laki nak macam mana pulak?

Assalamualaikum

hari tu aku dah buat entri untuk laki mudah faham perempuan kat sini.. lepas tu buat lagi entri susulan mengenai tangisan dan perempuan ni kat sini... so, rasa terpanggil pulak buat entri pasal laki.. cewahhh ayat nak tipu je... okay serius mainur.. seriusss... *tarik nafas muka kerut pandang skrin lappy

dunia ni memang tak adil jadi nak bagi adil... kita sendiri yang kena bertindak adil.. tak kan nak harap laki je faham perempuan kan.. perempuan pun kena belajar faham lelaki... aku tak mampu bagi entri yang jitu-tulus sebab aku bukan lelaki.. cuma dari persepsi aku perempuan yang meletak diri di tempat lelaki.. aku pun lebih kurang sama macam dorang juga.. bukan tomboi.. cuma environment membesar dengan adik beradik lelaki tambah kawasan kejiranan budak laki je.. kawan kat sekolah pun laki banyak.. so aku come out dengan beberapa pendapat yang aku rasa PEREMPUAN PERLU TAHU..

kalau korang sayang boyfie.. tak nak dia cari lain.. kalau dia cari juga walaupun korang dah ikut step ni.. memang layak pelangkung pale budak laki tu.. ajak member ramai-ramai dushhhh sedam dua budak tu.. TAPI kalau kena tangkap sila bertanggungjawab dengan tindakan korang.. jangan kata aku yang suruh.. hehe

-- so bagi aku perempuan perlu tahu beberapa benda asas --

-JANGAN KACAU laki layan BOLA.. walaupun match tu ulangan jangan kacau.. aku layan bola pun bf aku tak boleh kacau.. sedangkan aku girl.. laki lagilah pantang weh kau condemn bola tak best ke match bosan.. sebab feel laki dengan bola lain.. kalau minat alki tu bukan bola tapi ragbi atau game hoki.. sila hormat pada minat dia

-faham laki ni memang azali suka main game.. korang rasa benda tu takde faedah ke apa.. keep it to yourself.. jangan cuba nak halang.. kang tak berkembang otak dia.. takkan nak harap 24 jam dia layan mesej korang je.. wehhhh dia pun kena ada own space own life tahu....

-tak payah bagi laki duit.. maksud aku.. kalau dia miskin daif bagai pun .. terdesak mana sekalipun jangan nak offer diri bagi duit tu.. dah lah terang-terang.. tercabar maruah dia.. and dia akan kekok punyalah.. kalau nak tolong, fikir cara yang tak buat dia rasa diri tak berguna kalau ambil duit girl

-laki tak perlu EXTRA MAK.. tak payah duk suruh awak makanlah, minum lah mandi lah.. eihhh rimas pun ada.. ingat budak kecil ke.. nak manjakan laki ada had.. kita belum jadi bini dia tapi nak jadi tukang reminder pulak... mula-mula laki appreciate la caring nya korang lama-lama ni lah jadi isu putus.. kalau dia nak buat-buat.. tak nak sudah tak payah paksa ke ugut 'awak sayang saya cepat mandi pastu jemput saya bla bla bla' dah lah mengarah pulak tu..

-untuk support point atas.. budi bahasa budaya kita.. rajinkan diri sertakan magic word 'thank u, sorry and please' .. kalau salah jangan ego lebih nak laki yang minta maaf pastu touching tak kena tempat .. nak merengek depan orang ramai? umur berapa dah yunk?

-say no to QUEEN CONTROL.. jangan kaitkan istilah ini dengan murah rezeki.. takde makna kalau kau mengongkong laki tu.. hubungan korang jadi diberkati.. sedangkan dalam agama dah kata.. syurga bagi perempuan dibawah tapak kaki seorang suami.. bukan korang yang couple ni nanti nikah ,laki tu jadi suami kan.. so hormat dia.. jangan duk itu tak boleh.. ini tak boleh.. semua nak ikut citarasa korang.. mana tahu dengan kurang control laki bertambah sayang.. tapi aku tak tahu lah kalau korang takat couple main-main.. itu ikut hang lah nak layan boyfie lagu mano pon hoi...

- tak payah nak complain diri.. perlu ke merungut kat BF korang ni tak cantik bla bla bla.. kalau dia BF yang bagus mesti dia terima seadanya.. lagipun dia dulu kan bersungguh takle, terima korang jadi awek.. so  tak kan dia kisah tu semua.. lagi korang membebel.. lagi dia rimas.. accept je diri sendiri.. nanti laki pun jadi kagum betapa korang meyakini diri sendiri..

-cara berpakaian.. laki memang bangga kalau ada awek cantik.. tapi dia bukannya suka share korang dengan orang sekeliling.. aku rasa laki bukan suka awek menayang diri depan orang.. kalau boleh biar dia je.. laki tak suka bahan yang dah over expose.. jangan ingat dia segan korang jadi awek dia.. cuma dia takut ada orang lain pun rasa macam mana dia rasa , bimbang orang akan terpikat dengan korang then rampas korang.. ni aku rasa jela.. kalau ada laki yang nak betulkan pandangan aku.. silakan :)

-kelebihan yang dimiliki perempuan tu bonus atau punca merosotkan kestabilan hubungan? macam aku mention laki ni ego weh... so kalau korang semuar serba-serbi hebat dari dia.. nak kata kaya berganda- kebijaksanaan bertingkat- cantik-ngetop semua cukup sifat- lemah lembut lagi kira pakej lah.. ini hanya buatkan laki rasa tak secure.. tercabar kalau korang over the mountain dari dia.. hehe.. yela nak belanja makan takut korang kritik bawa tempat murah.. study pun tak berapa nak cemerlang.. pastu fikir kawan-kawan mesti duk cakap umpama pinang dipijak-pijak je.. kecik besar kecik besar je .. so, kat sini perempuan boleh main peranan jadi unit sokongan laki meningkatkan konfiden diri.. and jangan pulak mengada nak poyo poyo ye

setakat tu jela.. lapar lah pulak.. kalau ada lagi.. nanti aku update.. tapi ni semua benda common yang girl patut dan mungkin sudah sedia maklum.... okay papai xoxo +_*


2 comments:

ururules said...

alah! buat je cam still single. dating sekali dua je. laki lagi suke kalau activities derang tak dikacau. pompuan pun leh buat pape yg derang suke. nak flirt ngn org len pun sebenarnye kite x kisah. [well. aku la x kisah]. best men wins maaa.. best women wins jugak..

well. from my view. org timur paling tak kisah nak dating or not. tapi orang utara mesti nak dating hari2. org kl ok2 lagi. yg selatan tatau lah.

Mainur Hasnah said...

setuju.. nak buat single padahl dah couple... kalau nak flirt2 pun tak de hal tapi sendiri mahu ingatlah dah couple.. takleh jealous ni