apa perempuan rasa?

Assalamualaikum..

hari ini aku nak kongsi apa yang perempuan biasanya rasa dalam sesuatu keadaan.. aku bukan merujuk pada contoh aku sahaja..tapi pengalaman yang dititip oleh kawan perempuan lain.. kalau ada reader perempuan yang rasa tak betul.. sila nyatakan di komen.. boleh kita share..

bagi laki yang baca pulak.. boleh korang lebih paham gurl yang korang rasa rumit sangat ni.. padahal piss a cake je.. hehe.. perempuan tak susah nak difaham.. orang selalu kata perempuan cakap tak serupa bikin.. sebab apa yang dia cakap lain dengan apa yang dia nak.. mungkin betul juga.. contohnya perempuan rasa rindu kat ex dia.. tapi sebab takut kawan perempuan dia marah..dia akan cakap 'eih mana ada aku ingat kat budak tu lagi..' padahal setiap malam duk godek album pic ex nya...

okay so apa yang sebenarnya perempuan akan rasa? kenapa dia rasa macam tu?

perempuan menyampah bila
- bagi aku sendiri.. aku menyampah bila semua dah ngam outfit.. tetiba takde pulak kasut ke beg yang sesuai.. tak pun kasut tiba-tiba putus tengah jalan.. eih ke ini lebih kepada geram ye? hehehe.. menyampah juga dengan orang yang suka control other.. condemn macam dia je bagus.. kalau kritikan membina tak pe.. ini maki bagai nak rak
perempuan anggap laki poyo nak mampus bila
- laki asyik sebut pasal kelebihan dorang.. pastu semua orang imperfect pada mata boys tu.. memang nak kena teleng.. yela mana boleh pandang rendah kat orang lain en semata-mata nak up diri.. ada yang poyo.. bajet smart lah tu pakai entah fesyen apa jalan nak bagus ke hulur hilir depan mata dengan tayang konon duit banyak.. low profile sudah.. kau ingat perempuan sekarang jenis beli ke.. guna hati takle sudi...

perempuan tak hormat
- okay ini macam lari sikit.. perempuan hilang rasa hormat kalau laki tu tak gentle langsung.. tambah-tambah yang suka pukul memang dayus.. laki macam ni elok humban je.. sebab berani menyakiti girl yang tak berdaya mentang-mentang fizikal besar..

perempuan marah bila
- orang kacau tidur dia.. faham tak? dia sedap tidur tiba-tiba ada orang duk bising kat situ kecoh bercerita macam dunia ni dia punya.. tak hormat orang lain.. lagi panas kalau ada orang tak tentu pasal penting diri sendiri pastu duk menyalahkan orang lain atau treat other as kuli dia.. amboi cantik muka.. ingat kau bayar gaji aku ke nak lepas geram kat aku pulak... hahhaa jaga-jaga jangan sampai orang cakap macamni kat korang.. kita masing-masing ada tanggungjawab sendiri.. so jangan buat orang lain marah.. letak diri anda di tempat mereka.. marah tak kalau orang duk pijak kepala?

perempuan teruja
- korang call atau sms.. kalau korang balas komen di FB pun hati berbunga-bunga dah.. belum lagi lihat content korang balas tu cam mana.. walau se-simple HI akan mengindahkan harinya.. perempuan akan ternanti-nanti nak terima ucapan tu.. kalau korang ajak date.. hati teruja tak ingat.. mesti part nak pilih baju apa, otw ke tempat date sepanjang tu dia tersenyum sendiri.. but jangan salahkan dia kalau dia lambat kejap.. sebab sempat juga dia terlamun pikir apa akan jadi masa date tu yang terkial-kial siap..
perempuan segan bila
- nak lalu depan sekerumun laki dan semua mata memandangnya.. kalau ada yang tersenyum.. dia mesti buntu nak buat apa.. paling tak leh adab ada kata sombong kalau tak layan.. tapi kalau layan pulak dikatanya murah.. rasa segan bertambah kalau tengah jalan tersadung kaki.. nak cover segan mesti gelak supaya diri tak rasa sakit dan malu pun kurang.. lagi segan bila jumpa orang dia sayang.. kalau dia nak luahkan rasa tu dan laki tu tolak mana mungkin dia tak rasa segan.. nak nak bila terjumpa laki tu dengan girl lain

