perempuan dan laki berkawan baik?

Assalamualaikum..

kita biasa melihat laki dan laki menjadi kawan baik sampai sanggup tinggal awek kalau kawan tak suka.. dan melihat perempuan yang sangat berkawan baik dengan perempuan.. duk main cuit-cuit , gelak mengilai tanpa hirau sekeliling.. TAPI pernah melihat kawan laki dan perempuan yang begitu akrab TANPA WUJUDNYA PERASAAN SAYANG?

mustahil untuk perempuan dan laki berkawan baik tanpa wujud rasa kasih.. sebab perempuan kalau dah rapat dengan laki tu.. rasa selesa je.. mesti lama-lama cam susah biasakan diri takde mamat tu.. ni bukan kira sayang dah ke.. so, bagi aku laki dan perempuan tak kan ada istilah kawan baik.. biasanya kalau ada pun takat member biasa-biasa.. bukan jenis lepak hari-hari.. borak bagai nak rak..

dalam hidup aku sendiri.. orang yang berkawan baik dengan aku.. lelakilah.. aku ada feel gak kat dia.. then kita jadi tak selesa sebab hati macam nak meletup nak ke tak nak jujur feel kita.. diam-diam tengok dia ada awek dah..mesti hati cam down sikit.. pastu dah jarakkan hubungan persahabatan tadi sebab tak nak kacau daun.. so dimana kunci persahabatan yang mulia itu? terletaknya pada hati yang hanya mahu berkongsi pengalaman, hidup, ilmu tanpa rasa hati dipupuk..

yela sekarang ada je.. laki perempuan yang berkawan.. laki kan jenis slumber.. main pukul-pukul.. lama-lama girl tu mesti hati dup dap dup dap je ngadap laki tu.. sifat semulajadi perempuan kan segan.. malu.. tapi bagi aku ada baiknya kalau rasa sayang tu wujud pun.. kita belajar hargai friendship tu.. cuma cam mana nak bagi tanpa ada sayang lebih dari takat kawan tu? itu yang susah.. kita tak boleh couple dengan kawan tu.. sebab nanti kalau jadi masalah dan andai kata hubungan cinta tak jadi.. kekok pula nak berkawan biasa.. sedihkan hilang kawan yang begitu baik..

jadi mulai sekolah menengah hingga kini aku dah had hati aku dari sayang kawan baik aku.. jenis aku yang memang mudah bergaul dengan kawan laki.. cuba untuk pupuk hati menjadi sekadar kawan sahaja.. sebab aku cherish giler hubungan itu.. dan aku hargai dia lebih dari segalanya jadi aku tak sanggup kehilangan dia..

tapi kalau kita couple then jadikan couple tu kawan kita.. kira dua dalam satu.. aku rasa tu lagi baik.. nanti boleh jadi macam bestie gila.. dia pun paham kita.. cara ber-couple macam layan member lagi best.. rilek je..

dah tu ada tanya.. asal tak terus couple dengan kawan je.. aku rasa.. memanglah betul kawan kenal semua pasal kita tapi tak rasa semacam ke tiba-tiba upgrade hubungan tu.. aku rasa mesti macam blur-blur je mula-mula couple tu.. nak layan pun tak tahu cam mana nak sesuaikan diri..

biasanya bukankah korang couple dengan orang yang baru-baru je kenal.. ada pulak yang berpuluh tahun kenal then baru nak couple.. mungkin kes kecillah.. itu kira dorang mungkin pendam lama giler feel..pastu luahkan.. terus nikah.. wah best juga tu.. suka happy ending gitu.. hahaha okay apa pun harap sangat aku dapat terus berkawan baik tanpa ada feel :))