surat untuk future BF

Assalamualaikum..

kepada bakal bf..

aku nak cakap beberapa perkara ni.. erm perlu ke aku bahasakan diri manja eh dengan kau? ke nak bahasa saya awak? tak pe lah kan.. sebab salah satu point aku nak cakap nanti pun pasal nama panggilan ni..

so, hari ni nak cakap sesuatu.. erm kita tak payahlah formal sangt.. mana tahu nanti jadi juga suami isteri.. hurm ada jodoh tak ke mana ye idak.. ehem ehem.. okay may i continue? strictly inform u first..this letter maybe sound demanding or whatsoever.. and u can call me rude or lurus bendul tapi inilah isi hati aku..kiranya this i call it regulations before purchased something SO you must know first babeh.. :)

  • takpe kan kalau pakai aku kau..sebab bahasa itu mulia disisi-NYA
  • kalau nak manja-manja aku suka kau panggil nama penuh. kira hargai nama aku tu :)
  • takperlulah nak tag manja-manja kat FB sebab nanti orang menyampah pulak.. kalau dorang takat menyampah saja-saja takpe buatnya dorang doakan hubungan kita tak kekal.. hah macam mana..
  • so, apa nak borak tu biar private jela tak perlu tayang satu dunia.. i tahu u sayang i kan so keep it to us only
  • boleh tak kalau kita bual macam member-member.. barulah rasa dekat.. i nak jadi kawan u juga kata girlfriend kan..
  • i ada kawan.. so U pun sama.. masing-masing ada aktiviti tersendiri tak payah kepit 24 jam.. nanti u cepat rimas, I juga bosan kan susah tu..
  • eih apasal I U ni.. tak pe lah halal jela janji U paham isi hati I then nnati I akan belajar paham U
  • u terima I seadanya kalau tak I kan panggil U buncit dengan nada bukan manja tapi mean it..U tak boleh marah.. sebab U tak sedar yang U tu Buncit, Bushukkk tapi I boleh je understanding jaga maruah U tak maki depan member keburukan U..
  • jangan bawa aku ke rumah berjumpa keluarga kecuali bila kau setuju nak bincang hal nikah
  • nak beli hadiah untuk aku? layan aku special umpama puteri? aku harap kau layan family kau begitu juga.. utamakan famili kau dari aku..
  • aku tak nak rampas life kau selama bertahun-tahun ni.. mana-mana kawan kau kekal kawan kau.. dan aku juga ada life aku cuma ingat border kita.. kita kan couple yang sweet gitu.. hahaha
  • terima kawan I, jangan dok kritik dorang sebab U tak kenal pun dorang cam mana.. kalau I boleh je terima kawan U so kena equal kan..
  • pasal duit pulak toksah lah nak kira.. aku cukup menyampah bab ni.. kalau keluar kita kena tong tong bayar.. kalau kau ada ego tak nak aku bayar, kau kena ingat aku ni juga bukan kaki kikis.. bagi aku bullshit je laki kena bayar semua masa keluar.. persyaitankan semua itu sebab kau BF aku bukan tukang sign duit kat bank negara
  • aku tak menyekat kau nak kawan dengan siapa kat laman sosial jadi jangan sesekali kau nak jeles tak tentu pasal aku borak dengan member sekolah lama..
  • aku jenis yang memang slumber dengan kawan-kawan jadi jangan minta aku ubah diri..ingat rules terima aku seadanya tadi.. btw kalau kau takleh terima aku apasal kau nak pulak couple dengan aku..
  • jangan risau aku nampak je kasar camni, tapi hati aku ada taman.. maknanya aku sangat sensitif dan susah nak benci orang.. aku harap kau takkan jadi orang yang pertama aku benci
  • masa depan.. tak guna kita cakap lebih-lebih kalau ada rezeki masuk minang terus.. actually aku tak suka couple bagai nanti putus.. buang masa kan.. so apa kata kau couple dengan aku sebulan nanti minang..hahahhahaha psiko pulak
  • aku juga suka makan banyak dan tak suka bazir.. kalau kita keluar nanti sila pastikan perut kau kosong.. sebab aku suka tengok kau makan banyak-banyak dari aku..
  • penampilan diri.. maaf ye aku jenis pakai apa aku selesa.. dan aku memang automatik akan suka apa je kau pakai..
  • kalau kau nak curang.. bagitahu awal-awal.. tak payah bazir masa aku.. dan sila pastikan kau luang kan beberapa minggu dengar aku menangis bebel macam mana hati aku hancur kau buat and selama lepas setengah tahun lepas kita putus gigihkan diri hari-hari berdoa aku lupakan kau
  • aku perasan kalau sehari asyik texting takde komitmen lain.. jadi kita limitkan sehari seringgit lebih jela kredit habis.. jimat pun jimat nanti boleh pupuk sayang.. haktuihhhh :P
  • kau tak perlu suka apa aku suka cuma jangan nak kongkong lebihlah..
  • sila jeles setakat mana yang mampu dan aku akan buat begitu juga konon cemburu itu sayang kan
  • pastikan kau ada ruangan untuk simpan barang-barang bakal aku bagi.. jangan risau aku tak bazir beli hadiah cuma hand made je khas untuk tunjuk hati aku ikhlas..
  • please galakkan aku rajin study, itu fungsi utama kau .. jadi motivater bukannya perosak aku untuk capai cita-cita
  • jangan janji sebarangan kalau kau tak pasti mampu tunaikan sebab itu cuma menambah harapan dan kalau aku kecewa nanti aku akan lagi meragui perasaan kau
  • tetaplah syarat apa pun untuk aku, kalau tak langgar syarak dan itu demi kelangsungan hubungan ini akan aku turuti bakal BF ku
so akhir kata dari aku.. ya siapa pun engkau, aku akan sayang kau seikhlasnya kalau tak masakan kau jadi bf aku.. aku akan cuba hargai kau sebagaimana aku hargai kawan-kawan aku,, jangan rasa tahap kau rendah sebab sayangnya aku pada kawan-kawan aku melebihi segalanya cuma tahap mereka rendah sedikit berbanding keluarga aku.,. dan aku harap kau takkan buat aku lali terhadap keluarga aku.. lainlah kalau kau suami aku mesti lah on top of all aku melebihkan kau.. syurga di bawah tapak kaki kau tu.. maaf ye bakal GF kau ni kasaq je bahasanya,.. tapi kau ingatlah aku jujur mengatakan ini.. ^_^

macam inilah kalau aku ada BF lagi sekali.. tapi hampeh je untuk sekarang.. haha boleh mengarut macam ni jela... mesti laki fikir ganas, poyo giler.. tapi aku harap betul kalau aku jalin next hubungan memang camni.. nak sempoi-sempoi je.. malas lah fikir bagai.. buat apa penat-penat.. enjoy hidup dengan cara sah sudah .. hahhaha :)

6 comments:

nelly said...

so sweet ..
betul juga ye bila difikir2kan ..

noraim said...

haha. mantop! sy suka. hihi.

fariza fauzi said...

whoa ! nice !

Mainur Hasnah said...

nelly : apa yg betul bila difikirkan?

noraim : hehe saya lagi suka..

FF : thanks sis :)

maaf entri panjang sangat

valliyovucca said...

wow..
caya la mai...
m'narik SUNGGUH!!

fariza fauzi said...

pjg tp best :)