kau nak bunuh aku ke?

Assalamualaikum..

kau tak rasa kau kejam ke? kau nak bunuh aku perlahan-lahan.. walaupun aku tak kenal pun korang.. ramai pula buat cubaan membunuh aku ni.. kau dan kau perokok yang tegar ni.. kau kata aku sarkastik? melampau-lampau? tapi cuba kau fikir .. kenapa kau perlu merokok di tempat tertutup... awam.. lagi-lagi yang ada larangan merokok.. kat situ juga kau nak cuba merokok...

kau sedar tak akibat kau kat orang sekeliling? aku tak kisah kalau kau nak jalani cara hidup begitu.. cuma kau menyusahkan aku.. golongan yang lemah macam aku.. tiap kali hidu asap rokok aku akan terbatuk-batuk dan tak dapat bernafas.. tak selesa.. ada lagi teruk dapat asma.. lagi kejam bila orang yang tak merokok pun dapat kerosakan paru akibat hidu banyak sangat asap rokok masa berada di bus top..

aku tak kenal kau pun perokok dan aku tak buat salah kat kau.. kenapa nak buat macamni kat aku? tapi kita selalu terserempak dalam lif.. dalam lif pun kau merokok juga..? ada juga yang konon tak nak merokok tapi sebab masa menunggu lif dia merokok.. lif sampai je memang syabas kau berhenti merokok tapi sayangnya kau rasa rugi kalau rokok yang baru disedut sikit kau buang.. lalu kau biarkan sahaja asap rokok tu menguasai ruang lif.. salah kitorang ke sebab tak merokok jadi kami kena juga jadi perokok pasif dan menanggung risiko kematian dua kali ganda lagi cepat dari korang?

please hentikan kelakuan kejam kau ni.. kalau nak merokok.. merokok di tempat yang boleh merokok.. aku hormat kau , kau juga hormat aku.. kau sendiri fikir wajarkah perbuatan kau ni.. serius sesak gila dada aku dalam keadaan yang sesak.. kau boleh rumitkan lagi .. mana-mana tempat pun kau banjiri dengan perlakuan tak senonoh ni.. kat hospital pun ada je yang merokok.. perghhhh tak nampak sign ke?

alhamdulillah aku punyai rakan-rakan yang menghormati aku masa dorang nak merokok.. jauhi aku yang memang tak tahan dengan asap rokok.. hembus asap ke tempat yang tak kena angin jadi tak pedih mata aku.. tak rasa kelat tekak sedut banyak asap rokok.. tak perlu aku tahan nafas kejap-kejap.. jadi contohilah mereka ini yang masih nak merokok tapi fikir juga orang lain.. aku tahu tak mudah nak berhentikan tabiat rokok ni tapi cuba merokok di tempat yang sesuai ye perokok sekalian ^_^

3 comments:

noraim said...

haha. kiranya girl neh pasang blh lah eh? hihi.

fariza fauzi said...

wahh..baguss ni

Mainur Hasnah said...

noraim : macam mana tak paham..blur lak..hehehe

FF : tu lah kena tegur juga smoker ni