lepasan stpm

Assalamualaikum..

kita sedia maklum semalam yakni 21 februari 2011 merupakan hari pengumuman keputusan stpm 2010..
kalau tengok kat status FB mesti tahu ramai budak yang duk congrat kawan-kawan... aku pun begitu eksaited wish kawan-kawan yang cemerlang..

teringat sendiri masa setahun lepas tapi tarik 25 feb lah , aku ambil result.. menangis bhaii terkejut result boleh buatkan aku hilang selera makan akibat tergamam gila, terkesima tak percaya tak nak tidur takut itu semua setakat mimpi sahaja.. sungguh childish.. alhamdulillah result kawan-kawan pun semua bagus.. makanya ramai yang sambung study now.. kalau ada yang kureng pun, mesti life dorang mantap.. busy cari duit dan lebih masyukk dari aku ni yang extra pokai... bagus murah rezeki semuanya..

kepada yang ambil result tu.. cam mana pun result korang.. terima jela sebab itu hasil titik peluh korang selama ngadap muka kengkawan dengar cikgu mengajar.. walaupun ada yang banyak kutuk belajar form sixth ni rugi.. risiko tinggi.. dah lah susah.. kena pulak terikat dengan baju sekolah peraturan sekolah lagi.. ternyata korang silap.. life form sixth lah fun dan memang friendship yang terjalin tu bermakna.. takde pun dulu strict gila sampai kena jadi nerdies nak study memanjang je..

well kalau ada risiko pun.. dengan usaha dan keberkatan.. insyaallah terkesan juga.. majoriti yang masuk U buat degree budak stpm.. jarang tengok student lain.. ada matrik sikit-sikit tu pun kos sains.. budak STAM pun arab dan mana-mana berkaitan.. ada budak dip poli second intake.. sekarang kan dorang nak buat sistem intake sekali je bulan sept.. sure ramai kena strugle nak dapat tempat..

apa pun well done ya pelajar stpm yang result mantap-mantap je aku tengok.. dan budak spm yang bakal dapat result nanti.. good luck ^_^

No comments: