ciri-ciri yang sebuah restoran WAJIB ada.. haha

Assalamualaikum..

makanan merupakan keperluan manusia.. tanpa makanan siapa lah kita.. ye aku tahu Iman pun perlu.. but now aku tengah cerita basic need manusia.. kalau makanan tak ngam mesti hati panas je.. hilang mood, pastu jadi malas dan lapar.. then takde tenaga pulak...

so, bagi aku orang yang ada hajat nak buka restoran ni perlu pikir kan pelanggan.. kesian kat pelanggan yang lapar.. kena penuhi permintaan customer.. pernah dengar ayat customer always right? yeahh so kena pandai ambil hati pelanggan okay.. so aku list kan beberapa perkara jadi korang tahu nak ambil hati pelanggan..
  • make sure nasi masak betul-betul.. kalau nasi jenis lembik ke terlampau keras.. spoil tau..
  • ada tisu kat meja.. tahu la customer ni menikmati makanan jadi over eksaited.. comot mulut segan ye
  • ada pengaliran udara yg bagus di kedai tu.. takde bau mendap je.. rasa suhu pun bagus-bagus
  • sediakan pencungkil gigi.. memudahkan customer juga
  • ada singki.. tak perlu customer ceroboh dapur nak basuh tangan.. bonus kalau sedia sabun cuci tangan
  • paling penting harga berpatutan.. kalau setakat kuew tiew goreng tak masak yang boleh beli kat kedai lain dengan harga rm 2 baik tak payah letak harga sampai lima enam ringgit
  • faham kedai nak tarik ramai orang tapi sesak kedai dengan kerusi meja je.. susah nak lalu taw.. tambah-tambah lagi lepas makan.. nak kena berhimpit lalu.. please susun kedudukan tu.. decorate sikit
  • ada TV.. yela ada yang jenis makan sorang-sorang.. bosan.. rasa sunyi.. jadi boleh layan TV
  • letak akuarium.. yg kecik pun tak pe.. untuk cantikkan kedai.. budak pun suka.. parent just bawa anak ke tempat yang anak dia suka.. jadi benda macamni menarik perhatian budak okay
  • ni juga PENTING.. pelayan mesti rajin senyum, ramah dan berketrampilan.. muka masam mencuka buatkan selera makan hilang je.. yela nak tak nak je serve..
  • menu dipelbagaikan.. dan kalau banyak sangat jangan pulak tak tutup hidangan.. lalat duk harung nanti
  • dapatkan tahap kebersihan A.. jadi orang konfiden nak datang..
so, majulah kedai korang.. dan serve kami ni..  ingat harga main peranan.. kalau nak pulang modal pun tak payah cas gila mahal.. tamba-tambah kat area yang belambak student.. bukan mampu pun kitorang ni.. jaga hati pelanggan.. insyaallah terbuka luas rezeki.. kalau tak ikhlas.. kira menipu customer je.. tak berkat sebab customer duk marah-marah kedai korang.. k again.. hope bisnes korang bagus..ingat kitorang bukan cerewet tapi duit tu dianggap bazir sangat kalau tak memuaskan langsung kualiti perkhidmatan yang diberi :)

No comments: