surat untuk ex-BF(s)

Assalamualaikum..

sihat tak? ada rasa semacam ke aku tulis surat ni..
tapi jangan risau ni surat layang je.. kalau sampai kat kau sampailah..
kalau tak.. kira takde rezeki kau baca..

cepatlah jawab sihat tak.. haha.. main paksa-paksa pulak kan..
tujuan aku tulis surat ni bukan nak menggugat hubungan korang eh..
kalau adalah ex aku sekarang yang dah couple..
dont woryy be happy.. sebab aku pun happy dengan hidup aku ni..
erm riak ke aku? mana ada bersyukur je..apa ingat korang je boleh happy ke..
eih tak percaya? yelah tak semestinya lepas hubungan kita putus je dunia aku hancur..
kalau hancur takdelah sampai korang ni jadi bekas-bekas kekasih..mesti aku guna ayat single je bukan plural pun kan.. tengok ada logik tak kat situ..

tak lah mana ada playgirl.. aku cuma ikut cakap korang je lepas putus.. supaya aku cari orang lagi baik yang boleh bahagiakan aku.. sebab tu ada percubaan beberapa kali dalam bercinta..
jap jap kenapa aku kena terangkan hidup aku kat korang.. bukan korang kisah pun kan..

so balik pada point asal.. aku nak cakap kat korang ni...
thanks lah ye hadir dalam hidup aku walaupun sekejap ke ada yang lama tu..
sori weh waste masa kau pulak.. pulak tu kalau feel masih stick sampai now..
bukan salah aku.. tu semua kan kehendakNya.. jadi nak suruh aku patah balik pun tak boleh..
benda dah jadi.. semenjak dua menjak ni.. fikiran aku dah jadi clear.. tahu hikmah disebalik semua ni..

aku tak salahkan koranglah..korang pun jangan salahkan aku.. kata kosong-kosong..
kalau tak bazir jela kredit aku hantar sms tapi kau still nak simpan amarah kat aku..
aku ucapkan terima kasih bebanyak sebab bawa aku meniti alam cinta ni..
cewaaahhh walaupun tak cemerlang tapi aku kira dah pro juga kenal-kenal orang ni..
tahu nilai kaca dan permata... aku pun dah reti beza antara minat, sayang, cinta atau sekadar main-main..

kalau korang masih ada simpan geram, benci, sakit ke apa kat aku..
aku tak mampu buat apa-apa cuma minta maaf je buat kau rasa macam tu..
aku sedar yang aku ni jenis orang yang susah nak puaskan hati kau 24 jam..
dah lah dengan kedegilan aku ni.. sikap sengal yang aku sendiri suka..
maksud aku, aku terima diri aku sendiri... tapi malanglah kau tak terima aku seadanya..

silap juga sebab terburu-buru dulu.. yela dengar je janji yang kau lafaz aku berbunga tu percaya je..
eihhh tak lah aku tak cakap kat kau.. aku cakap kat ex lagi satu.. lah kau panas? asal takkan kau terasa..
kau kan jaga aku baik punya.. junjung macam puteri cuma tengah jalan kau sendiri putus asa sedang aku cuba tarik hubungan ini melangkah sejauh mungkin.. bukan salah kau kalau kau tak de perikemanusiaan..
kita tak boleh paksa orang sayang kita kan.. tak pe aku cukup memahami semua ini..

dah cukuplah kau ni tak habis-habis nak meng-condemn aku.. kan kata ni surat secara pukal untuk bekas-bekas kekasih aku.. kau hentikan drama dan dengar sahaja kata-kata nista yang tercipta untuk menghargai kehadiran kau...

apa lagi ye aku nak cakap? berdebar pulak.. aku rasa tak selesa cakap depan-depan bukan kau dengar pun malah kata-kata ini hanya dianggap promosi diri menarik kau lebih dekat pada aku ataupun sekadar kata hamburan mengeji kau.. tu lah nampak sangat kau salah.. aku cakap ni dengan ikhlas.. again terima kasih atas sokongan kau membantu aku dalam menghadapi dugaan hidup dulu.. sehingga kini aku bisa berdiri sendiri tanpa family dan rakan pun aku tak mampu menangis walau besar mana rintangan hidup sebab aku dah mind set takde apa lagi buruk selain perbuatan kau mungkari janji.. ini cuma salah satu cara aku terus hidup je ..

hati aku lembut sangat kot.. aku tak mampu maki atau apa.. malah aku doakan kau bahagia dengan cara kau.. setelah apa jadi hidup aku ternyata lebih baik dari dulu.. Alhamdulillah aku makin dekat dengan NYA, family dan rakan.. fokus aku pada yang lebih penting terbentang luas depan mata.. sampai sini saja bicara madah untuk korang.. As'salam dan jaga diri baik-baik ye makhluk tuhan yang penting dalam hidup aku suatu ketika dulu.. moga korang beroleh kejayaan dan keberkatan dalam hidup.. ingat ye hidup ini korang tentukan, aku tak layak kata apa cuma aku betul nak korang guna kebolehan korang capai kejayaan :)

4 comments:

Ladyulia said...

aduh aduh,,,,
mungkinkah your ex baca post ini?
hehhehe

saya juga suka film korea
but, pemerintah indonesia nak meminta pajak untuk film asing
jadi mungkin film korea tak kan masuk lagi ke indonesia
sedihnyeee

Mainur Hasnah said...

hahahah i dont think so.. maybe because they dont know about my blog

fariza fauzi said...

whoa...mantap !

Mainur Hasnah said...

apa yang mantap tu kak.. hehhee