nasi lauk paru vs keledek

Assalamualaikum..

korang biasa tak makan paru? sebenarnya aku bukanlah penggemar organ dalaman binatang ni.. tetapi sejak form 6 aku dah mula makan paru tambah-tambah lagi kat U ni boleh kata setiap hari aku makan paru..
mula-mula sebab kurang darah and konon nak ikut nasihat doktor tapi best pulak paru ni.. yang part hati ke limpa tu aku tak layan...  tapi aku keliru paru yang aku makan ni lembu punya ke ayam eh... hehe..

paru ni bukan semua makan.. kawan-kawan aku ada je tak minat.. yang aku pasti kebanyakan member st.john amat gemarkan mak cik nora punya paru.. sedap !! kat UPSI ni pulak mana-mana stall aku pergi memang ada jual.. dan aku pikir jimat so aku memang ambik lauk paru je..

pasal keledek pulak.. aku lagi gemar keledek dari pisang goreng.. ada lah certain jenis pisang yang sedap tapi aku memang tak bosan makan keledek.. kat sini, boleh kata hari-hari jugak aku makan keledek masa petang.. itu time ada duit lah.. now terpaksa lupakan jela keledek tu... demi masa depan harus abaikan nafsu ni.. kena fikir lagi penting mungkin dengan jimat seringgit tu boleh makan nasi lauk paru lagi ke..

so keledek kalah dengan paru... maaf keledek.. paru tu lagi penting demi kesihatan dan kekenyangan yang unggul .. fulamak cerita nak ngetop je.. apa yang aku tahu agak mudarat juga kesihatan selalu makan bahagian dalaman binatang ni.. jadi aku harus berhentikan niat asyik nak makan paru ni.. kena juga makan seimbang selang seli dengan ikan untuk dapat protein tak pun ayam.. tapi kat sini ayam kecik-kecik je dah tu harga lebih kurang dengan ikan yang besar gedabak...

eishhh ni tak baik kan berkira dengan perut, badan yang penat bekerja.. orang kata jangan kedekut dengan diri sendiri nanti rezeki tak masuk.. ok .. aku tengah try nak makan berpada-pada.. nak cuba buang sikit-sikit perangai yang suka nak pantang larang sangat masa nak makan benda mahal..
mungkin bagi sesetengah orang benda ni baik cuma ada satu masa aku terfikir asyik simpan kempunan tu menyeksa hati.. sekali dalam beberapa bulan apa salah try makan benda nak.. ok tu je xoxo tata

p/s : korang suka makan tak apa yang aku makan ni?

No comments: