hadiah untuk raja sehari

Assalamualaikum..

kalau korang masih tak tahu siapa tu raja sehari.. meh aku habaq ... raja sehari ni pengantin baru.. time dorang bersanding tu dikira raja sebab semua orang serve dan mereka akan dilayan baik je..yela dah upah orang untuk layankan berhabis duit takkan self service pulak.. dan sehari tu sebab ada pulak buat direct sanding 2,3 hari mesti sehari je.. kalau yang buat majlis belah perempuan kemuadian laki tu pun ada juga selang-selang hari.. yang best nya ramai orang meraikan majlis datang tengok, bagi hadiah.. :)

well memang best, rasa dihargai kot orang sanggup datang.. mendoakan hubungan kekal bahgia.. tapi aku malas juga nak pergi majlis orang.. parent aku selalu tengur 'kau malas nak pergi majlis orang nanti majlis kau takde siapa nak datang...' perghhh sentap .. tapi betul juga tu.. lagipun apa salah datang takat makan.. ambil idea sikit nanti kahwin plan macam mana.. amboiiii awal betul berangan.. hehe.. takde lah sebenarnya aku cuma ikut pepatah sediakan payung sebelum hujan.. cewahhh.. :P

biasa kalau kita pergi majlis persandingan orang takkan kita nak lenggang je.. selain bawa perut mestilah bawa hadiah ye dak.. jangan asyik komplen 'eleh balik-balik menu sama... pastu air sirap' amboi sedap mulut.. bersyukurlah orang ajak ye idak.. so selain hadiah paling famous iaitu duittttttt ada juga hadiah lain kan...  tapi harus diingat bukan bagi pada pengantin tapi kepada parent nya.. ada istilah tertentu.. aku lupa namanya.. btw aku nak share hadiah yang boleh diberi kepada pengantin..


jangan kedekut sangat bagi duit syiling

jug keetle

 set pinggan mangkuk.. kalau ala-ala inggeris lagi smart
towel.. kalau nak nice sulam 'selamat pengantin baru

frame gambar.. hadiah yang acapkali pengantin terima

baju couple.. ingat pengantin tak leh pakai ke?


lagi sweet yang ada panggilan Pa/Ma ke Ayah/Ibu

stoking bayi.. mendoakan rezeki mereka cepat

set cadar yang merah lagi hot

cd movie maker pic pasangan (kalau ada koleksi gambar merekalah)
plushie(s)

keychain

pasu bunga

set langsir

rak perhiasan

macam-macam boleh diberi sebagai hadiah.. tak usah nak follow trend je.. macam orang biasa bagi belacan kat pengantin kita pun bagi.. boleh je nak lain bagi tempoyak pulak ke.. mana tahu pengantin memang ternanti-nanti hadiah sebegitu.. kalau orang yang bersanding tu member kita sejak kecil.. lagi kita tahu apa dia nakkan.. janji hati ikhlas nak memberi.. kalau mahal sikit pun tak pe.. yang sanding tu pun kawan baik kita kan.. bukan orang tak dikenali.. ok selamat membeli hadiah... xoxo tata *_+

p/s : pic(s) google

6 comments:

ahmad endo said...

coffe maker pun okey...hehehe

Mainur Hasnah said...

ye setuju.. memang hadiah yang bagus tu :)

Siti Nur Asilah binti Abdul Wahab, said...

kawen aku nanti jgn lupa hadiah rice cooker, fridge, washing machine, lcd tv 50 inci punya! ok, tq bff :D

WZulhilmi said...

Basically selalunya org bagi hadiah kawen benda2 yg mcm keperluan mcm periuk nasi, blender, pinggan, etc sbb diorg nk mulakan hidup baru kan so byk nk kena beli. So dptlah tampung diorg punya perbelanjaan. =). Kadang2 air sirap cair kt kenduri tu sedap weh! =P

Si DauN CeRi said...

hurmm... dah lama sgt dah rasanya tak pergi kenduri kawen ni.. teringin pulak nak pergi, amik berkat sekali.. hehe

tak arif sgt bab2 bagi hadiah ni.. bagus la awak kongsi idea kat sini..hehe tq

Mainur Hasnah said...

SNA : amboi mencekik nampak.. takpe la 6 tahun lagis empat kumpul duit ni..hehehhe

wzul : yeap betul kira kita bantu dorang kan.. jimat sikit .. setuju air sirap tu memangs edap..hehe

daun ceri : aah ada kata ambil berkat.. best tengok orang sanding