contest cintai alam sekitar

Assalamualaikum & hi,

mujurlah Ammar lanjutkan tarikh contest ini jadi dapat aku join ...
sebelum aku terus membebel... ehem ehem...

sila click kat banner ini untuk join contest ni.. bagus juga Encik Ammar buat contest begini.. jadi boleh kita terapkan kesedaran pada orang ramai disamping cuci mata tengok pemandangan yang hijau (pokok-pokok) tak pun biru je (laut, awan) eh awan tu kategori alam sekitar juga kan?


yang bagusnya tiada tarikh tamat contest ini buat masa sekarang.. jadi apa lagi join lah ramai-ramai..

so, aku nak kongsi langkah-langkah menangani pencemaran alam sekitar

- jangan buang sampah merata.. please rajinkan diri cari tong sampah okay

- jadikan tong sampah dirumah sendiri medium utama pembuangan sisa daripada buang kat longkang nanti tersumbat then banjir kita juga susah
- menyokong 3R.. btw bukan yang cerita remaja tu tapi Reduce, Recycle & Reuse
- elakkan pembakaran terbuka .. tiada siapa nak hidup dalam environment berasapkan
-ada kenderaan tu pastikan exhaust korang ada penapis..
- lagi elok naik kenderaan awam .. kurang sesak kurang asap :)
- cikgu-cikgu boleh ajar anak murid kepentingan alam sekitar & tunjuk cikgu pun jaga alam sekitar
- of coz join earth hour.. dan pakai barang-barang yang tak bagi kesan buruk pada alam sekitar
- sokong kempen no plastik bag ya...
- kita sendiri rajin-rajin join kempen alam sekitar galakkan kawan-kawan sekali
- sendiri mahu ingat negara kita ni orang nak ke datang melancong kalau alam sekitar tercemar?

ok tu sahaja dari aku pasal langkah, then aku mempertaruhkan beberapa pic yang lebih kurang sama background-nya.. hehe..
saja je suka pic(s) ni so tak leh buat keputusan nak letak yang mana satu.. :)

kredit to Cik Wina the photographer

love you gurls

kan dah kata background sama je

pic(s) ini diambil semasa trip ke Gunung Senyum , Pahang.. jadi kat belakang tu lah Gunungnya.. sangat cantik dan menakjubkan .. setuju? ye sangat setuju.. dengar khabar ia akan di kuarikan untuk projek apa entah.. bayangkan rugi sungguh generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan ini live.. lagi pun orang sekarang banyak cari background alam sekitar posing kan..  nanti tak de dah cam mana? dan alam sekitar yang secara langsung memberi ketenangan dan oxygen yang segar sangat tu akan lupus sedikit demi sedikit.. ini lah akibatnya jika kita tak sayang alam sekitar.. nak ke korang hidup dalam bandar konkrit? ^_^

4 comments: