bicara short sem

Assalamualaikum..

sebenarnya dari hari tu lagi nak post pasal short sem tapi tak ada masa.. cewahh tidur memanjang lepas je.. okay tahu tak apa itu short sem? kita just ambil beberapa subjek .. masa orang cuti.. kita buat sem pendek.. study dan exam dalam masa kurang 4 bulan.. so siapa berminat? silalah ke bahagian akademik U anda..

aku mula-mula memang minat nak ambil.. ingat nak habis cepat.. so bolehlah dari empat tahun pengajian jadi 3 tahun je ke.. tapi rupa-rupanya masa kita belajar tu.. bayar yuran subjek yang kita ambil je.. tak de saluran duit hanya berbekal duit kita sendiri.. and kalau habis cepat pun.. kita kena tunggu grad dengan student yang masuk sama kita.. kiranya ikut deal asal kita grad 2014.. jadi tak kira cepat mana dah habis study.. kita akan grad juga 2014 dengan batch asal kita...

so, kalau point asal aku nak grad konon leh posting cepat takde makna pun.. cuma boleh la ambil part time kerja lain dulu ke.. bila fikir-fikir balik kalau ambil short sem.. takde cuti lah gamaknya.. otak asyik study je.. boleh jem juga.. nak rushing pun tak guna.... jadi aku buat keputusan guna masa cuti 4 bulan.. ambil lesen and kerja part time untuk tampung sem 3 nanti... wah masyukk sikit nanti.. cuti baki nanti leh bercuti ngan family dan kawan-kawan... suka suka :)

UPDATED - yeah perempuan  macam aku mudah betul ubah keputusan.. aku fikir nak join short sem ni.. takpelah lambat grad.. nanti jadi guru ganti sementara ke.. cuma masalahnya satu kelas tu kena ada 15 orang baru boleh ambil short sem.. hurmmm ramai nak balik kampung je.. memanglah susah takde pinjaman masa tu tapi yuran lagi murah berbanding sem biasa.. so berbaloi juga tu ^_^

2 comments:

fariza fauzi said...

so nk ikut x short sem tu?

Mainur Hasnah said...

nak ikut.. hehe.. nak kumpul duit ni..