kalau boleh ?

Kalau boleh...

aku nak jadi ..
sepandai Marz Zuckerbeg jadi boleh tolong famili aku..
secantik dan semanis teman baikku
selemah-lembut Dato Siti ataupun Syima kawan aku
seayu macam kawan perempuan aku yg lain
sekaya Donald Trump boleh aku bawa famili merantau

Kalaulah boleh ku susun takdir sendiri

aku nak lakukan begini..
masuk tadika umur 4tahun..
start sekolah rendah umur 5tahun..
lepastu ambik exam yg bolehkan aku lompat setahun pengajian..
masuk matriks.. sambung degree diusia 18tahun..
habis dalam masa tiga tahun dapat kelas pertama..
terus boleh ke PHD..

tak pernah bercinta sampai jejak alam degree tahun akhir
kalau memang aku ada kuasa begitu

aku mesti aku pilih jalan sebegini..
dah ada lesen umur 18 jadi boleh beli kereta storm sebijik
kumpul duit belanja sekolah dari kecil sampai besar..
mampu beli rumah harga RM 40k..

kalau manusia itu ditakdirkan boleh u-turn

aku akan buat semua ini..
join olahraga.. cungkil bakat sukan..
aktif dan usaha dalam akademik dan ko-k
takkan melawan cakap parent..
menghargai setiap kawan yg hadir..

kalau benar itu yg aku mahu..

aku akan ubah tatkala aku mampu mengubahnya

TAPI..
aku masih dengan cara aku..
menghirup udara dengan jiwa yg sama..
merentas dugaan dan mengecapi bahagia dengan cara sendiri
sudah tentu aku tidak akan berani melangkah maju seperti hari ini
KALAU AKU INGIN HIDUP DALAM ANGAN KOSONG YG PENUH DUSTA
jika memang aku ditakdirkan boleh menukar haluan hidup..
tolak ketepi sahaja takdir itu..benarkah ada yg ingin ubah hidup?
aku percaya apa yg telah terjadi kini suratan yg penuh hikmah..
aku hargai setiap detik yg telah berlalu..
meskipun terdapat cela namun hidup itu seindah yg mampu aku nafasi..
aku bersyukur sekurang-kurangnya aku masih bernadi ^_^

2 comments:

noraim said...

tp kalau lah blh kan?

Mainur Hasnah said...

tu la.. kalau boleh.. nak ubah pasal study je.. tapi takut entah2 perubahan tu lagi teruk je