abah aku

Assalamualaikum..

abah aku mungkin bukan siapa-siapa,
mungkin tidak tercatat nama dalam rekod dunia,
juga tidak ada kawan FB beribu-riban..

abah aku hanya laki biasa..
melangkah jaya cari sesen yang tidak ternilai pada kau..
sudah tentu keringat lelah menghiasi malamnya..
namun luar biasa pada ku..

pengorbanan seorang abah..
tak terbilang pada mata aku..
umpama titisan air hujan gamaknya..
bolehlah aku mention sedikit..
menyedut hingus masa kecil..
mengelak anaknya dari hadap kesukaran bernafas..
 membasuh kerak di kepala anaknya..
tatkala insan lain memandang busuk..

pada kau jijik.. namun itu selamatkan nyawa anaknya tercinta..
kau hina abah aku yang bertentang nyawa..
memintal tenaga menyusun jadual yang padat..
demi luangkan masa bersama keluarga..

cemburumu tidak bertepat..
abah ku berusaha gigih seharian
padanlah abah kini menarik nafas lega..
melihat anaknya berjaya..
tangisan disembunyikan padahal hati girang..
tersenyum sipu mencerita kisah anaknya di U..
bangga kerna anaknya juga boleh berjaya..
merebut peluang yang tidak mampu dia hidu dulu'
dek kegawatan ekonomi menekan hidup..

abah ku dimamah usia.. menanti kepulangan anaknya,
agungn kasih abah pada aku dan lain..
harap tidak tersia kami buat..
insyaallah doakan kami ye abah..

on side note--------------abah.... ana rindu abah.. sori ana ego bila balik rumah je macam tak heran..
padahal ana risau kat abah... takut abah sedih kalau ana layan feeling..
thanks jadi abah terbaik seorang perempuan boleh dapat..

p/s : jutaan sayang dan rindu ana titipkan bersama doa buat abah dan mak..

4 comments:

♥ sALmiE ♥ said...

hye dak uthm dtg jenguk....
jom gi site sy plak..
i follow u :)

Mainur Hasnah said...

thanks.. :) okay

Alexandriana Alia said...

rindu my dad jugak. =)

Mainur Hasnah said...

untunglah dapat jumpa juga your dad kat KLIA kan :)