salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

hari ini 15 feb 2011 bersamaan 14 Rabi'ul Awal iaitu hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w .. junjungan kita.. Baginda sangat mencintai kita umatnya.. dan Bagind menangis kerana kita umat akhir zamannya kerana walaupun tidak pernah berjumpa tapi kerana kita ingat akan baginda.. baginda terharu.. justeru itu, mulai hari ini selalulah kita ingat akan Nabi.. mencintai Nabi kekasih Allah..

aku menghabiskan petang mendengar lagu nasyid Raihan.. bila kunjung ke blog Hanis.. dia share banyak video from youtube.. so senang tak payah nak search lagi dah.. bila dengar lagu nasyid ni rasa diri kerdil sangat.. ayat yang sangat mendalam.. rasa sayu pulak sebab sedar diri makin jauh..

moga aku dan orang-orang yang aku kenal terutama kedua ibu bapa aku tergolong dalam mereka yang mendapat keberkatan.. tak pe lah setapak demi setapak kita merangkak dekatkan diri dengan Allah dan agama.. aku harap sangat aku tak terpesong jauh.. tolong ingatkan aku kalau aku takbur atau riak dengan hidup aku.. salam maulidur rasul.. selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.. Al-fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita.. Assalamualaikum w.b.t. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu hanyalah kesilapan manusia jahil seperti aku.. maafkan salah aku ye.. :)

3 comments:

nelly said...

SALAM MAULIDUR RASUL .

noraim said...

salam maulidur rasul :)

Mainur Hasnah said...

salam maulidur rasul juga kepada kailan :)