if other dont like you, its none of your business

Assalamualaikum & hi

quotes of the day 'if other dont like you, its none of your business.. aku suka sangat ayat ni, yang bermaksud jika ada sesiapa pun yang tidak menyukai kamu, hal itu langsung tidak berkaitan dengan diri kamu.. yelah lantak pi la kalau dia tak suka kan.. sebab kita adalah kita.. mana boleh jadi macam orang nak kita jadi.. mula-mula memang boleh ikut tapi lama-lama naik menyampah, terkongkong dan mungkin boleh sampai tahap tekanan perasaan..
im a piece of art dont u know that?
 
bukankah setiap individu punyai sahsiah tersendiri..? hal ini bermakna setiap manusia mempunyai perilaku atau peribadi yang membezakannya dengan orang lain.. contohnya, mungkin budak A dan budak B dikatakan garang oleh mereka yang mengenalinya .. namun sejauh mana sifat garang yang ada pada A , ada juga pada B.. mungkin A garang sebab tak suka orang sentuh barang dia manakala B pula garang sesuka hati dia je macam gunung berapi yang meletus larva tiba-tiba..

setiap manusia itu dipercayai mempunyai perbezaan sendiri dan bezanya itu yang akan menjadikannya unik dan bukannya pelik.. tiada apa yang pelik pada seorang manusia bagi aku sehinggalah orang tu mula ada tabiat luarbiasa.. macam tengah jalan tiba-tiba menangis dalam masa beberapa minit gelak macam pontianak mengilai je lepastu termenung balik.. harap maklum ini bukannya sakit mental tapi orang tu suka nak berkelakuan sebegitu.. kalau orang tu ada masalah sebba tu tiba-tiba menangis atau kejap lagi ada audition Pilih Kasih boleh juga terima..

kalau kita beratur penat, orang potong memang boleh bikin gaduh

so balik pada point asal.. perbezaan yang ada ini seringkali menyebabkan segelintir manusia yang hadir dalam hidup kita tend to judge secara rambang.. first time jumpa dah bagi persepsi.. tak pun mungkin kerana kita tak buat macam dia nak je dah kena cop bermasalah.. pernah tak korang kena begitu? ye aku pernah.. cikgu dulu pernah layan aku begini.. ingat aku pelajar bermasalah sebab aku ada rambut perang dan pakaian macam selekeh dan suka pakai t-shirt n seluar then pakai baju kurung sekolah.. cikgu tu bajet aku nak ponteng sekolah, and aku kira sosial pasal rambut.. nasib baik kawan-kawan tolong back up sebab mereka tahu aku memang jenis suka pakai berlapis-lapis dan mudah nak gerak bila ada seluar tu takde kain terselak bila aku lari handle aktiviti kat sekolah ke apa & family aku semua rambut original perang..

disebabkan hal ini, selalu apa-apa kena cop.. tapi benda ni tak melemahkan aku.. aku cuba bangkit dan buktikan kat cikgu aku pelajar yang kira berkualiti juga.. pernah korang dengar kisah lelaki tua bersama anaknya dan seekor kambing? setiap yang mereka lakukan je pasti ada aje pihak yang tak puashati...
kalau tak pernah dengar meh aku cerita.. mula-mula merek berdua dalam satu perjalanan , tak tunggang pun kambing tu.. orang cakap ' eih ruginya tak tunggang kambing tu..' lepastu dua beranak ini pun naik atas kambing ni.. masuk je sebuah kampung ada orang cakap 'eish teruk betul seksa binatang tu sampai dua sekali tunggang..' lalu turun si ayah, tinggal anaknya tunggang tapi ada juga orang kata ' apa punya anaklah patut bagi ayah yang tua tunggang, dia kan muda mesti banyak tenaga..' anak pula turun dan bagi ayah peluang naik kambing tu sehingga ada yang mula berkata ' bapa budak tu kejam, adakah patut bagi anak kecil jalan kaki tapi dia senang-lenang naik kambing' ..

so, kat sini kita boleh nampak kan.. apa sahaja kita buat akan ada pihak tak puas hati.. kita tak mampu nak puaskan hati orang.. dan kalau kita ikut cakap orang hati kita macam mana pula.. jangan sesekali dengar kata orang sehingga abai hati sendiri.. kalau mereka tolong jaga hati kita tak pe juga..apa yang boleh kita lakukan.. buat sesuatu mengikut pertimbangan akal dan hati kita.. biar berpada-pada.. kalau benda betul kita buat, orang tak suka juga confirm orang tu yang masalah kan.. :)

janji kita sayang diri sudah

jadi bagi aku, janganlah kita biarkan orang lain yg tentukan hidup kita.. kalau dia kata tak boleh buat tu.. sedangkan kita minat buat apa nak ikut.. mungkin dia tak dapat buat tu dan tak nak bagi kita lebih dari dia..
macam pilihan minor ni.. kalau orang kata weh benda ni susah lah tak payah lah kau ambil.. tengok sendiri orang tu pun ambil subjek tu.. lagi pun yang susah ni lah cabaran kan.. adakah belajar yang senang? nak merangkak dulu pu makan masa beberapa bulan.. puas benjol kepala baru boleh bertatih jalan then lari anak kat parent.. kan puas hati tu atas usaha sendiri :D

ok itu sahaja pendapat yang aku nak kongsi, sebab aku pernah bagi muka kat orang then aku pula dipijak kepala.. agak serik juga ni.. bila hidup dibawah telunjuk orang kita tak mampu buktikan kita boleh berjaya kerana ada satu bayang yang sentiasa mengikut kita.. nasihat aku, cuba tinggalkan bayang itu , biar ia mengejar kita dan bukannya kita berlindung padanya.. ^_^
cuma dalam hidup susah kalau ada sifat bongkak mahupun prejudis.. sila pastikan anda tidak tersenarai dalam golongan yang dikecam sebegitu oleh makhluk Tuhan yang selalu mengadili anda tanpa melihat pada cermin sendiri.. xoxo tata +_*

p/s : entri ini tidak berkaitan dengan orang sekeliling yang hadir tika usia beliaku ini
p/s/s : sumber pic(s) google

2 comments:

Lulu caldina said...

tajuk ngeri...ngee

Mainur Hasnah said...

haha lulu ni lawak la..
ngeri lah sangat..
btw best entri2 lulu..
tak payah saya nak beli paper :)