youtube, blog , Fb dengan aku

assalamualaikum ^_^

dulu aku selalu usha youtube untuk tengok movie ke video kelakar.. so, aku daftar untuk youtube.. bila daftar kena ada akaun google.. lama-kelamaan aku tak guna pun youtube punya akaun.. kuyuk dengan FB.. orang kan selalu post video kat FB.. so kalau rajin layan kat FB je..
 maaf aku memang pemalas harap maklum :)

sebab hal tertentu , so aku pun buat blog.. and semestinya aku sangkut dengan blog bila aku sedar yang aku makin malas nak guna status FB untuk taip macam-macam.. just untuk quotes tak pun tiba-tiba gila ke bosan baru mengarut.. aku mula aktif menulis blog bila family aku ada broadband.. kiranya dorang boleh online dan tengok apa aku buat.. aku kat Pekan Koboi ni kira agak sejam lebih jarak perjalanan ambil masa kesana so lebih mudah mereka tahu mengenai aku melalui dunia maya ini..

kalau dahulu, aku akan on chat dan bersembang dengan famili aku.. tanya khabar, lepas rindu.. huhu.. tapi sejak ada orang mula chat je hantar spam aku mula meng-offline-kan FB aku.. tambah lagi family aku punya broadband sangkut tak bayar so takde guna pun on-chat.. jadi aku akan menulis di blog untuk kasi tahu mereka hidup aku macam mana..

aku juga jenis yang dah tak layn HP so aku jarang topup.. last topup mungkin dua minggu ke sebulan lepas.. kalau nak hubungi orang hanya melalui FB takpun blog.. so takkan aku nak cerita panjang lebar kisah aku kat FB kan.. dah tu orang menyampah.. baik aku tulis kat blog je.. kalau nak baca, baca jela.. bukan ada hal kira korang dah sendiri tanggung risiko nak baca en.. haha kejam pulak bunyinya.. aku memang jarang call family, mereka pun sama.. kadang-kadang je macam selang tiga hari mak aku akan call.. so, aku memng bajet kredit.. bukan kedekut dengan family sendiri.. cuma aku dah tak bother dengan penggunaan hp ni..

bercakap pasal video..aku ada outing dengan kawan-kawan tak pun pesanan special untuk orang aku sayang macam birthday abang aku.. aku akan post video.. so kalau nak post video.. nasib baik aku ada akaun youtube so aku boleh upload video tersebut.. yela aku pernah try upload terus memang berjam tunggu sampai hang terus blog ni.. pastu kawan aku nak usha kat FB video outing tu.. limit upload berapa mb je sedangkan video tu berat Gig.. nak tak nak kena upload ke youtube.. sebab FB mahupun blog akan terima berat ke besar vid tu asalkan dari youtube.. bapak laju upload.. bangga aku dengan kecanggihan teknologi ini..

tapi aku ada masalah.. aku nak yang bakal usha video tu cuma orang yang tengok kat blog ni je.. la video yang aku rakam untuk family aku tu.. segan juga bila orang entah tak kenal terjumpa kat youtube mesti bajet bukan-bukan.. lainlah korang.. korang fahamkan aku buat vid tu untuk apa.. tak faham tak pe lah :P
so macam mana nak buat tak leh search kat youtube direct? aku dah tengok kalau buat private kat youtube nanti semua pun tak boleh tengok walaupun aku share kat famili aku.. sungguh buntu..
 ada siapa yang tahu-menahu perkara ini.. ? sila share dengan aku ya..

psst kepada kawan tertentu sori ye aku tak masuk lagi video outing hari tu.. and abah, along sorry sangat Asnah tak masuk lagi video bisnes korang.. esok atau lusa asnah buatkan.. yeap akaun youtube aku juga diwujudkan untuk bisnes family aku.. mereka suruh upload video pasal catering panggang kambing, decoration hotel and wiring semua.. and kalau korang minat nak berurusan boleh bagitahu aku ya..

btw nak sambung lagi skit.. ini kira disclaimer kot..aku tak minat buat vlog untuk orang ramai atau mencapap.. aku juga tak sehebat Maria Elena untuk kongsi tips shawl ke apa.. juga tiada bakat miming macam Cikgu Shida.. lagi loser kalau nak banding dengan IniAnwarHadi yang bila post vlog topik yang dikupas sangat bernas.. aku buat video ni just for fun.. untuk family aku..incase ada yang pelik asal aku perangai macam sengal kat video.. itulah perangai sebenar aku dengan family.. aku gembira kalau mereka happy .. so, blog ini memang personal.. untuk aku dan orang disekelilingku.. thanks ye orang yg sudi membaca *muka terharu

p/s : sangat rindu family.. wish they were here right now ^_^
p/s : sejak ada blog cuba untuk taip tanpa shortform :)

2 comments:

LehaMY said...

sama juga dengan leha . leha malas nak buka fb. on9 fb tu sebab kalu member2 suruh online . hehehe :D

Mainur Hasnah said...

aah dah takde point FB..
lagipun kawan2 mai akan post pasal asignment ke nota kuliah kat FB..tu yang on9 FB