sakit gigi :(

Assalamualaikum..

sudah terang lagi bersuluh tajuk aku pasal sakit gigi.. jadi siapa yang sakit gigi..? aku tak tahu pasal orang lain tapi yang pasti aku sedang mengalami sakit gigi yang teramat di bahagian graham.. kalau sakit gigi ni, biasanya orang tak tahan bising sebab bingit.. kepala kan rasa macam tercucuk-cucuk je.. disebabkan saraf gigi yang bersambung terus ke otak jadi tu yang boleh gila..

orang kata kalau sebatang gigi kena cabut maka penglihatan kita akan makin kabur kerana urat saraf gigi yang bersambung ke mata akan di-efek sekali.. so kalau nak mata clear jagalah gigi.. ni fakta ok.. so, gigi aku berlubang jadi sakit sangat ni.. mungkin kesan makan coklat, gula-gula makanan yang memang merosakkan gigi.. aku nak cabut je gigi yang sakit ni..

abah aku lagi comel.. bila dia sakit gigi dulu.. dia tak tahan sangat so cabutlah gigi sebatang.. bajet tulah punca gigi sakit rupa-rupanya dia salah cabut gigi lar.. kan bila sakit gigi mesti area kat gigi sakit tu terasa juga sakit.. semua macam bergoyang je.. hurmm kesian abah aku..

korang ada cara tak nak hilangkan sakit gigi ni? aku takde ubat.. nak letak minyak cap kapak kat area gigi sakit tu tak berani.. cuma dah sapu balm kat pipi.. hehe tak tahu ada kaitan ke tak.. kalau nak bagi idea kumur air dengan garam tu ... kat hostel ni takde garam.. tengah malam kedai dah tutup..

ok tu sahaja nak try tidur tak dapat-dapat ni.. damn gigi ni.. boleh tak postpone sakit esok ke.. mahu tidur lena ni.. please gigi behave yourself.. ok tu sahaja xoxo tata *_+

p/s : asyik terfikir nak buat braces je
p/s/s : sudah menonton semua vlog IniAnwarHadi .. dia cool ok ! :D
p/s/s/s : entri terbanyak perkataan sakit ^_^

No comments: