pilihan raya

Assalamualaikum

istilah pilihan raya bukan sahaja kedengaran biasa buat rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tapi untuk student U macam kita juga.. benda ni biasa je.. melihat orang duk berkempen.. parti-parti tertentu melaungkan janji.. pelbagai manifesto diungkapkan.. dengan harapan orang tertarik.. pilihan raya yang dimaksudkan ini ialah menduduki tempat dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).. pilihan raya ini sangat penting untuk sesebuah U.. dan semenjak hari isnin lepas telah berlangsung hari pengundian di beberapa IPTA..

sejauh mana janji yang ditabur itu akan dilaksanakan bila berjaya mendapat tempat dalam MPP? dan kesan melantik calon tu pada kehidupan pelajar nanti? realitinya apa yang bakal berlaku minta-minta jangan indah khabar dari rupa sahaja.. duk cerita macam-macam tapi kebajikan pelajar terabai.. diharap mana-mana MPP U mana sekalipun akan berlaku adil.. dan menjalankan tanggungjawab dengan baik...

kita ni nak tak nak kena undi juga.. walaupun tak ada calon yang kita minat manifestonya kalau tak nak kena denda ke apa.. kelakar pulak bila fikir benda ni.. tapi sebagai tanggungjawab bersama kena juga rajin mengundi.. sama je macam pilihan raya nanti.. undi mana kita rasa patut.. kena guna hak kita..

yang paling tak leh adab kalau semasa berlangsungnya pilihan raya ini.. ada kekecohan.. ada tengok akhbar? pelajar menyerang pak guard , boikot minta pihak U meminta maaf sebab membatalkan perlantikan yang telah dilakukan.. sendiri fikir kewajaran dan mana akal kita kalau kita sendiri pelajar U buat hal seperti protest dan menyerang umum.. padahal kita kan pelajar yang ada pendidikan .. sedia maklum dengan hal begitu dan kena bijak kawal emosi supaya tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain... :)

harap sangat tak ada apa berlaku lepas ni.. aku bukan orang yang suka bicara politik.. jauh sekali nak memikir terlampau mendalam perihal ini.. cuma ini perkara wajib untuk kita bila dah lanjut usia.. apa apa pun berkembanglah mentaliti student U untuk kemajuan U supaya negara turut terkesan kesejahteraannya :D

p/s : happy birthday ya Fared.. moga kau sihat dan happy selalu ^_^

No comments: