aku pernah rasa ex aku ada orang lain..tup tup betul pun.. tapi sebab bodoh bagi jela chance.. alih-alih makin dipijak kepala.. so orang macam ni jangan bagi muka dah.. jangan ingat orang yang kita sayang tu selamanya akan baik dengan kita.. dalam diam boleh jadi gunting dalam lipatan..

sila bersangka baik pada orang sekeliling.. tiada siapa yang nak rampas couple kau.. ingat manusia ni semua nya keji ke? hahahha lainlah kalau dulu kau selalu buat orang macam tu sebab kau jenis dengki tak boleh tahan tengok orang bahagia tu yang try market rampas.. lama-lama perangai haprak kau sendiri makan diri.. maaf kalau ada terasa.. cuma fikir baik-baik bagi yang dalam situasi ni.. kalaulah couple yang kau dapat sekarang dengan cara merampas hak orang.. kau tackle dia then buatkan dia tinggalkan couple dia dulu.. tak terdetik walau sekalipun yang orang tu akan buat benda sama kat korang ke?

dahlah pandai-pandai fikir sendiri.. kalau duk jealous memanjang tak guna.. nanti sudahnya couple kau sendiri terabai.. aku pun jenis bukan kaki rampas orang punya.. dan aku rasa kawan-kawan yang aku ada sekarang pun bukan kaki rampas.. kitorang tahu back off bila orang tu dah jadi milik orang lain.. cuma kalau ada jodoh tak ke mana juga.. hahhahahahhah apa pun berundur bukan sebab kalah tapi sebab rasa hormat kat hubungan orang lain tu wujud.. perghhh bertamadun gila kan kitorang ni..... :)

make it simple.. tak semua orang duk hingin kat couple kau.. ingat kitorang ni takde maruah ke.. tak reti fikir.. tak semestinya citarasa kau A, citarasa aku ke siapa-siapa pun A.. kalau orang tu kawan je ke bual dengan couple kau kira nak dia eh? narrow minded gila kau.. kau hidup dalam zaman apa ni? pernah dengar komunikasi antara manusia untuk kesejahteraan bersama..? itu sahaja yang berlaku gamaknya tiada terlintas di fikiran nak punyai hak orang.. tapi kalau korang putus.. mungkin baru kitorang bertindak kot..hehe.. gurau je ^_^

p/s : alamak ada crush kat Kim Hyun Joong.. hahaha

2 comments:

fariza fauzi said...

ada org jeles dgn u?

Mainur Hasnah said...

lebih kurang lah... lagi pun saja nak utarakan isu ni