cinta di langit fana

semalam aku berjalan bersama kau..
hari ini ditinggal tanpa berita..
esok mungkin aku bisa lupa kau..
tapi siapa tahu kebenaran yang tersisip..

semalam kau melambai erat tanda sayang..
hari ini aku mengimbau kenangan kerana rindu..
esok aku membilang hari yang perlu ditempoh tanpa kau..
tapi siapa pula bersama aku mendengar bebelan mentah..

semalam senyum itu sering singgah di redup mata ku..
hari ini kelatnya tak terhingga..
esok aku balas dengan hati yang riang..
itupun kalau terubat luka..

semalam bayang kau mengekor kaki ku..
hari ini aku pula seperti orang buta meraba jalan..
esok sama-sama kita menyisih diri agar tak ketemu..
takut takut aku tak mampu menoleh dari kau..

okay lah cukup semalam ke hari ni ke lusa tulat... semua tu dah ditakdirkan.. ada jodoh.. ada.. tak de jodoh.. buat tak tahu sudah.. hahahha.. tapi entahlah tetiba pulak nak berbait kalimah syahdu bagai malam ni.. tetiba nak berjiwang.. layak pulak? hahah euwww.. aku now lesbo dengan kawan baik jela.. hahahha bukan lesbo yg macam lesbian tapi macam entah lah.. still straight taw.. :P

btw.. ada nampak beza tak dalam dua pic ni.. ada orang cakap sama.. ish ish nak kena sekeh ni.. hehehe


erm pikir balik tak payah lah nak suruh korang banding.. sebab aku tahu beza.. kawan aku Naziah leh tak perasan aku pakai tudung bawal pagi tadi then malam tudung saut je.. mentang-mentang warna sama.. so inilah benda petan tadi yang duk busy.. bait cinta terjalin antara kitorang.. haktuihhhhhh.. jatuh market Naziah lak nanti.. hehehe

p.s : sori tajuk lari dengan kandungan sajak tapi ini kisah silam aku dan dia :)

2 comments:

Amni said...

errrr..... ni kisah betul eh?=P

Mainur Hasnah said...

aah.. kenapa? kisah silam saya :)