perempuan rasa laki sweet bila
- laki yang dia sayang tu buat something special.. tengok parent buat something yang macam caring pun rasa sweet.. melihat korang berbakti pada family korang pun anggap korang ni sweet sebab bertanggungjawab

perempuan akan tergugat bila
- ada orang yang lebih utama dimata korang.. walaupun ridiculos tapi korang utamakan kawan pun terasa wehh.. even regarding family member pun korang kena consider dia juga.. mungkin sebab girl suka feeling part of your family life..

perempuan geram bila
- sesuatu menggangu dia.. kalau dia tengah takde mood.. janganlah kacau atau usik dengan gurauan melampau.. dan perempuan tu akan geram dengan korang.. wrong time and wrong decison bring a bad day.. lagi perempuan geram kalau tengok pakwe ke orang dia suka menggatal dengan orang lain.. kalau laki tengah date dengan dia tapi sempat mesej orang lain.. perghhh dalam hati geram nak mamp. sumpah seranah je sebab rasa korang mempermainkan hati and perasaan dia.. yelah tak reti nak hormat ke.. ajak date tapi leh melilau mata tengok orang lain then sempat mesej dengan orang mana entah.. jangan abaikan girl terutama time date kecuali ada urusan emergency gila babes yang memaksa korang buat begitu.. :)

perempuan sukabila
- apa yang dihajatinya terlaksana/dicapai .. macam kalau dia nak makan aiskrim tiba-tiba korang belanja.. ten point untuk korang sebab memahami dan cepat bertindak.. plus agak romantik makan aiskrim sambil jalan menikmati pemandangan.. ^_^

terharu kalau
- korang menghargai apa dia buat.. cukup sekadar thanks pun dah boleh leleh air mata bhaii.. at least dia tahu korang sedar apa dia buat.. dan kalau korang yang laki ni turut korban luang sedikit masa dan tenaga plan sesuatu sudah tentu GUMBIRA HATINYA.. hehe.. *aku tak tahu kenapa ada slank gumbira dulu-dulu
jika laki tu ingat tarikh penting sure girl akan terharu..yela laki kan makhluk yang femes dengan ingatan yang kurang memikir hal-hal remeh ni.. pada mata laki tarikh ke sambutan tu remeh tapi untuk girl well it is a big deal.. A MUST TO CELEBRATE..okay exagerate pulak.. just wish her on that day more than enough kalau takde hadiah pun.. as long ingat.. kan bagus tu :\
perempuan akan gelak
- kalau laki tu cakap benda yang sengal.. tak masuk akal.. bila melihat kelakuan yang tak leh diterima akal macam perbuatan sendiri yang tak berapa nak betul.. time ni korang boleh nampak natural gila girl tu gelak.. betapa happy nya dia.. fakta : perempuan suka laki yang ada sense of humour tinggi.. so pandai-pandai adapt sifat ini dalam kamus hidup anda ya :)

perempuan sure tak suka
- nampak perempuan lain act lemah lembut depan boys.. tambah lagi yang berlagak innocent nak mamp. girl juga tak suka perempuan gedik tapi kadang-kadang tanpa sedar perempuan tu sendiri gedik.. kita kena admit gedik tu ada walaupun sikit dalam diri.. contoh gedik - kau terkinja-kinja dengan laki kau suka.. bagi orang tu normal.. ada yang kata tu gedik..well subjektif bukan gedik ni.. kalau kau takde apa-apa urusan tapi sengaja nak pergi kedai makan tu semata-mata nak cuci mata itu pun gedik.. ada unsur miang-miang je..

ni jela pendapat aku.. apa pun macam aku cakap ni sekadar apa aku rasa dari point hidup aku la.. ada yang nak sokong bantah..sila ke komen.. hehehhe.. xoxo tata +_*

2 comments:

Rubiyanto Sutrisno said...

jadi banyak tahu tentang wanita ,,,,,

Mainur Hasnah said...

hehe.. cuma sedikit perkongsian sahaja