disable right click

Assalamualaikum..

kalau blogger biasanya tahu hal ini... tahu apa function benda alah ni.. kalau tak tahu aku bagitahu lagi sekali.. bila edit html letak coding untuk disable right click.. so sesiapa nak teka  right click mouse atau kat lappy punya right click tu tak da efek.. akan keluar warning yang melarang penggunaan right click masa orang tu buka web korang..

dan korang boleh letak ayat macam 'eih suka suki mak tiri kau je nak main right clight..' tak pun ayat lebih kurang macam ni 'sorilah awak saya tak suka la orang duk ambil pic saya' ... hurm fikir-fikir balik toksah duk perasan lah.. mana kau tahu orang nak ambil pic korang.. dan ayat agak kurang ajar pulak duk main-main keturunan ni.. TAPI tu ayat contoh je.. tak tahu lah kalau betul ada orang guna ayat begitu..fikir dengan matangnya.. lebih kurang ayat memfitnah pulak en kalau kau tiba-tiba tuduh orang yang tekan right click je mesti nak ambik pic atau ayat entri kau..

DORANG NI CUMA NAK BUKAK TAB JELA.. malangnya dorang tak tahu ada cari lain untuk buka tab.. dan lagi satu hal.. macam tak boleh pulak tekan je kat pic tu terus pergi satu link picasa ke apa.. dah setel boleh copy pic.. so, tak guna pakai benda alah ni menyakitkan hati orang ke.. mungkin sebab best sangat entri kau tapi jenis blog banyak widget lambat loading so dia buat banyak tab senang nanti baca terus satu-satu je..

fikir lagi teliti.. orang yang ambil pic korang tu mungkin ada sikit syok lah kot.. haha.. lagi pulak kalau dorang google image confirm-confirm berpuluh pic korang akan keluar within few second.. kalau korang set kan publish terus kat enjin google berkenaan blog.. segala pic yang pernah di upload akan keluar dengan segera taw.. so cara selamat nak elak penyelewengan pic ialah buat cop kat pic.. besar-besar watermark tu.. dan lagi selamat tak payah upload apa-apa pic.. tutup cerital... so itu je alkisah right click yang membawa kepada hal entah apa-apa... :)

p/s : kalau masih ada nak try juga google je coding dia..nanti mesti jumpa

No comments: