single vs couple

Assalamualaikum..

erm ni kira part dua atau sambungan entri sebelum ni kot....eihh ada part part pulak.. banyak masa aku tak payah ulangkaji ke.. giler tak sangka ada part.. mungkin malas nak buat entri panjang-panjang.. so, entri ni fokus pada isu tertentu.. berkisar lebih kurang pengalaman sendiri dan rakan-rakan.. melihat pada orang sekeliling punya trademark dalam bercinta...

kawan-kawan aku termasuk aku sendiri bersetuju sangat lebih baik bernikah terus.. ye kurangkan bab-bab percintaan itu kerana takut sia-sia tak ke mana dan hanya menjurus kepada kebosanan akibat couple bertahun-tahun lamanya.. lebih parah bila dah masuk tahun keempat lima enam tu.. kita okay lagi maintain setia walaupun meter hati nak je pergi ke E.. tapi bila tepuk dada tanya selera takde orang lain yang boleh ambil alih tempat dia dan tengok dia pun macam bersungguh-sungguh je setia.. tup tup dalam diam orang tu pasang lain.. takat pasang dua pun dah melampau ini dia pasang tiga empat lagi.. amboi test market nampak...

kejadian di atas sudah tentu kita tak nak terjadi kat kita bahkan kita tak mahu kawan-kawan rasa sedih kita entah dapat orang baik ke tak.. memang betul dah takdir tu takdir juga tapi kita kena usaha dapat terbaik.. jadi pilihan mudah ialah stay single sampai kita betul-betul pasti untuk izinkan orang mengetuk pintu hati.. aku dulu couple juga berapa kali tapi pengalaman last buatkan aku sedar yang aku ni memang degil..

aku baru tahu yang couple itu dosa dan datangkan banyak masalah.. lagi pun couple tu macam perkara biasa.. dan kalau kita dalam golongan single macam-macam orang kecam.. and macam tak guna pun, aku single pun orang tak percaya.. eishh geram ni... aku available lagi taw.. hahaha tapi aku tak menyesal apa berlaku.. tu semua dah matangkan aku.. mungkin nak bagi halal sikit hubungan tu naik taraf jadi tunang.. tapi ingat tunang tu bukan advance untuk buat lebih-lebih..

aku bukan nak provoke yang mana lagi best.. kan nikah itu sunnah nabi.. dan kehendak wawasan 2020 nak ramaikan penduduk bagi 70 juta.. so kalau korang nikah timang cahaya mata banyak-banyak ramaikan umat kita disamping berbakti kepada negara.. cuma bagi aku sendiri.. terbaik untuk aku adalah single pun ..thanks to him juga lepaskan aku supaya aku lebih fokus study now.. reti manage diri.. memang extra berdikari lagi..kalau aku tension nak merungut ke nak manja-manja.. family ada dan kawan yang setia sediakan telinga dengar aku bebel.. aku harap juga kalau title single tu hilang.. aku tak kan lupa pada kawan..aku juga tak gemar individu yang cuma time susah, takde couple baru cari kita.. kalau nak lepak sama boleh-boleh ada je couple dia follow sekali.. faham-faham lah kalau outing tu gegurl je tak ke aku dan teman lain rasa ganjil tak selesa nak open topik apa-apa..

lagi satu nak point out, memang betul bila single ni kita lebih sedar diri.. berpijak pada dunia nyata.. alhamdulillah takat ini aku tak pernah menangis kecuali masa layan korea.. hahahha itu bermakna hidup ni happy.. emosi balance.. bukan takde masalah cuma tak serabut sangat.. tak perlu entertain orang lain atau nak jaga hati orang je.. so gunakan masa single ini sebaik mungkin untuk belajar kenal diri.. hormati hati , perasaan dan diri kita sendiri baru orang lain pun hormat.. so memang single, putus cinta dan menular sana sini bebas cuci mata enjoy hidup study U ni buatkan aku matang ..
terngadah juga dulu kelam kabut tak tahu nak buat apa tiba-tiba biasa couple dah single nak buat macam mana dengan baki hidup.. perghhh short mind giler...

okay korang fikir sendiri mana terbaik dalam hidup korang.. ini cuma pendapat aku.. maaf kalau ada yang terasa.. kalau yang fikir 'eleh sebab kau single tu kau kata camni.. cuba kau couple ada kau rasa macamni..?'
ye aku ada rasa begini sejak aku couple pun.. sepatutnya konsep couple tu tak membataskan kita untuk jalani hidup kita.. ingat couple je pun bukan kau dah nikah.. time tu tanggungjawab lagi meluas.. tapi sebab banyak yang couple lebih-lebih macam dah beranak cucu tu jadi masalah.. dulu aku pun tergolong dalam tu juga.. rasa betul kata orang.. kita fikir kita dah matang sehingga sesuatu peristiwa menimpa baru kita sedar apa yang bergerak disekeliling kita.. okay fine ni kata-kata aku sendiri.. hahaha.. tapi sahih dari pemikiran yang mengalami pengalaman tu.. setiap benda ada baik buruk kan.. ok itu je.. tata xoxo +_^

p/s : aku juga tak kata single ni aku tak simpan feel kat siapa..
enjoy juga minat-minat orang ni..haha

2 comments:

noraim said...

haihh, sy setuju sgt. buat masa neh biarlah single. mane tau nti ada yg berkenan terus masuk meminang. haha.

just joking ok? :)

Mainur Hasnah said...

heheh... noraim tak pe lah kalau betul pun..kot2 yang masuk minang pun orang yg kita tunggu selama ni,.. best tu