Pembenci dan Haters


Assalamualaikum...

dah tengok video ni? video ni oleh Afiq.. aku dah subscribe video dia.. best kot.. idea dia memang munasabah.. well tak salah menyokong orang kita sendiri kan..

btw apa yang aku nak sampaikan ialah mengenai orang yang entah kenapa suka je nak mengkritik orang lain.. kalau kata-kata membina tak pe ini idak memaki hamun cakap macam dialah manusia paling sempurna dan baik sekali.. ada sahaja benda yang tak kena di mata nya.. padahal dia tak kenal pun orang tu dan tak pernah pun selama hidup berpuluh tahun pernah dengar pasal orang tu.. tup tup masa kawan tengah borak citer lah ' pernah dengar tak nama blogger best tu memang cun orangnya, outspoken.. penulisan memang bestlah..' kadang-kadang orang yang hati busuk dengki dengan orang akan cakap 'ala pasal muka cun je orang follow.. bukan best pun' eih kalau bukan best kenapa ada orang nak follow.. mesti best yela takkan orang yang follow tu entah pape...

aku salute orang yang berani bagi pandangan mereka.. rasional perlakuan tu.. kenapa kalau benda tu tak kena dimata kita mesti mati-mati kita kutuk orang tu.. ada pulak orang tu menyusahkan hidup kita? nan hadoooo kan.. kalau tak suka tak payah layan betul tak? ada lagi aku tak faham blogger yang selalu share news dan tips menarik pasal kesihatan lah apa pun kena juga tohmahan manusia yang tak puas hati mungkin kerana orang tu cantik tak pun pandai bergaya.. salah ke kalau kita sediakan hati kita terima orang lain seadanya.. mungkin tu kelebihan dan kelemahan dia.. kalau nak tegur pun elok-elok je..

hahaha emosi pulak aku.. sebab tadi layan vlog dari Maria Elena.. so far vlog dia memang best dan kagum dia berani terang-terang sokong Cikgu Shida.. aku tahu ada aje tak sokong sebab Cikgu tu konon akan mengajar budak yang bukan-bukan lah apa.. bagi aku lagi baik budak buat miming dari melepak ponteng sekolah.. maaf kalau ada yang tak puas hati.. kalau tak suka boleh simpan komen pada diri sendiri..

aku tak reti sangat bab agama, cuma apa yang aku tahu kalau kita mengajak orang lain membenci seseorang maka berdosalah kita. dah lah fitnah lagi sebab kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi pada anak murid di bawah Cikgu shida tu.. then cakap bukan-bukan so tu kira fitnah.. ditambah dosa mengutuk.. fikir-fikir jela sendiri.. personally aku tak sokong orang yang membabi buta mencaci orang lain.. terutama part yang orang lain usha vlog Hanis kot then kata gedik gila dia.. padahal korang tak tahu pun dalam dunia betul dia macam mana.. again never judge a peolpe by first look or anything.. learn to know someone first.. and maybe eventhought you already befriend with that person like sooooo many year you still cant predict the actual personality right :)

No comments: