single

Assalamualaikum..

single? perlu ke jerit kejap.. *lari ke tepi 'arghhhhhhhhhh singleeeeeeeeeee'
okay cukup.. hentikan segala perangai haprak yang merasakan single ini menyebabkan hidup korang sunyi..
apa ingat orang couple tu tak rasa sunyi ke.. kalau tak masakan asyik *satu voicesms diterima 'abangggg ,u kat mana.. dah habis ke main bola tu.. i bosanlah.. kawan-kawan malas layan sebab dorang cakap I cari dorang bila U busy jerr.. cepatlah mesej I.. rindu niiiii.. bosan sangat...' teeetttttt kat situ boleh lihat dorang ni rindu ke bosan takde teman?

jangan jadikan persekitaran punca korang tergesa-gesa nak couple.. jangan sebab orang cakap 'eihhh minah tu single mesti tak laku...' ataupun kerana kata-kata makhuk yang dengki korang boleh enjoy hidup sedangkan dia terkongkong 24/7 WAJIB mesej bf 'Ramioh, kau ni apa lah best single, tengok aku hidup enjoy boleh aku tanggung balak aku.. dari kau sara hidup sendiri takde hala tuju.. duit aku best je dihabis balak..sharing is caring maaaa' *sarcasm terlebih pulak en..

harap maklum ini bukan entri nak psiko diri atau nak menyedap hati yang single bahawa life single ini best.. juga tidak menghalang mana-mana pihak yang tengah couple untuk terus couple.. di hati aku juga mendoakan orang sekeliling aku kekal bahagia dengan tersayang.. cuma aku harap yang tengah couple tak melalui pengalaman seperti kata-kata diatas...

baik berbalik pada topik... bagi aku, sebagai student yang baru usia mentah dalam alam pengajian di U memang patut enjoy life ni.. bayangkan boleh terlibat dengan aktiviti macam-macam, kawan banyak mana pun tak de siapa larang.. kita pandai-pandai jaga batas.. bukan aku nak kata orang tengah couple hidup dia tak aktif kat U cuma at one point betul ke tak pernah langsung awek ke pakwe yang cakap ' ayang, B tak sukalah ayang join aktiviti lasak, lagi pun banyak jantan akan kacau ayang.. B lagi tak suka ada mamat Jambu top kat dalam group tu.. bajet giler ingat handsome sangatlah tu' melihat pada situasi ini, laki ni cuba kongkong si Gadis, nak buat benda dia minat pun susah.. cemburu buta dan kurang keyakinan pada Gadis lagi teruk boleh mengutuk orang slumber adab depan awek.. tahu tak perempuan act tak suka laki kutuk boy lain depan dia.. nanti macam tiba-tiba rasa yelah tu ke awak je jealous.. *ni berdasar apa aku rasa dulu

bukan aku kata cemburu itu tak bagus.. bagus tapi kena berpada-pada.. jadi bagi yang single.. ada juga rasa cemburu tapi sebab sedar diri maka takat jealous pada orang yang diminati ala kadar sahaja.. jangan anggap orang single ni tak laku.. ada saja orang single aku kenal yang ternyata hot-ramai minat-kelakar-sporting -ngetop dan paling penting tak memilih.. ni sebab dorang ni memang sengaja nak menilai hati budi orang lain secara mendalam.. kira tak nak sia-siakan masa dengan orang salah tak pun memang nak enjoy hak yang dimiliki orang single..

tahu tak apa yang single boleh buat? boleh kekalkan kredit RM 5 dalam tempoh seminggu sudah pasti tanpa spend pada pasangan borak hal remeh 'imy, imy2.. ily..ily2.. watpe.. makan.. ouh..mana..rumah..ouh k..' aku tahu sangat topik tu hambar weh.. balik-balik tanya benda sama.. 5W 1 H mesti habis digunanya.. kecuali couple yang anggap pasangan macam member gak jadi mesti fun je realtionship tu.. bagi yang single pulak akan habis kredit untuk family dan rakan serta perkara penting lain.. rasa menghargai dan dekat dengan orang sekeliling tu terjalin erat bukan tertumpu pada couple je lagi.. bayangkan korang dah lama single selalu outing dengan member2 dan bila dah couple pun tak jakun sangat bila dah couple so still lepak dengan kaawan.. bajet kawan tak terharu ke? korang tak lupa member, reti bahagi masa antara kawan dan couple.. 

jadi masa single ni bukan sahaja suka-suka itu untuk sediakan korang bagi lebih komitmen masa couple nanti.. lagipun life yang berharga sangat selain kat sekolah ialah kat U.. masa U ni bila aktif join aktiviti memang rasa priceless giler.. takut kalau ada couple nanti orang tu tak faham kita je.. dan mendesak untuk teman dia 24/7.. masa untuk study takde, sendiri nak rehat susah.. so kalau dapat couple yang boleh bagi korang apa aku cakap ni.. galak sangat jangan tinggalkan dia.. kira memang bertuahlah korang ada couple yang sangat memahami.. 1 dalam 10 tu.. haha

conclusion sementara singel tu sifat jimat dipupuk, maintain hubungan dengan manusia lain dan happy .. sayang diri sendiri dulu sebelum belajar sayang orang lain.. ^_^

No comments: