im sorry, i just being myself

Assalamualaikum..

first of all nak tanya, grammar ayat aku tu kira betul tak? hehe ada masalah betul dengan bi ni.. ye aku mengaku aku memang tak terer bi.. muet aku pun ngam-ngam je .. ok balik pada topik..
aku nak kongsi apa aku rasa... aku rasa aku perlu minta maaf terlebih dahulu pada semua orang.. kerana aku cuma ingin menjadi diri aku sendiri.. dan aku tak nak menjadi orang yang aku tak nak jadi.. so dalam benda macam ni mesti aku ada buat silap dalam separa sedar kot .. sorry andai hati korang terluka..

aku cuma dalam proses belajar terima diri seadanya. wah ngam dah subjek predikat tu.. hehe lepas kan ambil minor bm kalau camni. cuma tak boleh buang tabiat letak tanda noktah double kat every ayat kat blog ni.. ermmm cakap pasal terima diri ni, kalau orang tu belajar terima kita seadanya juga.. maka, baik buruk kita juga tak menjadi masalah padanya.. kira dia ikhlaslah tu.. dalam masa sama..
dia akan tunjuk kita jalan yang lebih baik.. wah bukan ke best kalau orang terima kita dan dalam masa sama bantu kita untuk perbaiki diri.. mengumpul rakan yang memberi teladan dan  menjadi sempadan :)

kalau setakat kita bertolak ansur dengan orang tu.. macam mana kalau satu hari nanti kita hilang sabar? so, baik belajar terima kelemahan orang tu.. mana ada manusia yang hidup sekarang ni perfect? walaupun ada kata praktis make perfect... hah persyaitankan itu semua.. ada pulak orang yang boleh dapat 20/20 dalam asignment atau main badminton setiap masa 21 - 0 ? tak de kan..hari- hari berjuang dengan nafsu.. nafsu makan, malas dan keinginan yang menggila, membazir.. dan tingkah laku yang menyakitkan.. sekalipun kita tak puas hati dengan kelemahan orang tu.. adalah lebih baik tegur dari berdiam diri.. malu juga orang tu nanti kalau ss sendiri..

so akhir kata dari aku.. aku masih dalam proses cari diri sendiri dan tak nak jadi hipokrit.. banyak kelemahan yang sangat perlu diperbaiki.. kalau ada kelakuan aku yang menyakitkan maaf kan aku kerna proses mematangkan diri ini masih panjang.. dan yang baik datang dari Allah, yang buruk dari manusia yang khilaf seperti aku ^_^

p/s : sumber pic(s) google :)

No comments: