akak yang sungguh baik

Assalamualaikum...

warning awal awal.. ni entri puji diri... fyi, aku ni akak yang sangat baik.. perlulah aku stated clearly kat sini.. kang adik-adik aku lupa jasa aku.. bolehlah dorang belek-belek blog ni dan tanam dalam otak yang aku ni akak yang sangat baik..... belek? argh bantai...

okay aku anak second dan bawah aku ada lagi lima ekor orang.. sorang je adik perempuan yang lain boy... korang tahulah nak jaga anak perempuan umpama jaga 10 ekor lembu.. so aku dapat juga sipi-sipi tanggungjawab dari parent.. makanya, aku kena jaga 3 ekor lembu bersamaan 30% hidup adik aku di bawah pemerhatian.. tak nak lebih-lebih dia boleh berdikari... see im such a good sister who want her younger sister leran how to survive in life.. :)

sekali lagi sebagai akak yang baik, aku risau apa lah yang dia buat.. bukan aku nak kongkong cuma aku tak nak dia sosial lebih.. dia mentah lagi.. dunia ni terlampau bahaya untuk dia.. aku harap sebelum masanya dia hanya memerhati dari tepi belajar mana patut and survive.. boleh juga berdikari camni kan.. aku harap adik perempuan aku analitikal dalam buat sesuatu keputusan dan tak bertindak ikut emosi.. jadi apa yang aku buat hanyalah jadi orang yang boleh kongsi masalah dia, jadi member and penuhi permintaan budak perempuan baya dia nak macam baju ke kasut kalau aku mampu.. kalau tak dia pakai je aku punya.. sharing is caring maa :D

demi adik-adik lelaki aku pula, aku akan tunjukkan yang aku ni kuat and tabah.. aku boleh jaga diri.. so dorang tahu yang dorang patut lagi kuat dari aku and tak perlu risau aku.. masa depan dorang sangat penting.. beza umur adik lepas aku pun 3tahun hingga 15 tahun so sangat jauh.. or maksud sebenar aku jurang tu besar.. tapi sebagai akak yang baik, aku sentiasa berdedikasi upayakan diri untuk mengurangkannya.. boleh jadi macam-macam.. jadi akak yang berperangai budak leh layan game sekali.. dll...

k lah akak yang baik nak kena study.. ada kuliah ni.. papai adik-adik yang nakal :)

No comments: