beza kaca dan permata itu jelas

Assalamualaikum..

jangan disangka air yang tenang tiada buaya.. ye itu pepatah melayu yang sangat betul.. sebab ada aje buaya dalam air cuma buaya ni bagus .. tak menampakkan diri.. dia tahu masa sesuai untuk menyamar senyap je.. tapi nak banding manusia dengan buaya.. confirm confirm buaya kalah.. sebab manusia ada akal .. tapi malang salah guna... selalu menggunakan keadaan yang ada untuk memonopoli pemikiran manusia lain bagi menjatuhkan manusia lain..

targetnya cuma satu.. iaitu menjatuhkan manusia dengan memburukkan orang itu.. mungkin fitnah, omong kosong dan sebagainya taktik utama manusia ini.. tak cukup dengan dirinya sendiri hanyut dengan game psiko itu, cubaan demi cubaan akan dilakukan untuk memastikan manusia lain turut terjerat.. manusia begitu sangat psiko.. kalau ikut psikologi , ada kureng kat mental dia... jangan salahkan aku.. cuba check dengan kaunselor betul tak.. yela dia tak yakin diri.. so nak bagi rasa diri hebat.. dia pun kenakan manusia lain.. permainan kotor ini hanya berjaya bila melihat target jatuh tersungkur.. kejam bukan?

bayangkan sekiranya saat dia bermain kotor ini, target nya mengalami kemurungan.. mungkin dengan hamburan tidak berasas boleh mengakibatkan target cuba membunuh diri akibat self-esteem yang berkurangan secara mendadak.. akibat tak mampu berfikir secara waras setelah diserang bertubi-tubi.. kajian juga menunjukkan orang yang bunuh diri salah satu faktornya kerana wujud manusia sebegini.. hasad dengki melebihi segalanya.. agama menjadi pincang sekiranya nafsu menguasai bukan.. memang padah kalau kita bertindak tanpa fikir hati orang lain..

permainan agama bukan agenda utama aku.. cuma individu yang berjaya implikasi kan apa yang dituntut oleh agama amat aku sanjung.. kiranya manusia itu tidak bermuka-muka, hormat hak dan privasi orang lain.. sedar manusia ini sememangnya tidak sempurna dan tidak akan menghukum manusia membabi buta.. terima maaf orang lain jika orang itu ikhlas.. sebab dia tahu sedangkan nabi ampunkan umatnya dan Allah itu Maha Pengampun.. siapa pula dia untuk menghukum orang lain sedangkan dia tidak kenal orang itu.. bukankah itu memfitnah.. dimana perbuatan itu lagi teruk dari membunuh manusia?

aku cuba positifkan diri selepas pelbagai peristiwa terjadi.. jelas di mata siapa kaca dan permata.. sebelum ini mata hati cuba menafikan.. tapi lepas dihentam begitu .. hurmmm.. mulanya memang stress.. tapi fikir balik buat apa peduli manusia bajet bagus begitu.. kau nak padam bukti kau herdik aku dengan perkatan bodoh bagai.. lambat sangat lah.. lainkali cakap tu fikir dulu.. kan dah jadi famous cerita ni.. dan tatkala bukan aku nak besarkan cerita ni.. tak juga aku layan kata-kata serba tak matang korang.. naik hangin pula.. ouh yeahh kurang kasih sayang ye? hahaha.. rilek siapa nak MENCAPAP NI.. nampak macam korang je..

btw aku bukan lesbo ye.. aku pun tak suka nak menghina orang.. dan kalau aku lesbo sekalipun sudah tentu bukan korang yang aku minat nak takle.. jauh sekali.. mungkin kawan perempuan aku yg lain.. sebab ciri kematangan dalam kelembutan itu cukup sempurna dimiliki mereka.. :) dan mungkin makhluk macam ni cuma ingin tunjuk sayangnya pada kita dengan cara berbeza .. so hell-o darling yang gedik bebenar.. haha :D

p/s : budak-budak je main delete-delete FB bila dah butthurt .. such tak matang.. well I tak BATAK PUN :P

No comments: